Love

Hukum Bersanding

www.tips-fb.com

Sekadar berkongsi ilmu..Soal Jawab di bawah adalah dipetik dari laman web Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia..


HUKUM BERSANDING DALAM ISLAM


Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum bersanding? Saya melihat di Malaysia ni dah macam jadi adat dan budaya.


Jawapan:

بسم الله الرحمن الر حيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد,
Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.
Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.
Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.
  1. Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w:
    عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
    Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."
  2. Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:
    لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
    الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
    خلاصة حكم المحدث: [صحيح]
    Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.
  3. Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.
    وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
    (Ahzab 33) .
    Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:
    وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    (Surah al-Nur 31)
    Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."
  4. Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin.al-Isra’ 26.
    "dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
    (Surah al-Isra’ 26)
    Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...