Love

Kad Jemputan Kahwin Anganku Musnah..

www.tips-fb.com

Kalau ada yg follow perjalanan persiapan wedding saya mesti perasan yang sebelum nih saya memang plan nak tempah kad jemputan kawen ada design cartoons cute-cute gitew {LINK} tp last-last saya dah tak bleh nak pikir lagi mcm2 hal kawen ni so saya beri kepercayaan kat adik saya lah utk decide design cards & tempahan kad suma..huu~

Tempahan kad dibuat di SP Fastprint, Sungai Petani..diorang janji kad akan siap on 30th April tp sabtu lepas, 28th dah siap dah..so saya ngan mama trus pegi pick up kad..ehmm~betul la kan orang cakap kalau nk tempah kad kawen ni mesti ada drama..same goes to me..time saya ngan my sister pegi checking ejaan memang tak perasan yang ada kesilapan kat nama my dad..ada "BIN" 2 kali..tu pon kalau korang nak tau kesilapan ejaan tu di detect oleh budak darjah 2 okeh..anak jiran saya..huu~dah smpai umah, mama,saya,abah, adik-adik suma sibok nak melipat kad jemputan tuh..pakat tak perasan pon ada kesilapan ejaan sampai la si kecik Nazrin Izwan a.k.a Ayen mai umah & abah saya bg kad suruh dia baca..then..

Ayen ~ "ibu, napa nama awan(tokwan~panggilan utk abah saya) macam pelik ja.."
Ibu ( K.Zan) ~ "memang nama awan cmtu, Ruslan Bin Che Rus..ayen kan selalu panggil Awan Lan ja.."
Ayen~ "Tak.. ayen tau la nama awan..tapi mana boleh jadi Ruslan Bin Bin Che Rus.." Awat ada "Bin" 2 kali pulak??Pelik kan, bu??"
Hah! sudah..cepat-cepat kami check tgk apa yang ayen ckpkan..betul la..memang ada double "BIN"..huu..dh 400kpg kot kad yg dh dilipat & dh siap masuk envelope pon..so t'paksalah kitorg anak beranak buka balik suma kad then potong "BIN" tu ngan marker pen..alahai~

Tak tau la spelling error tu memang dah ada sejak kitorang pegi check spelling tp saya ngan adik tak prasan..kalau ikut hati nk gak pegi check balik ngan kedai tuh tp mama ckp tak yah la..potong ja ngan marker pen..lagi pon sikit ja errornya..ehmmm~memang la sikit u olls tp dh mencacatkan kad kawen saya.. *sedih~*

Apapon saya puas hati dengan kad jemputan kawen saya nih..abah ngan En.Tunang cakap, tak yah spend memahal utk kad, nanti bagi kat orang lepas baca bukan orang nak simpan pon..buang ja..ehmm~betol gak..so kos utk kad kawen saya hanya 30sen sekeping..murah kan?? Pengantin bajet memang cmni..hee~ *bajet la sgt..*

800pcs kad jemputan kawen..

Memang lari terus dari tema majlis tp tak kisah
lah..asal cantik..merah pon 1 of my favr8 colour.. :)

Ni lah kad jemputan kawen saya..
design ala-ala songket..klasik gitew..

Mama ngan Abah pon gigih melipat kad..
time ni blom perasan ada spelling error..uhuu~

Macam tak caya nama saya ngan En.Tunang
tertera di kad nih..macam mimpi ja rasa..
dah besar kan saya..nak kawen dah.. :p

Semak samun..

Ayen yang baju merah tuh..
yang bju putih tu adik dia Nazim @ Ajim..
yg tak pakai baju tu Abah saya..hee~
Thanx u Ayen.. :)
Ayen ngan adik dia nih dari kecik mama saya yang
jaga bila ibu diorang pegi keja..sebab tu sgt rapat dengan
my family.. :)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Erti Lafaz Akad Nikah

www.tips-fb.com

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.. tunai”


BERMAKSUD :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Pengapit Vogue!! Oyeahh!

www.tips-fb.com

Lamaran utk pengapit saya dh dibuat last 2 months..
Pengapit saya nanti my BFF, cik Natasha..
Harap sangat cuti dia direleasekan..
ye la dia ni cik polis so susah sket la nk dpt cuti..
yang bertambah risau kalau date kawen saya nanti
jatuh pulak pada hari Pilihanraya Umum..sah-sah la cuti dia dibekukan..
tak kot kan..sebab dengar-dengar Pilihanraya Umum dalam 9 or 10 Jun..
ehee~pujuk diri sendiri..

Actually, bukan apa..ingat senang nak cari pengapit yang
sama size & ketinggian yang sama ngan saya?? I'm 165cm..uhuu~
kitorg ni sama tinggi & sma besar so sgt ssuai la kan..
tak kan pengantin tinggi tp pengapitnya kecik molek plak..
macam tak masuk ja kan..

Bakal pengapit saya ni memang cantik kan u olls??
vogue gitu..
kalau orang tengok dia, tak ramai yang percaya
yang dia nih polis..hahah~
mana taknya, perangai ting tong nak mampos..
tengok kan attire dia pon ramai xpercaya..
ye la..cantik kot..sesuai ke jd polis??hahaha~

Mama saya dah warning awal-awal jangan dok gelak kuat-kuat
nanti..pengantin kena sopan..
tau kenapa mama warning cmtu??
sebabnya bila kami 2 bertemu memang kecoh la..
si Tasha ni ada ja lawak dia..memang kalau kami
bergabung, meletop lah..hahaha~
gelak tu takda cover-cover lg ah..
Aduh! tetiba rsau plak..cmna eh nanti nk control ayu gitu
kalau minah ni jadik pengapit..wawawa~

picture taken from this entry {LINK}

Bakal pengapit saya..
saya tak kisah punya pengapit saya lagi cantik dari saya
sebab saya tau saya lagi comelsss dari dia.. *muntah*

tengok! tengok! lebih kurang kan ketinggian kami..
tapi i'm more higher than her la kan..
teringat zaman sekolah dulu..asyik berlawan sapa
paling tinggi antara kami..hee~

Okeh~sekarang saya duduk..so dia lg tinggi..hee~

3 chantek..
my another 1 BFF will be my Bridesmaid..
miss our moment together..ohhh~ :'(

Utk pengapit bakal suami a.k.a En.Tunang blom decide lagi..
lelaki nih senang..tak macam pompuan..diorang main taram
ja..sesapa pon bleh ja jd pengapit & sy akan setuju ja..hee~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Tudung Bawal Sulam..Berimej baru kah??

www.tips-fb.com

Ahaks!
Tajuk entry bajet retis kan??hee~
Kalau ada yang perasan saya ni memang asyik
pakai tudung jenis melekap ke dahi ja..
alaa~selendang or tudung jenis syria cmtu..
Dulu zaman study memang pakai tudung bawal ja
then kalau tak silap around 2009 keluar
trend tudung syria & start dari tu asyik beli
& sarung tudung syria..
Tudung jenis awning keras tu penah gak saya pakai
tp macam tak sesuai la ngan bentuk muka saya..

Selepas 3 tahun meninggalkan tudung bawal tetiba ja
saya terasa nak pakai balik tudung jenis nih lagi-lagi
lepas keluar trend sekarang bawal yang ada sulam-sulam cantik
atas kepala tu..alahai~bila pkai ja terasa ayu jelita giteww..hikhik~
so sekarang sangat gilakan tudung bawal la pulekk..
tp yang lecehnya tudung jenis ni mahal la kan..
sehelai RM50 cmtu..tak macam selendang & tudung syria
dengan RM50 bleh dapat 4 ke 5 helai kot..
Disebabkan kegilaan yang melampau dengan tudung bawal sulam ni
saya dh grab 7 helai sekaligus..hamek kau!

Bila saya mula pakai tudung bawal ni datang keja
pakat heran & tegur macam la sy ni 1st time pakai tudung..hee~
ada yang suggest utk saya pakai tudung jenis ni
on my wedd nanti..ehmmm~
kan??ok gak..cantik pon cantik..
tp...ada tp..
sedikit tak selesa la pakai tudung bawal ni..
sebabnya bila pakai tudung jenis ni secara automatic
saya akan asyik tiup tudung ni kat bhgian depan tuh..
nk make sure terbentuk dengan cantik..haaii~susah gak kan..
tak pa la..pakai utk pegi keja & jejalan ja la..

ahaa~ada yang tanya sy ni tukar imej sebab dh
nak jd isteri orang ke??hee~
tak la..mana ada saya tukar imej..sy juz
pakai apa yang saya rasa saya nk..asal cantik,selesa & yang penting meletops ok..


apa pendapat korang??ada macam Datin Norjuma tak??ahaks!
tp versi pipi tembam la.. :p


pandangan sisi..


i love the details at the tops of my head..
cantik isn't it?? :)



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

❤ KELEBIHAN NIKAH ❤

www.tips-fb.com

❤ KELEBIHAN NIKAH ❤

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA! (nok kabo bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami setubuh isteri ~ PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri ~ PAHALA

Allhhurabbi ❤❤ SERONOKNYA ❤❤❤



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My Wedding Colour Theme

www.tips-fb.com

Solemnization



Brides Reception


Groom Receptions

Maybe...this colour..


OR


OR


for Groom To Be side the colour theme is not decide & finalize yet..just wait & see ya!


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

TIPS PENGANTIN BERTUDUNG

www.tips-fb.com


Cara pemakaian tudung untuk majlis pertunangan
Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan, anda mempunyai tiga pilihan cara pemakaian tudung untuk konsep muslimah. Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan. Ia berlaku kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ''awning'' pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Tiga pilihan cara pemakaian tudung tersebut ialah:

Moden

Fesyen Gipsi
Fesyen Gipsi digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Anda boleh menggunakan sehelai tudung dan buat ikatan bunga di tepi dan letakkan sehelai layah.

Sopan dan anggun
Bagi yang memilih konsep ini pula, anda boleh menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai ‘awning’. Cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan leher. Seterusnya boleh menggunakan selendang panjang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun.

Moden Kotemperari

Pasangan mempelai kini lebih gemar memilih konsep moden kontemporari. Bertepatan dengan konsep ini, anda boleh menggunakan kain daripada fabrik net dan kain sifon. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula adalah dengan menggunakan sehelai kain net. Lilitkan di kepala dan ambil pula lapisan yang kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon. Lipat dan bentukkan separuh bulat. Pastikan ‘awning’ yang dipakai dibentukkan sedikit V agar nampak muka kelihatan lebih panjang. Seterusnya, buatlah sanggul di bahagian tepi. Letakkan aksesori yang sesuai seperti kerongsang dan sanggul agar seri pengantin anda bertambah cantik.

Cara pemakaian tudung untuk majlis pernikahan
Kebiasaannya majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan menepati kehendak agama. Cara pemakaian tudung juga lebih sopan dan semestinya menutup di bahagian dada. Lebih elok jika anda mengelakkan fesyen yang keterlaluan, tambahan pula jika majlis pernikahan diadakan di masjid. Bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemillihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul. Terdapat beberapa tip dan pilihan gaya tudung yang boleh disesuaikan untuk majlis pernikahan.

♥ Ikatan tudung berbentuk V
♥ Ikatan tudung berbentuk separuh bulat
♥ Ikatan runcing di bahagian tepi

Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai
pengantin muslimah. Ia juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.


Pilihan busana pengantin bertudung
Pemilihan busana untuk pengantin bertudung sangat penting agar konsep yang dipilih selari dengan gaya seorang pengantin muslimah. Pengantin yang ingin bergaya sopan dan anggun mempunyai pilihan fabrik yang sesuai dengan konsep yang tidak mahu menonjolkan susuk badan. Anda perlu berhati-hati untuk menempah fesyen busana agar semasa menggayakannya tidak terasa kekok ketika membawa imej seorang muslimah. Antara fabrik yang boleh dipilih ialah sutera satin, sutera thai, shantong dan sifon yang diletak ‘lining’.

Busana majlis pertunangan:
♥ Kurung moden
♥ Kurung berfesyen
♥ Kebaya
♥ Kurung Johor
♥ Evening dress
♥ Evening garden
♥ Jubah moden
♥ Jubah labuh
♥ Kurung Pahang

Jenis-jenis fabrik untuk majlis pertunangan:
♥ Organza
♥ Sutera satin
♥ Sutera thai
♥ Shantong
♥ Sutera siffon
♥ French lace

Pilihan konsep sopan dan anggun, untuk majlis pernikahan ialah seperti:
♥ Kurung Johor
♥ Kurung Pahang
♥ Kebaya labuh
♥ Jubah labuh

Busana untuk majlis persandingan:
♥ Jubah moden
♥ Gaun moden
♥ Kebaya moden
♥ Kebaya kain aline
♥ Evening dress
♥ Kurung moden

Pemilihan fabrik untuk persandingan boleh dipilih dari jenis yang sama dengan majlis pertunangan. Gunakan fabrik daripada jenis duches satin, sutera net dan organza untuk pilihan yang tepat.

Aksesori
♥ Majlis pertunangan
♥ Kerongsang
♥ Cekak kepala
♥ Rantai & Subang
♥ Gelang tangan

Majlis pernikahan
♥ Rantai panjang
♥ Kerongsang tudung
♥ Cincin & Gelang

Majlis persandingan
♥ Mahkota
♥ Rantai
♥ Subang
♥ Gelang
♥ Kerongsang tudung

Solekan pengantin bertudung
Pengantin bertudung boleh memilih gaya dan jenis solekan mengikut kesesuaian konsep dan tema majlis. Solekan tersebut haruslah dipadankan dengan majlis bertunang, pernikahan dan persandingan. Cara solekan semasa majlis-majlis tersebut tidak banyak perbezaan. Ia mungkin mengikut kesesuaian waktu dan tempat majlis. Jika diadakan di dewan dan waktu malam, solekan agak tebal dan menyerlah daripada biasa. Manakala jika majlis dilangsungkan di rumah, eloklah
jika tidak mengenakan solekan yang tidak keterlaluan. Solekan pengantin bertudung semestinya boleh menyerlahkan keayuan, kelembutan dan keserasian wajah bakal pengantin. Jika keadaan kening tidak teratur, pengantin bertudung boleh memilih sama ada ingin membentuk sedikit kening ataupun tidak. Jika tidak jurusolek boleh menggunakan teknik menggunakan konselor pada bahagian atas mata.

SUMBER(http://www.pesonapengantin.com.my)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Perihal Pelamin Anganku..

www.tips-fb.com

Dalam banyak-banyak hal persiapan kawen, hal pelamin la yg pada saya agak sukar untuk saya buat keputusan..nak pelamin yang gojes, over the vas, meletops tp dgn bajet yang ciput..korang rasa ada? ahaa! ada okeh..at 1st, saya dah booked pelamin kat butik F (bukan nama sebenar)..kat butik F ni mula-mula saya ngan En.Tunang dh booked package, sepasang baju, pelamin, meja makan, aksesori & etc = RM1,400..that package excluded make up sebab make up saya dah booked dengan orang lain..saya tak nak Butik F yang make up kan sebab majoriti staffnya lelaki yang tak berapa lelaki..tak kuasa nyah..ehee~paham kot..

Even dah booked pelamin, saya masih tak berpuas hati so saya mencuba nasib message my MUA, time bertunang dulu, Mastura kot-kot nasib saya baik dapat la pelamin yang meletops dengan harga "member"..ececeh~tp tak berharap sangat la sebab dah lambat kot nk book sebab setau saya bridal butik member saya ni just ada dalam 2 3 set pelamin ja sebab butik dia di manage kat rumah ja kan..ok..cuba..tup~tup~ she reply me & said YES! got 1 set extra..aiyoo! rasa mau lompat kijang tinggi-tinggi ja tau..then mintak permission from En.Tunang & he approved! wallawehhh~so we all trus booked that pelamin..
woohoo! finally dapat gak pelamin yang mcm diimpi-impikan..hee~suka!

So utk pelamin kat Butik F saya call & bgtau nak cancel pelamin yang dh di booked tu & they all ckp ok..lega~

Dalam bnyk-bnyk gambar pelamin kat bawah ni ada terselit gambar contoh pelamin saya nanti..cuba teka yang mana 1..ahaa! lupa nak bgtau konsep wedding saya nanti Moden Kontemporari..bleh??ehee~







Amacam?? Dah boleh teka tak u olls??ehheee~
Semua pelamin-pelamin kat atas nih cantik-cantik kan??
Apa pilihan pelamin korang??
Share lah..✿◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Official Photographer Pilihan Hati.. (Booked)

www.tips-fb.com

Since majlis saya semakin dekat..semakin serabut kepala hotak ni tau..susah rupanya nk kawen ni kan..macam-macam benda nak kena buat & kena fikirkan sampai ke satu tahap saya penat & malas memikir so the solution is saya akan tanya & mintak pendapat En.Tunang atau mama.. 

Antara masalah utama saya dalam wat preparation kawen ni kan nak hire MUA mana utk make upkan saya nanti..yang ini ok, yang tu pun ok..tp orang ni ckp MUA ni makeup ok tp orang tu plak bg komen yang sebaliknya..haiihhh~ Lagi, masalah dalam menentukan OP yang sesuai & kena ngan jiwa saya & En. Tunang disamping charge yang dikenakan haruslah still in our budget..

Kalau ikutkan nafsu nafsi op koz la nak hire Saiful Nang tp memang tak mampu la chek..bajet ciput, angan-angan tinggi menggunung..tak sesuai sungguh kan?heehee~
Bincang punya bincang dengan En.Tunang last-last kitorang decide utk hire Aqeel Studio as our OP..Sabtu lepas kitorang dh pegi jumpa owner Aqeel Studio En. Shahrul utk discuss pasal pakej yang kitorang pilih..bincang p bincang mai, done! setuju..then bayar deposit utk booking..selesai 1 benda..pheww~tp benda-benda lain banyak lagi blom settle..adoyai~

So, kepada B2B area utara yang masih mencari-cari OP utk majlis kalian i highly recommend Aqeel Studio ni..layanan drpd ownernya pon sgt bagos.. *thumb up*

Kat bawah ni adalah hasil kerja dr Aqeel Studio..For more visit http://aqeelstudio.com ..










p/s: Tak sabarnya nak kawen!!wawawa~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Tabung Ahmad Sufi

www.tips-fb.com


Ehmm~dah lama cousin saya yg sorang ni tak update blog..
tp lepas saya ternampak title Tabung Ahmad Sufi, cepat-cepat saya buka
blog dia..sedih..tersentuh..
Baby Ahmad Sufi yang comel & sangat kuat ni adalah
anak kepada abg sepupu saya, Romi Agus Shumadi Suhaimi..
tak ada kata lagi yang mampu saya coretkan di sini..
saya tak cukup kuat.. *nangis*

Entry kat bawah ni saya copy directly through my cousin official
blog, K.Yanti, merangkap ibu saudara kepada Baby Ahmad Sufi..

 

Hati siapa yang tak tersentuh ..melihat seorang baby...menderita terlantar dia ats katil dengan wayar berselirat di satu badan..tak ada bahagian pon yang kosong..semuanya berwayar...apatah lagi baby itu adalah darah daging saya sendiri... ya...AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI adalah anak saudara saya. Baba Ahmad Sufi adalah abang saya..
Bagi yang belum pernah tahu, Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 Mac 2012 di Canberra .Beberapa hari selepas dilahirkan, dia didapati mengahadapi masalah paru2 yang kronik.Ahmad Sufi diterbangkan dengan menaiki helikopter dr Canberra ke Children's Hospital di Westmead , Sydney. Setelah beberapa hari Ahmad Sufi di sana, doktor menjalankan lung bipsy, dimana sel paru2 Ahmad Sufi di ambil untuk dibuat kajian. Namun hasil yang di dapati drpd kajian tidak banyak membantu.
Kos rawatan Ahmad Sufi di hospital berkenaan adalah sebanyak AUD3000.Abang saya , Romi Agus Syumadi Bin Suhaimi yang baru berhijrah ke sana pada Julai 2011 yang lalu tidaklah mampu untuk menanggung kos tersebut . Saya dengan rendah dirinya ingin memohon kepada tuan2dan puan2 yang budiman...supaya dapatlah kiranya menghulurkan bantuan,bagi membantu abang saya meringankan beban abang saya di sana.. Bantuan, sokongan, Doa dan segala usaha anda semua sangat2 SAYA HARAPKAN DAN HARGAI...

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

p/s : Setiap kali Allah menguji hambaNya, bermakna Allah syg & cintakan hambaNya..Allah tak akan sesekali menguji hambaNya di luar batas kemampuan mereka..kepada ABG & K.Lina..Allah menyayangi kalian berdua..tabah & kuatlah untuk menghadapinya..kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga kita walau di mana berada..


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hantaran Idea : Homemade Chocolate

www.tips-fb.com

As salam..
Lately sibok memikio barang-barang untuk hantaran hari besar saya & En.Tunang..Setakat ni list dah ada tapi mungkin ada sedikit perubahan nanti..MUNGKIN..hee~
Ok, selalunya dalam list hantaran semacam wajib ja kan ada manisan sebekas dua..masa tunang aritu ada gak manisan dari side saya & En. Tunang..ada chocolate Ferrero Rocher, ada cheese tart..so saya bercadang untuk hari besar saya nanti nak order chocolate handmade pulak la..sebelum nih penah rasa chocolate handmade ni..sedap! Rasanya macam chocolate mahal-mahal..design pun cantik-cantik kan..nanti bekas hantaran kitorang mesti cute & suweett kan??ngeh~ngeh~
Lepas Google sana sini, dapat la di kenal pasti kat sapa & mana nak dapatkan chocolate handmade nih..excited sgt..design sangat ohsem! Jatuh cinta lah u olls.. ✿◠‿◠
Jom tengok antara design-design chocolate handmade ni nk??





Amacam?? cantik ke tidakk??hee~
suma ni menjadi idaman qalbu..wah!wah!
lagi-lagi yang Oreo Gift Set tuh..
i lo0ve Oreo!
So jom jengok-jengok http://choclvrs.blogspot.jp


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Karnival Kahwin-Kahwin Kedah

www.tips-fb.com

For more info kindly visit http://seripanglima.com.my/
Jom pakat p ramai-ramai B2B Kedah sekalian alam.. ✿◠‿◠



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Pantang Larang Bakal Pengantin

www.tips-fb.com


Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

Elakkan minum minuman keras dan merokok.

Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.

Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.

Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Panduan Mohon Kebenaran Kahwin Kedah

www.tips-fb.com


Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 BULAN dari tarikh cadangan untuk berkahwin.
 
  • Salinan Kad Pengenalan

  • Salinan Kad Pengenalan Wali (bagi pemohon perempuan sahaja)

  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan & asal)**

  • Kebenaran berkahwin lelaki bagi pemohon perempuan sahaja (jika lelaki daripada luar daerah)

  • Sijil Cerai Asal (bagi pemohon lelaki/perempuan)

  • Surat Mati bekas suami/isteri & Surat Perakuan Nikah /Rujuk (asal & salinan) bagi duda/janda

  • Kad Perakuan Memeluk Islam (asal & salinan )** jika saudara baru

  • Kebenaran berpoligami dari mahkamah (jika berpoligami)

  • Surat kebenaran dari Kedutaan/Pihak berkuasa lain (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)

  • Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera/polis (bagi anggota tentera/polis)

  • Perempuan - Borang 2 dilengkapkan & disahkan oleh Tuan Imam Qariah

  • Bayaran sebanyak RM4.00 bagi Pendaftar/Penolong Nikah, Cerai & Rujuk keluarkan kebenaran berkahwin perempuan


PERINGATAN :
 
 
Kegagalan membawa dokumen2 ASAL semasa datang utk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.
 
Borang yg lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah/Imam di mana pemohon tinggal
 
Anak kariah yg tinggal di luar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang
 
Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam
 
Hanya borang yg lengkap diisi & disertakan dokumen2 berkaitan akan dibuat pengesahan
 
Hantar/ambil borang pada waktu sembahyang di masjid
 
Majlis akad nikah HANYA akan diadakan di masjid
 
Sila berunding dengan Tuan Imam utk urusan penetapan tarikh & masa akad nikah
 
Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) & wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung
 
**Sijil asal akan dikembalikan
 
 
 
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Kad Jemputan Kahwin Comels!

www.tips-fb.com

Harini jom intai-intai kad jemputan kawen nak??hee~ok, harini mood saya more better..no entry berangin macam sebelum nih..maap ye suma..biasa la bila orang buat taik ngan kita mesti kita hangin kan u olls..haiihh~sangat tidak bertabah kan saya nih..ampun...dah~dah~forget it..

Ok..disebabkan lagi 58 hari ja lagi dari majlis besar saya makanya perlu la utk tempah kad kawen kan..orang lain nk kawen lagi lambat dari saya pun dah siap kad kawen dah tp saya ngan En. Tunang..cool fever ja kan..kui~kui~

Impian saya nak kad kawen yang cute-cute gitu..ada cartoons bagai..yes! orang perasan comel memang camni..wawawawa~tak perlu kad yang mahal-mahal asalkan suit ngan jiwa saya yang comels nih so it's ok..heheh~

Hasil carian En. Google yang hebat, saya jumpak la macam-macam design kad kawen yang sangat ohsem..gambar kartun comel, ada design bunga-bunga yang comels..macam-macam la..oh~rambang mata sgt..jom tengok jom..harap dapat memberi sedikit inspirasi kepada bakal pengantin suma..enjoice!


















Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...