Love

TIPS PENGANTIN BERTUDUNG

www.tips-fb.com


Cara pemakaian tudung untuk majlis pertunangan
Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan, anda mempunyai tiga pilihan cara pemakaian tudung untuk konsep muslimah. Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan. Ia berlaku kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ''awning'' pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Tiga pilihan cara pemakaian tudung tersebut ialah:

Moden

Fesyen Gipsi
Fesyen Gipsi digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Anda boleh menggunakan sehelai tudung dan buat ikatan bunga di tepi dan letakkan sehelai layah.

Sopan dan anggun
Bagi yang memilih konsep ini pula, anda boleh menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai ‘awning’. Cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan leher. Seterusnya boleh menggunakan selendang panjang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun.

Moden Kotemperari

Pasangan mempelai kini lebih gemar memilih konsep moden kontemporari. Bertepatan dengan konsep ini, anda boleh menggunakan kain daripada fabrik net dan kain sifon. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula adalah dengan menggunakan sehelai kain net. Lilitkan di kepala dan ambil pula lapisan yang kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon. Lipat dan bentukkan separuh bulat. Pastikan ‘awning’ yang dipakai dibentukkan sedikit V agar nampak muka kelihatan lebih panjang. Seterusnya, buatlah sanggul di bahagian tepi. Letakkan aksesori yang sesuai seperti kerongsang dan sanggul agar seri pengantin anda bertambah cantik.

Cara pemakaian tudung untuk majlis pernikahan
Kebiasaannya majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan menepati kehendak agama. Cara pemakaian tudung juga lebih sopan dan semestinya menutup di bahagian dada. Lebih elok jika anda mengelakkan fesyen yang keterlaluan, tambahan pula jika majlis pernikahan diadakan di masjid. Bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemillihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul. Terdapat beberapa tip dan pilihan gaya tudung yang boleh disesuaikan untuk majlis pernikahan.

♥ Ikatan tudung berbentuk V
♥ Ikatan tudung berbentuk separuh bulat
♥ Ikatan runcing di bahagian tepi

Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai
pengantin muslimah. Ia juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.


Pilihan busana pengantin bertudung
Pemilihan busana untuk pengantin bertudung sangat penting agar konsep yang dipilih selari dengan gaya seorang pengantin muslimah. Pengantin yang ingin bergaya sopan dan anggun mempunyai pilihan fabrik yang sesuai dengan konsep yang tidak mahu menonjolkan susuk badan. Anda perlu berhati-hati untuk menempah fesyen busana agar semasa menggayakannya tidak terasa kekok ketika membawa imej seorang muslimah. Antara fabrik yang boleh dipilih ialah sutera satin, sutera thai, shantong dan sifon yang diletak ‘lining’.

Busana majlis pertunangan:
♥ Kurung moden
♥ Kurung berfesyen
♥ Kebaya
♥ Kurung Johor
♥ Evening dress
♥ Evening garden
♥ Jubah moden
♥ Jubah labuh
♥ Kurung Pahang

Jenis-jenis fabrik untuk majlis pertunangan:
♥ Organza
♥ Sutera satin
♥ Sutera thai
♥ Shantong
♥ Sutera siffon
♥ French lace

Pilihan konsep sopan dan anggun, untuk majlis pernikahan ialah seperti:
♥ Kurung Johor
♥ Kurung Pahang
♥ Kebaya labuh
♥ Jubah labuh

Busana untuk majlis persandingan:
♥ Jubah moden
♥ Gaun moden
♥ Kebaya moden
♥ Kebaya kain aline
♥ Evening dress
♥ Kurung moden

Pemilihan fabrik untuk persandingan boleh dipilih dari jenis yang sama dengan majlis pertunangan. Gunakan fabrik daripada jenis duches satin, sutera net dan organza untuk pilihan yang tepat.

Aksesori
♥ Majlis pertunangan
♥ Kerongsang
♥ Cekak kepala
♥ Rantai & Subang
♥ Gelang tangan

Majlis pernikahan
♥ Rantai panjang
♥ Kerongsang tudung
♥ Cincin & Gelang

Majlis persandingan
♥ Mahkota
♥ Rantai
♥ Subang
♥ Gelang
♥ Kerongsang tudung

Solekan pengantin bertudung
Pengantin bertudung boleh memilih gaya dan jenis solekan mengikut kesesuaian konsep dan tema majlis. Solekan tersebut haruslah dipadankan dengan majlis bertunang, pernikahan dan persandingan. Cara solekan semasa majlis-majlis tersebut tidak banyak perbezaan. Ia mungkin mengikut kesesuaian waktu dan tempat majlis. Jika diadakan di dewan dan waktu malam, solekan agak tebal dan menyerlah daripada biasa. Manakala jika majlis dilangsungkan di rumah, eloklah
jika tidak mengenakan solekan yang tidak keterlaluan. Solekan pengantin bertudung semestinya boleh menyerlahkan keayuan, kelembutan dan keserasian wajah bakal pengantin. Jika keadaan kening tidak teratur, pengantin bertudung boleh memilih sama ada ingin membentuk sedikit kening ataupun tidak. Jika tidak jurusolek boleh menggunakan teknik menggunakan konselor pada bahagian atas mata.

SUMBER(http://www.pesonapengantin.com.my)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...