Love

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

www.tips-fb.com

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.


Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia
So, sekarang jom kita survey-survey design henna nak?? Alahai~tak sabar rasa nak pakai inai..last pakai inai kat jari ni kalau tak silap darjah 4..uhuu~


Untuk my wedding nanti, my BFF Mieza yang akan lukiskan henna kat tangan, kaki & jari jemari i..ahaks! Tapi untuk majlis akad nikah saya just akan pakai inai yang simple kat jari ja then malam sebelum sanding baru BFF akan conteng-conteng..sebabnya, ada yang cakap ada tok-tok imam yang tak berapa bekenan lukis-lukis inai bagai ni..ok, fine~lepas nikah, majlis kat umah ok la kan..lagipon Majlis Fatwa dah putuskan macam kat atas tu so takda masalah lagi la kan..no more worries.. ✿◠‿◠

Untuk majlis Akad Nikah, cukup sesimple ni..
nice kan?

A lil bit messy but awesome..i like~

The design is not bad but saya tak berapa suka
warna inai yang kehitaman camni..suka yang
merah menyala camtu..harap sangat jari saya ni bila pakai inai
akan jadi merah ang-ang gitu..

Cantik! Cantik!
Agak heavy kan? kan? Sukanya!

Suka jugee~

tengok gambar ni lagi rasa tak sabar
nak pakai inai u olls..cantik~
sabaq sat..7 hari lagi..hee~

Nak dilukis begini di bahagian kaki nanti..
suweeeettt ahh~

Sumber gambar: Google!

p/s: My boss keep on asking, "Fatehah, u nak apa as ur wedding present?"..Again..
saya tak tau nak jawab..kang mintak yang bukan-bukan menangis kot boss nak beli..hehehe~aritu saya ada cakap, "boss bg LCD tv pon ok.." but today saya up sket..request kat dia LED TV..ok??miahahahaha! *gelak jahat*..actually, nak bagi apa pon saya tak kisah..terima sajee~ ✿◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...