Love

Panduan Mohon Kebenaran Kahwin Kedah

www.tips-fb.com


Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 BULAN dari tarikh cadangan untuk berkahwin.
 
  • Salinan Kad Pengenalan

  • Salinan Kad Pengenalan Wali (bagi pemohon perempuan sahaja)

  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan & asal)**

  • Kebenaran berkahwin lelaki bagi pemohon perempuan sahaja (jika lelaki daripada luar daerah)

  • Sijil Cerai Asal (bagi pemohon lelaki/perempuan)

  • Surat Mati bekas suami/isteri & Surat Perakuan Nikah /Rujuk (asal & salinan) bagi duda/janda

  • Kad Perakuan Memeluk Islam (asal & salinan )** jika saudara baru

  • Kebenaran berpoligami dari mahkamah (jika berpoligami)

  • Surat kebenaran dari Kedutaan/Pihak berkuasa lain (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)

  • Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera/polis (bagi anggota tentera/polis)

  • Perempuan - Borang 2 dilengkapkan & disahkan oleh Tuan Imam Qariah

  • Bayaran sebanyak RM4.00 bagi Pendaftar/Penolong Nikah, Cerai & Rujuk keluarkan kebenaran berkahwin perempuan


PERINGATAN :
 
 
Kegagalan membawa dokumen2 ASAL semasa datang utk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.
 
Borang yg lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah/Imam di mana pemohon tinggal
 
Anak kariah yg tinggal di luar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang
 
Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam
 
Hanya borang yg lengkap diisi & disertakan dokumen2 berkaitan akan dibuat pengesahan
 
Hantar/ambil borang pada waktu sembahyang di masjid
 
Majlis akad nikah HANYA akan diadakan di masjid
 
Sila berunding dengan Tuan Imam utk urusan penetapan tarikh & masa akad nikah
 
Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) & wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung
 
**Sijil asal akan dikembalikan
 
 
 
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...