Love

Showing posts with label Henna. Show all posts
Showing posts with label Henna. Show all posts

Inai di jari..

www.tips-fb.com

Sangat-sangat rindu saat inai masih merah di jari kami suami
isteri..time ni kitorang baru ja beberapa hari bergelar suami isteri..

Bukan senang okeh nak pujuk hubby pakai inai..
lelaki kan..tp when i said it's once in a life time dia
ikotkan ja..hee~suweet sangat hubby i kan??

nom~nom~bajet ayu jek bila jari jemari penuh ngan inai
walaupon tengah pegang camca ngan garpu padahal muka dah macam
pinggan nasik tambah dah ha..

Oh my~
this picture so much!
nampak kan inai di jari kami berdua tu??hee~
Sampai ke hari ni, inai di jari kami still ada lagi..baru sebulan
25 hari kot..hee~Saya sangat-sangat menghargai detik-detik sebagai isteri..
bila tengok inai kat jari semakin menghabis *perkataan apa nih??* sedih plak rasa..
tau sebab apa??sebabnya kitorang nak sentiasa jadi pengantin baru..
nak bila p mana-mana bila orang tengok kitorang dengan inai di jari orang akan
senyum-senyum & pandang-pandang..hee~tak malu okeh sebab dah halal kan?? =)






Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wedding Review : Henna

www.tips-fb.com

Assalamualaikum~
Untuk wedding review saya kali ni meh saya nak story sikit pasal Henna @ inai..Entry sebelum ni {LINK} which is saya nak sangat pakai henna yang lukis-lukis..tak nak pakai kat jari ja..sekali seumur hidup kan + saya rasa sangat cantik la kalau pengantin lukis-lukis inai ni..& paling penting bleh bagi effect jari runcing untuk manusia berjari gemok macam saya ni ha..

Macam yang saya informkan before, tukang pasang pelamin, MUA untuk akad nikah saya jugalah merangkap pelukis inai..lepas pasang pelamin, Mastura offer untuk lukis inai siap-siap..which is 2 hari sebelum majlis akad nikah..free okeh! At 1st mintak BFF Harmiza yang lukiskan tp atas faktor kekangan masa dia hand overkan this job to Mastura..hee~kagum & jelez la tengok dia lukis inai..berseni & smooth ja..cantik pon cantik..puas hati la! =)


Design inai ikot kepala Mastura ja..
I trust her..

See~my jari boolat-boolat & gemok-gemok..
Berharap jari akan menampakkan effect runcing dengan design henna..huu~

Abis part tangan..sekali ngan kaki-kaki sekali saya suakn
kat Mastura..hamek kau..

tang kaki pon lukis gak..hee~
tp blah tepi-tepi tu ja..tak over sangat..

Malam sebelum sanding sambung pakai inai kat jari plak..
guna inai jenis daun yang digiling..
Mak Teh saya yang sangat baik hati inaikan saya kaki tangan..
dia siap pakai glove plastik lg tkut nanti tgn dia merah-merah..
hee~

Inai giling memang terbaik..
halus ja..
ahaa! saya letak masking tape dulu supaya inai
tu tak bersememeh & comot sini sana..

bahagian kaki..
memang terseksa kan bila pakai inai ni..
nak tekencing ka terberak ka kena tahan ja
sebab nak jaga inai-inai ni segala..
kalau tak silap, dalam 4 jam gak baru cuci
inai-inai tu semua..siap tertidoq dulu tau..huu~

Ni lah hasilnya..
Cantik tak u olls??
Cepat cakap jari i nampak runcing, kurus..cakap cepat!
ahaks~

Inai kat bahagian kaki ni kurang puas hati la sebab
tak merah sangat..uhuu~
Inai di jari..
Orang cakap, pakai inai ni bergantung jenis darah gak..
ada yang pakai inai sekejap pon dah merah menyala tp
saya ni pakai 4 jam pon tak berapa nak merah sangat but ok la kan..

Last but not least..
hubby pon pakai inai jugak..ehee~
tu pon jenuh psiko dia utk pakai..lelaki kan pepaham je la..

Till then...
daa~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

www.tips-fb.com

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.


Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia
So, sekarang jom kita survey-survey design henna nak?? Alahai~tak sabar rasa nak pakai inai..last pakai inai kat jari ni kalau tak silap darjah 4..uhuu~


Untuk my wedding nanti, my BFF Mieza yang akan lukiskan henna kat tangan, kaki & jari jemari i..ahaks! Tapi untuk majlis akad nikah saya just akan pakai inai yang simple kat jari ja then malam sebelum sanding baru BFF akan conteng-conteng..sebabnya, ada yang cakap ada tok-tok imam yang tak berapa bekenan lukis-lukis inai bagai ni..ok, fine~lepas nikah, majlis kat umah ok la kan..lagipon Majlis Fatwa dah putuskan macam kat atas tu so takda masalah lagi la kan..no more worries.. ✿◠‿◠

Untuk majlis Akad Nikah, cukup sesimple ni..
nice kan?

A lil bit messy but awesome..i like~

The design is not bad but saya tak berapa suka
warna inai yang kehitaman camni..suka yang
merah menyala camtu..harap sangat jari saya ni bila pakai inai
akan jadi merah ang-ang gitu..

Cantik! Cantik!
Agak heavy kan? kan? Sukanya!

Suka jugee~

tengok gambar ni lagi rasa tak sabar
nak pakai inai u olls..cantik~
sabaq sat..7 hari lagi..hee~

Nak dilukis begini di bahagian kaki nanti..
suweeeettt ahh~

Sumber gambar: Google!

p/s: My boss keep on asking, "Fatehah, u nak apa as ur wedding present?"..Again..
saya tak tau nak jawab..kang mintak yang bukan-bukan menangis kot boss nak beli..hehehe~aritu saya ada cakap, "boss bg LCD tv pon ok.." but today saya up sket..request kat dia LED TV..ok??miahahahaha! *gelak jahat*..actually, nak bagi apa pon saya tak kisah..terima sajee~ ✿◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...