Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 BULAN dari tarikh cadangan untuk berkahwin.
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pengenalan Wali (bagi pemohon perempuan sahaja)
Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan & asal)**
Kebenaran berkahwin lelaki bagi pemohon perempuan sahaja (jika lelaki daripada luar daerah)
Sijil Cerai Asal (bagi pemohon lelaki/perempuan)
Surat Mati bekas suami/isteri & Surat Perakuan Nikah /Rujuk (asal & salinan) bagi duda/janda
Kad Perakuan Memeluk Islam (asal & salinan )** jika saudara baru
Kebenaran berpoligami dari mahkamah (jika berpoligami)
Surat kebenaran dari Kedutaan/Pihak berkuasa lain (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)
Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera/polis (bagi anggota tentera/polis)
Perempuan - Borang 2 dilengkapkan & disahkan oleh Tuan Imam Qariah
Bayaran sebanyak RM4.00 bagi Pendaftar/Penolong Nikah, Cerai & Rujuk keluarkan kebenaran berkahwin perempuan
PERINGATAN :
Borang yg lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah/Imam di mana pemohon tinggal
Anak kariah yg tinggal di luar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang
Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam
Hanya borang yg lengkap diisi & disertakan dokumen2 berkaitan akan dibuat pengesahan
Hantar/ambil borang pada waktu sembahyang di masjid
Majlis akad nikah HANYA akan diadakan di masjid
Sila berunding dengan Tuan Imam utk urusan penetapan tarikh & masa akad nikah
Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) & wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung
**Sijil asal akan dikembalikan
Dipetik dari http://cheritera3march.blogspot.jp/
Nanti Datang Baca Lagi. ❤
0 comments:
Post a Comment