Love

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

www.tips-fb.com

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
 
Source: http://rizaros.blogspot.jp/search/label/Pregnancy
p/s: Alhamdulillah ya Allah kerana diberi peluang merasa nikmatMu ini.. =)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Syurga Cinta Kami

www.tips-fb.com

I blom pernah lagi story kat mana i & hubby stay lepas kawen kan??hee~
lupa pulok..kitorang officially menetap di rumah kitorang sendiri di Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah..dekat ngan rumah PIL..dekat gak ngan umah my parents..10 minit drive ja dah sampai..hee~
hubby tak bleh jauh dari family dia sebab dia kan anak lelaki sulung + MIL i tak berapa sihat..
I ni plak hari-hari lepas balik keja mesti singgah umah Mama & Abah dulu..WAJIB! kalau tak p sure Mama ngan Abah akan call tanya napa tak mai umah harini..huehue~rindu la tuh.. :p
Bukan apa, selain melepaskan rindu kat Mama & Abah, i mesti nak makan masakan Mama yang terbaik di alam semesta..plus, kan sekarang i alah & tak brapa nak bleh masak bagai *alasan* makanya Mama akan tapaukan makanan untuk anak sulungnya yang comel ni & menantunya yang kachak itu lah..huahhuah~ >.<'
 
Ok2~berbalik kepada topik asal..pasal rumah kitorang kan..i nak gelarkannya sebagai Syurga Cinta lah..ok?hee~yup Syurga Cinta Subri & Fatehah Elia..manisnya!
hubby beli rumah ni dah nak masuk 2 tahun dah..means masa kitorang tgh couple lagi tp i xpenah tau ok..dekat-dekat nak kawen baru i tau rupanya kitorang dah ada rumah sendiri..tak yah sewa-sewa lagi..Alhamdulillah~
Rumah kitorang ni bukan la rumah baru..Hubby beli umah 2nd hand ja..hee~tp dah fully renovate so jadik barulah kan..kitorang official masuk rumah kalau tak silap pada hari ke-3 sah jadik suami isteri..
Senang tinggal kat umah sendiri..lebih privacy kata hubby..betol gak..cuba bayangkan if i dok kat umah PIL then i ni plak spesis yang bangun pagi nk masuk tengah hari..hah~camna? segan kot..lagipon hubby i ramai adik lelaki..memang la depa tu adik ipar i tapi mungkin terbatas dari segi aurat kan..takkan all the time i nak pakai baju long sleeves + tudung..ye dok??
apapon, terima kasih hubby..
 
Honestly, sekarang ni pon umah kitorang masih kosong lagi..yang dah complete just bedroom set..hee~*kan nih partition paling sorga untuk suami isteri..* >.<'
bahagian dapur pon bleh la considered dah completed..asal ada freeze, dapur gas, periuk, pinggan, cawan bagai kira complete lah kan??tu pon hasil daripada wedding gifts lepas..hee~terima kasih kepada yang memberi.. =)
Untuk lain-lain bahagian tu slow-slow kitorang suami isteri sedang usaha untuk penuhkan..
For me, asal dah ada LCD TV, freeze, washer, bed room set my home is completed even not 100% la kan..janji benda-benda wajib dah terisi di Syurga Cinta kami.. =)
Lagipon bez what umah blom banyak perabot nih..senang kitorang suami isteri nak main aci ligan dalam umah..ada ruang yang luas untuk lari-lari.. *pecah rahsia.. :p*
 
Oklah..tu ja nk story..tak lama lagi insyaAllah Syurga Cinta ni akan berseri dengan our little cupid..can't wait la..hee~
Doakan kitorang ya shayang-shayang sekalian..
Till then..daa~
 
Bahagian di antara ruang tamu kecik ke master bedroom & ruang tamu yang
lebih besar..
 
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My 1st Pregnancy Experience ♥

www.tips-fb.com

Baru ada rasa-rasa nak menaip lebih sikit dari biasa..hee~asyik copy paste info dari blog orang ja kan..harini ada rasa nak story pasal experience diri sendiri sepanjang dah “berisi” nih..ya seperti yang sedia maklum, dengan izin Allah, hasil cinta saya dan suami berdegup jantung si kecil dalam rahim ni..Alhamdulillah..syukur ya ALLAH.. =)
Baru tau apa rasanya bila diri sendiri pregnant..apa rasanya bila tengok hubby melompat-lompat excited bila tau saya pregnant..apa rasanya bila alahan di awal kandungan..apa rasanya bila orang disekeliling kita lebih care & rasa sangat disayangi..indahnya! Alhamdulillah ya Allah atas segala nikmatMu pada hambaMu yang hina ini..
 
Kalau dikira dari tarikh last period saya, due date untuk deliver is 1st April 2013..tp kita tak tau perancangan Allah kan..kita just boleh estimate tarikh itu, tarikh ni..pegi scan kat doctor ni bgtau date mcm ni, doctor lain macam lain pulak..so far, saya dah dapat 3 date untuk deliver tp insyaAllah yang pasti awal April tahun depan..doakan saya ok,sayang-sayang sekalian.. =)
Ada yang cakap saya bunting pelamin..tapi sebenarnya tak..saya free sebulan ja..then lepas tu dah ada isi..ehem~ehem~saya ngan hubby memang sangat-sangat berharap kitorang akan cpt-cpt dapat baby..& saya selalu berdoa untuk bunting pelamin sebab sebelum nikah saya baru ja lepas period so chances untuk pregnant secepat mungkin adalah tinggi tp sebelum majlis sambut menantu 30 Jun 2012 tu saya dah period..time tu memang sedih + frust gila ok sebab terlalu berharap kan..tau ja dah period, saya menangis ok..kat hubby pon saya hampir-hampir menangis sebab sedih sangat..tp hubby cakap, belum ada rezeki kita..insyaAllah ada nanti tu..time dia ckp mcm tu dalam hati ni sangat-sangat touching ok..saya tau dia pon frust tp biasa la lelaki tak tunjuk la sangat..
 
Masuk bulan July hampir-hampir ngan date nk datang period saya berdebar-debar..ye la xnak period datang..hee~bleh cmtu? Actually bukan apa, just taknak frust lagi..tp saya langsung tak berhenti berharap..tak putus-putus doa supaya dikurniakan zuriat secepat mungkin..period saya jenis yang datang tetap every month kalau nak lari pon sehari dua ja..bila dah 2 3 hari melepasi tarikh period untuk that month w.out period..tak tau la nak bgtau apa rasa..hee~tolong jgn jadi macam saya ok..terlalu berharap..saya tau kalau saya period gak bulan tu memang saya akan frust yang amat-amat..sebab dah over excited kot..lepas seminggu saya tergerak nak text my ex-classmate, Dr. Ayesha Siddiqa..msgnya cam kat screenshot nih.. >.<’
 

 
hee~camtu la..then bgtau hubby nk pegi beli pregnancy test kit cepat-cepat..x sabar sangat dah time tu tp hubby cakap, "sabar..jangan excited sangat..nanti frust lagi.."then..ok..fine..tnggu 2 3 hari lepas tu baru pegi beli pregnancy test kit..awal-awal tu dah Google which pregnancy test kit brand is the best..macam-macam brand & testimoni dari bloggers saya dapat & at last Clear Blue Digital menjadi pilihan..gara-gara terpengaruh ngan si Fasha Sandha la nih..huhu~plus, saya ni jenis yang bencikan ketidak pastian..nak tau apa-apa sampai boleh-boleh..masuk Watson kat Central Square SP xdak..suma jenis UPT yang bleh nampak double line biasa tu ja..xnak la..tnya SA kat situ, dia macam blur ja..then laju-laju pegi Guardian plak..trus tnya SA & that girl trus tunjuk apa yang saya nak..xcakap banyak trus mintak hubby bayarkan..& know wht, lepas beberapa langkah ja kitorang gerak dari kaunter tu SA-SA kat Guardian tu pakat dok belek-belek Clear Blue Digital macam yang saya beli tu..hee~bleh plak camtu..maybe diorang pon tak penah tau ada yang jenis digital cmtu..saya pon tak tau..tp si Fasha Sandha la wat saya tau pasal benda alah nih..
 
Keesokkan paginya, sebelum sahur lepas bagun dari tidur cepat-cepat pegi toilet sebab nak check either i'm pregnant o not..hee~hubby tengok ja gelagat i ok..lepas tengok kat digital screen tu, rasa macam nk lompat tinggi-tinggi..terus jerit-jerit panggil hubby..hee~hubby pon apa lagi, melompat-lompat la siap amik dgcam semata-mata nak snap gambar keputusan UPT tuh..hahaha~memang kelakar bila diingatkan balik..
 
 
nampak tak tertera "Pregnant 3+" kat situ? means, time ni kandungan saya dah 3 weeks ++ .. Alhamdulillah..haa~bg yang nak tau price benda alah ni sedikit mahal around RM26++ if compared to pregnancy test kit yang biasa tu tp tak kisah la berapa harga pon asalkan keputusan yang saya dapat tu adalah pasti..hee~banyak yang saya tengok beli pregnancy test kit smpai 4 5 brand sebab tak pasti yang keputusan kat pregnancy test diorang tu sahih or tak..hee~membazir gak kan..
 
ok la..nanti ada masa saya akan kongsikan pengalaman 1st trimester & alahan yang saya dah rasa sepanjang pregnant nih..sabar ye sayang-sayang ku..
untill then..pray for me & baby ya..daa~ =)
 
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa, Zikir dan Amalan semasa mengandung.

www.tips-fb.com

 

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.
Maha Suci Allah

7.



Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :

8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq


10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

I need more water plss..

www.tips-fb.com

Bagi air kosong abis..
Bagi vitagen clear..
Bagi Yogurt, abis jugak..
Bagi yogurt drink pon sold out..
Sekarang ni pon rasa macam nak sedut vitagen lg lah..uhuu~
Haaiihhh~ibu mngandung memang camni kot..
tak pa lah..utk baby jugak..ekekeke~ >.<'
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

40 minggu BABY dalam perut ! =)

www.tips-fb.com

Minggu ke-0

Minggu ini adalah minggu darah haid turun. Pengakhiran minggu ini bermulanya episod sebuah kehidupan jika telur dapat disenyawakan pada waktu subur nanti.

Minggu ke-1

Minggu ini adalah minggu menunggu dan akan memulakan proses pertama bayi. Anda mungkin akan melayari internet mengenai info mengenai waktu subur dan pelbagai maklumat ‘bagaimana untuk hamil’.

Apa yang berlaku pada anda?
Minggu ini dikira sebagai minggu menungggu untuk waktu subur. Hari pertama kehamilan biasanya dikira seawal hari terakhir haid. Sebelum hamil, uterus akan menebal menandakan ia bersedia untuk hamil. Biasanya berat uterus yang menebal mencecah 1100 gram berbanding uterus sebelum menebal hanya 70 gram.

Pengambilan nutrisi anda – Nutrien Penting Untuk Wanita Dan Lelaki
  • Vitamin A - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Sperma yang sihat]
  • Vitamin B - [Perempuan - Mencegah kecacatan saraf dalam fetus] [Lelaki - Meningkatkan hormon lelaki]
  • Vitamin C - [Perempuan - Untung pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]
  • Zink - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]
  • Lain-lain mineral - [Perempuan - Mieningkatkan kesihatan (magnesium), Menyahtoksid badan (Selanium), Mengimbangi gula dalam darah (kronium)] [Lelaki - Miningkatkan kuantiti sperma (magnesium), meningkatkan kesuburan (selenium)]
  • Asid Amino - [Perempuan - Membina dan membaiki sel-sel tisu] [Lelaki - Sperma yang sihat dan menambahkan bilangannya]





Minggu ke-2

Secara rasminya, anda masih bukan dipanggil wanita hamil pada minggu ini. Lapisan uterus pula terus menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan. Apabila telur disenyawakan ianya akan tertanam di dalam uterus. Lain-lain perubahan waktu itu mungkin anda mendapati cecair dari servik anda sedikit bertambah dan agak berlendir dan kental seperti putih telur. Ini menunjukkan waktu subur anda bermula.

Minggu ke-3
Jika pusingan haid anda agak lewat berbanding purata haid 28 hari, minggu ini juga berkemungkinan untuk proses mengovulasi. Bagaimanapun, jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum. Berikut adalah apa yang akan berlaku didalam uterus anda jika telur anda berjaya disenyawakan:

  • 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma dan telur bersatu.
  • Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari tiub fallopian menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus sebelum ianya melekat dan mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk selama 9 bulan akan datang.
  • Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi. Kadang-kadang sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak hamil. Yang membezakannya adalah darahnya sedikit sahaja berbanding darah haid biasa.


Minggu ke-4

Minggu ini anda boleh mengesan samada anda hamil atau sebaliknya. Pada pertengahan atau pengakhiran minggu ini, anda boleh menggunakan ujian kehamilan sendiri dirumah yang boleh dibeli di farmasi. (Itupun jika kitaran haid anda 28 hari tetap).

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Jika ujian menunjukkan anda positif, bermakna bayi anda telah dua minggu menjalani proses pembesaran. Saiz bayi anda kini antara 0.36 dan 1mm panjang. Lapisan sel ektoderma akan berevolusi menjadi sistem saraf bayi (termasuk otak bayi). Lapisan endoderma pula akan menjadi saluran pencernaan, hati, pankreas dan tiroid manakala lapisan mesoderma akan menjadi rangka, tisu perantara, sistem darah, sistem urogenital dan otot-otot bayi. Minggu ini juga tali pusat bayi akan terbentuk dan ia berfungsi sebagai laluan masuk makanan, oksigen serta sistem pembuangan sisa untuk bayi hidup di dalam rahim.

Minggu ke-5

Minggu ini adalah minggu untuk anda memikirkan soal kewujudan bayi di dalam perut anda yang tidak boleh di pandang remeh. Anda seharusnya menyesuaikan diri dengan persediaan menerima ‘orang baru’ di dalam hidup anda. Ini termasuklah perubahan dari segi gaya hidup serta pemakanan. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Kini bayi anda berukuran 1.25mm panjang atau secara kasarnya ia sebesar satu biji benih epal. (bukan sebiji epal). Penghujung minggu ini bayi anda akan mula membina system-sistem organ utama bayi. Walaupun miniscule, badan bayi anda adalah kompleks pada peringkat ini.

Minggu ke-6

Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan dan sebagainya bermula saat ini sehingga bayi anda dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta gaya hidup anda. Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan dating, lebih daripada 100 bilion neurons akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang.

Apa yang berlaku pada anda?
Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh merasakan sedikit perbezaan pada saiz pelvik ketika ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada enam minggu
Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium, asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah sembelit. Makanan yang membantu perkembangan bayi adalah:-

  • Roti, beras, pasta dan bijirin – Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.
  • Buah-buahan – 3-4 hidangan sehari
  • Sayur-sayuran – 4 hidangan sehari
  • Daging dan sumber protein yang lain – 2-3 hidangan sehari
  • Produk tenusu – 3-4 hidangan sehari
  • Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori – 2-3 hidangan sehari





Minggu ke-7

Masa ini anda akan mula merasa simptom-simptom ganjil awal kehamilan seperti loya, pedih ulu hati, kerap membuang air kecil, mendambakan makanan atau kesemuanya mengikut nasib. Mungkin sesetengah orang yang nasibnya baik, hanya mengalami sedikit daripada symptom ini serta tidak teruk dan ada pula mereka yang benar-benar serius.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Kepala bayi anda kini adalah anggota yang paling besar berbanding badan bayi. Ini menunjukkan otak bayi membangun dengan pesat berbanding anggota lain. Hati juga sudah terbentuk. Usus bayi juga mula terbentuk tetapi masih belum sempurna di dalam badan bayi sebaliknya masih membojol keluar di tali pusat. Bayi kini berukuran 4mm hingga 5mm panjang.

Minggu ke-8

Jika dihitung, anda sudah berada 20% perjalanan tempoh kehamilan sebelum melahirkan bayi anda! Anda mungkin cuba untuk fahami kesengsaraan dan kesakitan-kesakitan sekitar awal kehamilan. Gejala kehamilan ini adalah normal berikutan peningkatan hormon dalam badan. Walaubagaimanapun melalui pembacaan, anda akan fahami mengapa ia berlaku dan cara mengatasinya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Kini, kira-kira sudah 36 hari tempoh perkembangan janin terbentuk menjadi bentuk manusia. Bayi kini mula menyerupai seorang bayi yang baru lahir. Otot-otot muka juga mula terbentuk. Kelopak mata juga sudah mula timbul serta otot-otot mata juga terbentuk. Saraf yang menghubungkan hidung dengan otak juga mula membentuk. Di jantung bayi, injap mula terbina. Badan bayi juga mula memanjang dan lurus. Siku juga mula kelihatan serta tangan dan kakinya mula memanjang. Hujung minggu ini bayi anda berukuran kira-kira 11mm panjang – hanya kurang separuh satu inci.

Apa yang berlaku pada anda?
Sekarang rahim adalah sebesar buah anggur. Pada masa ini, rahim bukanlah satu-satunya bahagian tubuh anda yang telah berubah, malah payudara juga mula membesar. Mungkin sudah waktunya untuk mula membeli pakaian baru. Sesetengah wanita mungkin mula merasa kontraksi selama kehamilan. Tetapi jangan bimbang jika tidak merasakan hal ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada minggu ke lapan
Produk susu penting semasa hamil kerana ia mengandungi kalsium dan juga vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Kalsium membantu menjaga tulang dan bayi memerlukannya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Sepanjang hamil badan memerlukan paling sedikit 1200mg hingga 1500mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan 3-4 gelas susu. Kalsium juga membantu mencegah tekanan darah tinggi. Selain itu tubuh menyimpan kalsium pada akhir kehamilan untuk menyusu bayi. Susu, yoghurt, keju dan ais krim merupakan sumber kalsium yang baik. Makanan yang lain termasuk brokoli, bayam, ikan salmon, ikan sardin, kacang buncis, biji-bijan seperti almond dan tauhu. Beberapa makanan sekarang diperkaya kalsium seperti roti, bijirin dan biji-bijian. Semak pada lebel makanan untuk mengetahui kandungan kalsium tersebut. Ada beberapa makanan yang boleh mengganggu penyerapan kalsium seperti teh dan kopi. Elakkan makanan serta minuman berkafien supaya bukan sahaja kalsium tetapi sumber nutrisi lain juga dapat diserap dengan baik.

Minggu ke-9

Di trimester pertama, keguguran selalu terjadi pada mana-mana janin yang tidak tumbuh secara sempurna atau dengan kata lain – cacat. Dikatakan 80% janin cacat akan gugur (Minta dijauhkan berlaku pada bakal ibu-ibu, aminnn).

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran lebih sedikit dari satu inci panjang. Anggaran kasarnya sebesar sebiji anggur. Tangan dan kaki bayi kini lebih panjang. Kepala dan tengkuk juga membesar. Kini kelopak mata sudah meliputi mata. Cuping telinga juga kelihatan sempurna bentuknya. Bayi kini membuat beberapa pergerakan dan ini dapat dilihat melalui ujian ultrasound.
Bayi kini kelihatan seperti satu manusia walaupun masih sangat kecil. Walaupun berbentuk manusia tetapi adalah mustahil untuk melihat jantinanya pada waktu ini kerana ianya terlalu kecil.

Apa yang berlaku pada anda?

Rahim berkembang menyebabkan pinggang agak mengetat. Payudara pula mungkin terasa lebih besar dan mempunyai pembuluh darah kebiruan di bawah kulit. Hal ini disebabkan bekalan darah meningkat sekitar payudara.
Apa yang bermain di fikiran ibu?
Adalah penting bagi ibu-ibu mencari sendiri info-info tentang kehamilan dan cuba memahami situasi yang berlaku tentang kehamilan, kelahiran dan bayi. Tidak ada yang salah tentang ini, selain semakin banyak yang anda tahu tentang kehamilan dan lebih bersedia akan untuk perubahan yang akan terungkap dan mempengaruhi kehidupan ibu. Pengetahuan juga akan membuat fikiran anda tenang tentang banyak hal yang tidak diketahui dan yang baru bagi anda. Kehamilan adalah satu saat yang harus dinikmati dan ianya adalah perkara yang asing daripada sebelum menjadi ibu.

Minggu ke-10

Sekarang anda telah berjaya ke suku pertama bagi kehamilan anda. Dengan berakhirnya minggu ke sepuluh maka berakhirnya tempoh embrio dan bermulannya tempoh janin pula. Kecacatan kongenital kebanyakan berlaku sebelum hujung minggu 10. Tempoh kritikal bayi adalah bergantung kepada anda. Sepanjang tempoh janin, beberapa kecacatan boleh berlaku. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengambil tindakan bagi mengurangkan stress dan sinaran radioaktif.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Tiub-tiub di dalam paru-paru bayi anda sedang lengkap terbentuk manakala usus-ususnya telah berpindah dari tali pusat kepada rongga abdomen bayi. Tunas rasa bayi juga mula terbina dan jika bayi anda seorang perempuan, ovarinya mula turun ke pinggul. Bayi anda masih sangat ringan panjangnya kira-kira 1½ ke 1¾ inci dan beratnya hanya 5 gram.

Minggu ke-11

Berat dan panjang bayi adalah berbeza mengikut bayi dan kehamilan. Anda telah mula merasakan perut anda buncit. Kadang-kadang anda mungkin merasa beremosi walaupun dengan perkara yang remeh. Kadang-kadang mungkin merasa sangat gembira dan kadang-kadang boleh merubah kepada sedih dengan tiba-tiba.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran 1¾ - 2½ inci (4.4-6 cm) panjang dengan beratnya kira-kira 8 gram. Bayi anda kini dianggarkan sebesar sebiji buah limau nipis. Pertumbuhan janin pada ketika ini sangat pesat. Kepala terbentuk hampir setengah dari panjang bayi. Kuku-kuku jari juga mula kelihatan. Genitalia luar bayi juga mula terbentuk dan dalam 3 minggu lagi organ seks bayi akan siap. Dan jika keguguran berlaku pada ketika ini, jantina bayi mungkin boleh dilihat.

Minggu ke-12

Jika anda mengalami mabuk hamil sejak beberapa minggu lepas, anda mungkin boleh mengharapkan perubahan setelah berakhirnya minggu ini. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mabuk hamil tidak lagi mengganggu anda sehingga bayi dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran 2½ inci (6cm) panjang dan beratnya pula ¼ satu auns. Sejumlah kecil rerambut mula tumbuh pada badan bayi anda. Kuku pada jari tangan dan jari kaki mula tumbuh dan tunas-tunas gigi kekal pertama bayi juga mula terbentuk. Sistem penghadaman bayi juga kini berfungsi menghasilkan pengecutan menolak makanan ke usus-usus. Sistem saraf bayi juga masih di dalam peringkat awal untuk matang. Pundi amnion juga mengandungi lebih kurang 1½ auns bendalir dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia boleh mencapai 3 – 4 biji cawan bendalir. Doktor juga mampu mengesan denyutan jantung bayi melalui satu alat dipanggil doppler. Bayi kini aktif bergerak di dalam perut anda tetapi anda masih belum dapat merasainya.


TRIMESTER KEDUA


Minggu ke-13

Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya. Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.

Minggu ke-14


Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.


Minggu ke-15

Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menhisap jarinya! Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.

Minggu ke-16

Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya 80gram.

Minggu ke-17

Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.

Minggu ke-18

Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.


Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.

Pengambilan nutrisi anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.
Minggu ke-19

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.

Minggu ke-20

Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.

Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.

Pengambilan nutrisi anda – Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman. Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino. Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan. Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.
Minggu ke-21

Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang. Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.

Apa yang berlaku pada anda?
Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.

Pengambilan nutrisi anda – Mengidam
Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkahsiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan. Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.

Minggu ke-22

Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.

Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.

Pengambilan nutrisi anda – Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.

Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.

Pengambilan nutrisi anda - Vitamin:

Pengambilan makanan yang mengandungi tenaga, protein, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, folat, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Kalsium, Iodin & zink sangat baik terutama ketika trismester kedua dan ketiga. Peningkatan keperkluan untuk zat besi juga terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi jika anda mengamalkan melalui diet biasa. Selain itu, keperluan asid lemak (asid linoleik dan alfa-linoleik) perlu ditingkatkan untuk pembentukan bayi yang sempurna.

Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan

Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.

Minggu ke-25

Kehamilan kadanga-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur. Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.

Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir. Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.

Minggu ke-27

Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu. Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.

TRIMESTER KETIGA



Minggu ke-28

Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat. Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi.

Minggu ke-29

Anda kini sudah berada ¾ masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu sebelum anda bertemu bayi anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan bayi. Bunyi-bunyian seperti itu boleh mendodoi bayi untuk tidur kerana bunyian itu sudah biasa baginya. Bayi anda juga dapat mendengar suara anda dan suara-suara ahli keluarga lain.

Minggu ke-30

Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelhiaran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.

Minggu ke-31

Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di dalam dakapan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat. Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini. Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hudup di luar rahim. Bayi berlatih dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.6kg dan panjangnya 18 inci bersamaan dengan 40cm.

Minggu ke-32

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan yang terbaik buat bayi dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda tidur dan terjaga dalam masa yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, anda merasakan sukar untuk mengetahui samada bayi anda tidur atau jaga kerana ianya sangat aktif sepanjang masa. Minggu ini bayi sudahpun seberat 1.8kg dan panjangnya pula menjangkaui 18.9 inci iaitu 42cm.

Minggu ke-33

Kehamilan adalah sesuatu perubahan besar dalam hidup wanita. Selain dari tekanan fizikal seperti keletihan, loya, perubahan saiz dan bentuk badan, anda akan merasa kebimbangan dalam melahirkan bayi, membesarkan bayi dan sebagainya. Walaubagaimanapun tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Carilah masa untuk bersantai dan jika anda takut untuk menghadapi kelahiran, jangan baca kisah-kisah kelahiran orang lain yang menyakitkan. Anggap ia sesuatu yang indah apabila anda akan mendakap bayi yang anda impikan kelak.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 2kg dan panjangnya pula 19 inci bersamaan 43cm. Walaupun warna mata bayi anda tidak berapa kelihatan pada awal kehamilannya nanti tetapi warna iris sudah mula kelihatan ketika ini.

Minggu ke-34

Masa ini ada perlu membuat keputusan samada bayi anda akan menyusu penuh dengan susu ibu dan sebagainya. Jika anda ingin memberi bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, carilah ‘breast-pump’ yang berkualiti memerah susu dengan baik. Ianya mungkin memerlukan anda berkorban sedikit wang untuk membeli ‘breast-pump’ yang berkualiti.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Dengan satu lapisan lemak putih di bawah kulit bayi anda, bayi anda tidak lagi kelihatan kemerah-merahan. Jari jemari bayi sudah agak panjang tetapi kuku tidak sepenuhnya tumbuh. Bayi anda kini mempunyai berat 2.25kg dan panjangnya pula ialah 19.8 inci bersamaan dengan 44cm.

Minggu ke-35

Minggu ini anda boleh mula mencari nama untuk bayi anda. Pilihlah nama yang baik-baik dan indah maknanya untuk bayi lelaki dan perempuan (anggap anda tidak pasti dengan jantina bayi anda walaupun anda sudah melihatnya pada mesin pengimbas – ultrasound)

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Berat bayi anda kini 2.5kg dan lebih kurang 45cm panjang. Kini anda sudah berupaya melihat pergerakan bayi pada perut anda. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Kurang daripada 5% menghadapi masalah punggung bayi ke bawah atau kakinya kebawah. Doktor menggalakkan kedudukan kepala ke bawah adalah cara yang paling selamat melahirkan bayi jika tidak bayi mungkin menghadapi sedikit masalah dan perlukan rawatan kecemasan.

Minggu ke-36

Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Bulan ini berat bayi akan meningkat sekitar 25% sahaja. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Berat dan panjang ini adalah purata berat dan panjang bayi. Sesetengah bayi mungkin lebih kecil dan ada yang lebih besar. Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.

Minggu ke-37

Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Berat bayi anda kini 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm. Jika anda memilih untuk menyusukan, anda akan menjadi tambahan ke atas pada kekebalan selepas kelahiran. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. Para doktor akan menasihatkan bahawa anda telah bayi anda melalikan permulaan pada umur dua bulan. Bayi anda menimbang hampir 6.5lb (3kg) dan adalah berkenaan 21in (47cm) lama.

Minggu ke-38

Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang bermain-main difikiran anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.


Minggu ke-39



Anda berada disaat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut anda sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini anda perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Anda perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.





Minggu ke-40


Minggu ini adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.

Apa yang berlaku pada anda?
Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.) Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan.


Dan,

TAHNIAH! Anda telah selamat melahirkan seorang makhluk Allah S.W.T yang digelar ANAK.
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...