Love

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

TIPS MENGASIHI SUAMI ♥

www.tips-fb.com

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

TIPS PENGANTIN BERTUDUNG

www.tips-fb.com


Cara pemakaian tudung untuk majlis pertunangan
Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan, anda mempunyai tiga pilihan cara pemakaian tudung untuk konsep muslimah. Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan. Ia berlaku kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ''awning'' pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Tiga pilihan cara pemakaian tudung tersebut ialah:

Moden

Fesyen Gipsi
Fesyen Gipsi digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Anda boleh menggunakan sehelai tudung dan buat ikatan bunga di tepi dan letakkan sehelai layah.

Sopan dan anggun
Bagi yang memilih konsep ini pula, anda boleh menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai ‘awning’. Cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan leher. Seterusnya boleh menggunakan selendang panjang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun.

Moden Kotemperari

Pasangan mempelai kini lebih gemar memilih konsep moden kontemporari. Bertepatan dengan konsep ini, anda boleh menggunakan kain daripada fabrik net dan kain sifon. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula adalah dengan menggunakan sehelai kain net. Lilitkan di kepala dan ambil pula lapisan yang kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon. Lipat dan bentukkan separuh bulat. Pastikan ‘awning’ yang dipakai dibentukkan sedikit V agar nampak muka kelihatan lebih panjang. Seterusnya, buatlah sanggul di bahagian tepi. Letakkan aksesori yang sesuai seperti kerongsang dan sanggul agar seri pengantin anda bertambah cantik.

Cara pemakaian tudung untuk majlis pernikahan
Kebiasaannya majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan menepati kehendak agama. Cara pemakaian tudung juga lebih sopan dan semestinya menutup di bahagian dada. Lebih elok jika anda mengelakkan fesyen yang keterlaluan, tambahan pula jika majlis pernikahan diadakan di masjid. Bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemillihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul. Terdapat beberapa tip dan pilihan gaya tudung yang boleh disesuaikan untuk majlis pernikahan.

♥ Ikatan tudung berbentuk V
♥ Ikatan tudung berbentuk separuh bulat
♥ Ikatan runcing di bahagian tepi

Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai
pengantin muslimah. Ia juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.


Pilihan busana pengantin bertudung
Pemilihan busana untuk pengantin bertudung sangat penting agar konsep yang dipilih selari dengan gaya seorang pengantin muslimah. Pengantin yang ingin bergaya sopan dan anggun mempunyai pilihan fabrik yang sesuai dengan konsep yang tidak mahu menonjolkan susuk badan. Anda perlu berhati-hati untuk menempah fesyen busana agar semasa menggayakannya tidak terasa kekok ketika membawa imej seorang muslimah. Antara fabrik yang boleh dipilih ialah sutera satin, sutera thai, shantong dan sifon yang diletak ‘lining’.

Busana majlis pertunangan:
♥ Kurung moden
♥ Kurung berfesyen
♥ Kebaya
♥ Kurung Johor
♥ Evening dress
♥ Evening garden
♥ Jubah moden
♥ Jubah labuh
♥ Kurung Pahang

Jenis-jenis fabrik untuk majlis pertunangan:
♥ Organza
♥ Sutera satin
♥ Sutera thai
♥ Shantong
♥ Sutera siffon
♥ French lace

Pilihan konsep sopan dan anggun, untuk majlis pernikahan ialah seperti:
♥ Kurung Johor
♥ Kurung Pahang
♥ Kebaya labuh
♥ Jubah labuh

Busana untuk majlis persandingan:
♥ Jubah moden
♥ Gaun moden
♥ Kebaya moden
♥ Kebaya kain aline
♥ Evening dress
♥ Kurung moden

Pemilihan fabrik untuk persandingan boleh dipilih dari jenis yang sama dengan majlis pertunangan. Gunakan fabrik daripada jenis duches satin, sutera net dan organza untuk pilihan yang tepat.

Aksesori
♥ Majlis pertunangan
♥ Kerongsang
♥ Cekak kepala
♥ Rantai & Subang
♥ Gelang tangan

Majlis pernikahan
♥ Rantai panjang
♥ Kerongsang tudung
♥ Cincin & Gelang

Majlis persandingan
♥ Mahkota
♥ Rantai
♥ Subang
♥ Gelang
♥ Kerongsang tudung

Solekan pengantin bertudung
Pengantin bertudung boleh memilih gaya dan jenis solekan mengikut kesesuaian konsep dan tema majlis. Solekan tersebut haruslah dipadankan dengan majlis bertunang, pernikahan dan persandingan. Cara solekan semasa majlis-majlis tersebut tidak banyak perbezaan. Ia mungkin mengikut kesesuaian waktu dan tempat majlis. Jika diadakan di dewan dan waktu malam, solekan agak tebal dan menyerlah daripada biasa. Manakala jika majlis dilangsungkan di rumah, eloklah
jika tidak mengenakan solekan yang tidak keterlaluan. Solekan pengantin bertudung semestinya boleh menyerlahkan keayuan, kelembutan dan keserasian wajah bakal pengantin. Jika keadaan kening tidak teratur, pengantin bertudung boleh memilih sama ada ingin membentuk sedikit kening ataupun tidak. Jika tidak jurusolek boleh menggunakan teknik menggunakan konselor pada bahagian atas mata.

SUMBER(http://www.pesonapengantin.com.my)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...