Love

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Doa Untuk Suami ♥

www.tips-fb.com

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bila mana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah


Krdt to *Urban Mommy* safiyyah osman
 
Suami dunia akhirat..InsyaAllah
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa, Zikir dan Amalan semasa mengandung.

www.tips-fb.com

 

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.
Maha Suci Allah

7.



Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :

8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq


10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Soulmate..

www.tips-fb.com

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your [hearts] . . .
(Qur’an 30:21)



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

www.tips-fb.com

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:


Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Yang Terbaik Untuk ku

www.tips-fb.com

Ya Allah..Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan, Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku, maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Allahumma Ameen~


Sumber : http://ainieyusoff.blogspot.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa Penenang Jiwa

www.tips-fb.com


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,di tempat kedukaan dgn kegembiraan dan di tempat ketakutan dgn keamanan


Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinandan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..


Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap merasa mengantuk yg memberi ketenangan, dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU kpd hidayah MU



Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU dlm keadaan terhina...



Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...



Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,aku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…


Ameen YA ALLAH



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa Mendapat Jodoh yang Baik

www.tips-fb.com






"Ya Allah, Tuhanku..




Utusla aku seorang suami yang soleh untuk melamarku..condongkanla hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkatan sejuta ucapan LAA HAWLA WAALA QUAWWATA ILLAA BILLAAHIL 'AALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam...Amin











Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa utk Kekasih..

www.tips-fb.com

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU..

Amin ya rabbal alamin..





Izinkan aku utk terus tersenyum & merasai nikmat & kebesaran-Mu..


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...