Love

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Planning for my newborn baby! Exclusive Breastfeeding..

www.tips-fb.com

Lately, aku obses sangat tentang ilmu penyusuan ibu..betol-betol tak sabar & excited nak fully bf since my BFF berjaya exclusively bf his boys until 2 years old..si mummy tu kecik ja tp tu la kan b'gantung pada kesungguhan & kemahuan kita..nak seribu daya, tak mahu seribu dalih..Aku sedikit risau kalau-kalau awal-awal kelahiran nanti susu aku nanti tak dapat nak memenuhi permintaan perut my little cupid..semoga Allah mempermudahkan niat aku untuk menyusukan zuriatku sepenuhnya & semoga rezeki bb "U" sentiasa ada & melimpah ruah nanti..AMIN~ibu mahukan yang terbaik untuk kamu, syg.. :')


Hari-hari aku akan kumpul sebanyak mungkin ttg bf ni..blogwalking sana sini & i've got sooo many informative lesson regarding bf..banyak sebenarnya yang aku kena belajar pasal bf ni & harini aku nak share sikit ilmu yang aku dapat untuk harini..

Aku copy paste entry ni dari Blog Erna ..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Memandangkan gambar dari OP majlis aqiqah iman haritu tak dapat lagi..jadi erna tangguhkan dulu membayar hutang entry itu. Hutang entry erna mula kerja dan majlis reunion sekolah rendah, erna akan sekalikan semuanya dalam 1 entry yang bertajuk..'Bayar Hutang Entry'. Tunggu gambar dari OP ye..baru meriah entry tu nanti dengan gambar-gambar dari OP =) Kali ni rasa terpanggil nak buat entry yang jauh lebih penting dari hutang entry erna. Entry apa yang erna maksudkan ni? Entry berkaitan breastfeeding a.k.a susu ibu.. =)

Baru-baru ni 2orang kawan sekolah menengah erna selamat melahirkan baby. Sue dapat baby gurl nama Qaseh. Asz pulak..kawan blogger dan kawan sekolah menengah erna, dapat baby boy nama Ammar. Syukur kawan-kawan erna ni semangat waja nak menyusukan anak dorang secara ekslusif. Dapat rasa semangat yang sama masa erna baru melahirkan iman. Apa yang membuatkan erna terharu serta semakin bersemangat nak berkongsi tentang breastfeeding journey erna ni, kawan-kawan erna memang selalu sms erna mintak pendapat dan kami sama-sama akan berkongsi perihal breastfeeding. Seronok sangat dan erna rasa sangat bahagia dapat berkongsi ilmu yang erna ada melalui pengalaman sendiri dan juga ilmu yang dicari dari bahan bacaan, hadiri bengkel-bengkel penyusuan dan banyak lagi sumber. Erna sendiri ada idola penyusuan erna. Puan Aznor, pensyarah erna di UniMAP. 

Soalan yang sering erna terima dari kawan-kawan yang baru melahirkan baby dan kawan-kawan yang baru nak memulakan perjalanan penyusuan susu ibu adalah...

1- Cukup ke susu aku/saya ni erna?

2- Baby macam tak kenyang je..dah minum susu pun nangis-nangis lagi.

3- Besar sangat ke puting (nipple) aku/saya ni, sebab baby hisap hujung puting je..sakit pulak tu!

4- Baby beyak macam cirit la..cair dan kekuningan najis baby. Baby kerap beyak pulak tu. Sakit perut ke anak aku/saya ni?

5- Pam susu dapat sikit sangat. Cukup ke untuk baby bila dah kerja nanti?

Ibu dan Anak sama-sama baru belajar. Ibu baru belajar menyusukan. Anak pula baru belajar menyusu. Saling memerlukan antara Ibu dan Anak.

Itu adalah antara soalan yang paling femes la erna terima dari kawan-kawan erna. Act ada banyak lagi soalan yang seakan-akan sama dengan soalan femes diatas ni.

Perkara pertama yang erna akan katakan pada kawan-kawan erna dan kepada semua yang berhasrat nak menyusukan baby nanti, apa yang kita dah pelajari secara teori bukanlah 100% sama dengan apa yang bakal kita lalui. Pernah erna dan peserta lain dalam bengkel penyusuan ibu bekerjaya, di soal oleh Doktor pakar laktasi berkaitan adakah apa yang kami semua bayangkan mengenai perjalanan penyusuan sama dengan apa yang telah kami lalui selepas baby kami dilahirkan...laju je erna angkat tangan dan berkongsi apa yang erna lalui dan rasai mengenai persepsi sebelum iman lahir dan selepas iman lahir. Perkongsian mengenai pengalaman perjalanan penyusuan diawal kelahiran iman..

Sebelum iman lahir, erna selalu membayangkan..selepas iman keluar je dari perut erna,iman sendiri akan pandai mencari-cari puting/nipple ummi untuk hisap dan minum susu. Alaaa macam kita tengok dalam video mat salleh tu. Tak mustahil tapi iman bukanlah macam tu.

Apa yang erna lalui adalah sebaliknya..iman dan ummi sama-sama baru belajar! kami saling memerlukan.

Samalah macam kawan-kawan semua yang baru nak menyusukan anak. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi, anak yang baru dilahirkan itu akan pandai dengan sendirinya. Memang..memang telah ALLAH ciptakan kita dengan lumrah kehidupan baby yang baru lahir akan hisap nipple ibu nya untuk minum susu. Tapi, teknik yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui ibu dan anak akan menjayakan penyusuan secara ekslusif sejak dari awal kelahiran.

Kesimpulan yang mudah boleh kita buat bersama...Ibu dan Anak sama-sama baru belajar. Ibu baru belajar menyusukan. Anak pula baru belajar menyusu. Bersabarlah..bila anak dah pro hisap, ibu pulak akan rasa sangat seronok. trust me!

Cukup ke Susu???

Perihal susu cukup atau tidak pula..boleh dijawab dengan merujuk gambar dibawah ini. Tengok betul-betul ye..


Mengikut apa yang Doktor pakar laktasi sampaikan dalam kelas penyusuan yang erna pernah hadiri, perut baby yang baru lahir hanyar sebesar sebiji guli. Kawan-kawan ambil sebiji guli dan tengok betul-betul..kecik ke besar? kecikkan? itulah size perut baby yang baru lahir. So, tidak hairanlah pada hari pertama dan minggu awal kelahiran baby, susu yang mengalir keluar dari payudara kita tak banyak. Sikit je..sebab memang itu adalah mengikut keperluan baby kita. Erna, masa awal kelahiran iman dulu..pernah erna pam 30minit. Hasil yang erna dapat kurang dari setengah auns/oz. Sikit kan? Tak sampai 1oz pun tau! Jujur, erna memang ada terdetik di hati.. "sikit nye susu aku.." Bila tunjuk pada suami dan suami cakap.. "sikit sangat susu yang ummi dapat. Cukup ke susu sikit tu untuk iman..??" laju je mulut erna jawab.. "size perut iman sebesar sebiji guli. Bermakna, hasil susu perahan yang ummi dapat ni, lebih dari mencukui untuk iman.." Berulang kali ucap syukur dalam hati dan mendoakan susu sentiasa cukup untuk iman. Mind set pun sentiasa positif. Tak nak cakap susu tak cukup. Walaupun tadi dah terlintas di hati. hehehe..

Menyusukan Anak Atas Permintaan Bukan Mengikut Jam

Biasanya orang yang datang melawat kita dan baby kita yang baru lahir akan mengutarakan soalan femes yang kadang-kala buat kita kurang selesa dan dari soalan itu juga secara tak sedar kita dah salah mengaplikasikan konsep penyusuan. Soalan seperti.."Berapa jam sekali bagi minum? Baby lelaki memang kuat menyusu..bla..bla..bla.." Pesanan erna, jangan sesekali menyusukan baby ikut jam. Lagi satu, susukan baby sebelum baby menangis. Kalau sampai tahap baby dah menangis, itu tandanya baby dan marah. Kalau boleh, susukan baby bila baby mula tunjuk tanda-tanda nak menyusu seperti mulut terbuka, jelir lidah dan hisap jari atau tangan. 

Baby akan menyusu sekerap yang dia mahukan. Maknanya tiada masa yang tetap untuk baby menyusu. Baby akan menyusu sekejap, berhenti. Menyusu lagi dan berhenti. Itulah rutin baby yang baru lahir. Bukan sebab tak cukup susu tau! Tapi baby baru lahir memang macam tu. Bukan menyusu dengan banyak dalam masa yang sama. Biasanya baby akan berulang-ulang kali menyusu. 8-12kali dalam tempoh 24jam.

Iman pun macam tu juga. Nasib baik ada yang membantu. Kalau erna tak larat pun, ibu akan bagi iman kat erna untuk susukan iman. Tak pulak erna stress sebab ibu ak pernah sebut iman tak cukup susu. Iman minum sikit je. Lepas tu iman dah tidur. Geram ummi. Rasa nak gigit-gigit je iman tau! Da la comel masa kecik. Macam burung je kecik iman masa baru lahir..sekarang ni, ummi tengok dah macam ayam. hehehe

Sakit Puting/Nipple Bila Baby Menyusu
Mengalami sakit pada puting/nipple adalah berpunca daripada lekapan mulut baby yang tidak betul. Sama seperti yang erna ada nyatakan di atas, ibu dan anak sama-sama baru belajar.. Jika menyusukan baby, sentuh bibir atas baby pada puting/nipple dan bila baby mula buka mulut..kita cepat-cepat tarik baby ke arah payudara kita. Supaya lekapan mulut baby pada puting/nipple kita akan betul. Taklah rasa sakit nanti. Jangan biarkan baby hisap pada bahagian puting/nipple sahaja. Biar baby buka mulut luas-luas dan bagi baby hisap puting/nipple serta areola (kawan gelap di sekeliling puting/nipple).

Teringat masa kali pertama menyusukan iman dalam kereta. Masa tu perjalanan pulang dari hospital ke rumah perlis. Erna minta suami bawa kereta dilorong kiri sebab nak suami drive slow. Suami drive slow sangat-sangat sebab erna tengah menyusukan iman. Itu pun banyak kali marahkan suami sebab iman akan nangis sebab banyak kali terlepas puting/nipple dari mulut comel dia tu. Lawak pulak kalau ingat peristiwa tu. Suami pulak jadi mangsa. Sedangkan pada masa tu, ummi belum pro nak susukan iman. Iman pun belum pro nak latch dengan baik.Kesian babah. Babah pulak jadi mangsa ummi dan iman. Sebab tu kami sayang babah sangat.

Pernah juga, tengah syok-syok iman menyusu, tiba-tiba erna menjerit. Terkejut yang lain. Puncanya..erna terleka biar iman hisap nenen. Tup-tup terlepas dari lekapan dan gusi iman tu seakan-akan mengigit puting/nipple erna. Nak melelh air mata masa tu. Sakit bukan main. Sakit sangat..Kenangan indah..Itu dulu..sekarang iman dah pro. Ummi selak baju & bra, iman dah mula bukak mulut =)

Seab tu kalau kawan-kawan yang menyusukan baby mengadu rasa sakit pada puting/nipple masa menyusukan baby..erna akan explain tentang lekapan mulut baby yang betul. Bukan baby tak pandai hisap tau..bukan sebab puting/nipple kita over besar..sebabnya baby masih belum teror nak buat lekapan yang betul. Hari-hari praktikkan..lama-lama akan teror.

Baby Kerap Beyak la..Najis Cair Pulak tu. Ok ke ni?

Awal-awal dulu, pernah jugak ibu cakap iman macam cirit. Erna pun terkejut jugak bila ibu cakap macam tu. Memang hari pertama hingga hari ke-3, najis iman warna gelap. Lepas pada tu, jadi warna kekuningan. Erna tak tengok sangat najis iman masa awal-awal pantang. Ibu yang tolong tukar diapers iman. Bila ibu cakap iman cirit, mulalah susah hati. Tapi bila teringat tentang info najis baby yang minum susu ibu sepenuhnya  akan bewarna kekuningan dan berbiji-biji..terus erna terangkan pada ibu najis macam mana yang sihat untuk baby. Faktor lain yang menyebabkan ibu cakap iman sakit perut dan cirit..iman kerap beyak. Banyak kali ibu tukar diapers iman.

Soalan baby kerap beyak dan najis cair kekuningan dan berbiji juga adalah antara solan femes. So, kawan-kawan semua..meh nak bagitahu kalau yang belum tahu..keadaan najis begitu adalah normal dan kekerapan baby beyak bukanlah tanda sakit perut. Baby yang minum susu ibu memang akan kerap beyak. Sebabnya, susu ibu bertekstur halus. Mudah hadam. Itu adalah penerangan mudah erna sampaikan kepada ibu. Kalau kita nak tahu baby cukup minum atau tak, boleh juga kit akenal pasti dari segi kekerapan baby beyak dan basah ke tak diapers baby. Kalau dah kerap sangat beyak..mana mungkin baby tak cukup makan minum. Kan? Jangan risau ye..

Ini contoh najis baby yang minum susu ibu sepenuhnya. Warna ala-ala mustard cantik. (mentang-mentang support susu ibu, najis pun nampak cantik. hehehe)Berbau masam manis. Biasanya akan berbiji-biji juga.

Ini pula contoh najis baby yang minum susu formula. Warna pucat dan coklat kekuningan ala-ala peanut butter. Najis lebih terbentuk dan tidak lembek seperti najis susu ibu. Ini kerana susu formula tak dapat di cerna sepenuhnya. Bau memang kuat! huhuhu


Pam Susu Dapat Sikit Sangat T______T

Sekarang ni setiap ibu yang bekerja ada lebih kurang 2-3bulan tempoh bercuti selepas bersalin. Kan? Soal tak cukup susu bila mula kerja..boleh kita elak dengan usaha gigih. Usaha kumpul susu sejak dari dalam pantang lagi. Kurma adalah antara makanan terbaik untuk ibu yang menyusukan baby. Ini juga antara milk booster terbaik erna. Kalau dulu erna pam dapat banyak..sekarang ni, terasa kurang hasil perahan. Erna tak pernah set dalam minda susu tak cukup. Berulang kali cakap, cukup..cukup..cukup..Kalau 1x pam dapat 1oz. 4x pam dah dapat 4oz. 

Pam susu selepas baby menyusu. Sebab baby dah merangsang pengeluaran susu dan insyaAllah penghasilan susu akan tetap ada. Kalau boleh,pam awal pagi. Dulu, erna sanggup bangun kul3pagi semata-mata nak pam susu. Sebab kalau erna pam susu kul3pagi..hasil sangat best! Sekarang, erna selalu tidur lewat dan akan pam susu sebelum tidur. Awal pagi sebelum pergi kerja, erna akan susukan iman dan pam susu. Bekalan freash untuk iman..Kalau ibu yang cuti bersalin mula kerja, baby tak minum banyak sangat. Jadi, ibu jangan risau..Tenangkan fikiran dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah..


Melihat anak yang dikandungkan tertidur kekenyangan adalah moment terindah dalam hidup. Menyusukan anak yang dikandungkan dengan air susu yang mengalir dari tubuh sendiri, membuatkan diri rasa puas. Ibarat mengalirkan kasih sayang yang tidak pernah terhenti kepada permata hati. Bukan merendah-rendahkan ibu yang tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Kerana, semua ibu mahu berikan yang terbaik kepada anak mereka. Bukan haram susu formula di suap ke mulut anak. Bukan salah menyalurkan susu formula kepada anak. Tetapi, bagi diri sendiri..sehabis daya dan sehabis mampu, akan berusaha dan memperjuangkan susu ibu.

Jika dulu sekadar memasang impian dan bersungguh-sungguh nak menyusukan anak yang di kandungkan..kini, bila anak itu telah lahir...Muhammad Iman Zikir, impian dan sungguh-sungguh ummi bertukar kepada kepuasan dan suatu kemestian yang diperjuangkan. Ini juga adalah rezeki dari Nya. Harini ALLAH izinkan susu erna cukup untuk kenyangkan perut iman, esok lusa..erna belum pasti. Justeru itu, setiap saat..sentiasa berniat serta berdoa, mohon agar ALLAH izinkan dan permudahkan jalan penyusuan untuk permata hatiku ini....

Rezeki ALLAH datang dalam pelbagai cara..

Penyusuan susu ibu ini juga adalah fitrah..

Ummi Sayang Iman!

P/S: InsyaALLAH, kalau aku rajin aku akan share pasal persediaan aku untuk bf journey for my little cupid nanti.. =)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Pregnancy Updates ~ 35 weeks

www.tips-fb.com

As salam~

Memang kalau hari Isnin ja aku memang tersangat malas..Monday Blues katanya..semakin hari aku semakin malas..ya la pembawakan budak kot..mananya tak malas, badan ni dah rasa macam dugung dah ha..huah~huah~this week dh masuk 35 weeks tau..uhh~debornye..counting the day & at the same time sgt tak sabar nak jumpa my little cupid dalam perot nih.. =)

Ok meh nak update sikit la perkembangan aku yang t'sangatlah kembang ni setakat 35 minggu mengandungkan bb "U" nih..aik?? bb "U"? hee~hee~ibu ngan babah dah standby nama untuk our baby tau.. tp namao expose lagi..tungguuu~

  • Berat badan takyah cakap la kan..dah melebih-lebih la..pegi checkup dah kena bebel, tahan telinga je la..pasrah..masuk trimister akhir ni aku jadi tak lalu nak makan nasik balik la..jadik macam awal-awal pregnant dulu..yang aku prasan, bila makan ja perut jadi sebu..rsa berangin ja..asyik-asyik nak sendawa bagai..padahal makan nasik tu pon bukannya bnyk pon..so bila tak makan nasik, aku carik benda lain untuk replace nasik macam keowteow sup ka, roti ka tp tu la bukannya sekenyang makan nasik..natijahnya aku akan melantak sebanyak mungkin..dah tu macam mana tak jadik dugong?
  • Even kg dalam buku merah dah bertulisan merah, Alahamdulillah aku clean dari sebarang penyakit..dah 2x kena minum air gula & resultnya aku clean dari kencing manis..disebabkan berat badan naik mendadak gak la aku kena monitor tekanan darah kat klinik company aku selang sehari & Alhamdulillah BP aku cantik..pheww~takot gak kalau berat naik penyakit macam-macam bertenggek..
  • Masih gigih drive ke tempat keja..drive tak dak hal, yg jadik halnya sekarang aku payah nak keluar masuk keta ok..Persona kan sitnya rendah ja..bila nak masuk bleh gagah lagi tp bila nak keluar, alahai~ siap kena adjust sit ke belakang dulu then keluar pelan-pelan..payah gak spesis perut besar nih..huu~tp kalau bawak Myvi i olls senang hati sebab sit Myvi tnggi kan..masuk-masuk tu duduk trus.. sitnya tak rendah kebawah sangat macam Persona..tp still kena adjust sit tu jauh sket dari stereng..paham kan napa??kang nanti berlaga perot kot..hikhik~
  • Bila sampai tempat keja aku dah susah hati..nk kuar keta sepasai, nak berjalan dari parking lot ke opis sepasai..jauh gak ok..around 200meter camtu..kalau kaki aku tak bengkak tak pa ni dah macam kena untut dah ha kaki aku ni..sampai ja kat bangunan opis, aku nak kena naik tangga lagi..adoi la..penat + semput..pfffttt~ 
  • Barang-barang baby aku dah siap masukkan dalam bag dah..cuma barang-barang aku ja blom complete lagi..bertekad untulk completekan suma around next week..next week dh 36weeks kan..tak bleh amik mudah lagi..kang tengah-tengah wat keja tetiba rasa nak terberanak jenuh..
  • Equipment untuk bf pon so far dah complete..breastpump, feeding bottle, storage bottle suma dah complete tp blom sterilizekan lagik..mama cakap agak-agak dah dekat sangat baru sterilize suma benda alah tu..okies! menurut perintah..Ilmu pasal bf pon dikumpul sebanyak mungkin sebagai rujukan di masa akan datang..chewah~ semoga niat murni aku untuk fully bf bb "U" dipermudahkan Allah..Aminn..
  • Aku blom cukup makan 7 bijik buah delima yang PIL aku belikan..tau tak jenuh aku rasa nk abiskan 7 bijik tuh..diorang beli kalau tak silap time tu aku around 3month..sekarang dah 8bln++ dah ada lg 2bijik dalam peti sejuk tuh..nasib baik xrosak..tp aku berjaya abiskan 1botol pati delima Gulshan yang aku beli dari akak opis aku..hehehe~buah delima sangat sedap kan, korang..khasiatnya untuk ibu & baby korang pon dah tau kan..kalau tak tau, sila Google okeh? >.<
  • Kemarin aku pegi jumpa bidan untuk mintak dia tolong angkatkan kedudukan bb "U".. bukan apa, lately aku jadik susah nak bangun, nak berjalan sebab rasa keras & sakit teramat sangat kat bahagian bawah perut ni..bidan tu cakap baby berat sebelah kanan..& dah semakin turun dah..lepas angkat & tolak-tolak sikit..baru rasa kurang sikit sakit ni ha..Minyak selusuh pon dah order ngan bidan tu dah..Khamis ni bleh pick up from her.. =)
  • Aku ada beli VCO Tanamera..ada yang aku baca bleh gak dijadikkan minyak selusuh..wat minum bila perut dah masuk brapa minggu ntah tp aku tak berani la nk minum lagi..Perineal massage pon bleh wat guna minyak VCO tu tp aku macam ngeri ja tengok cara perineal massage tu la korang..tp nak tak nak aku nak wat gak nanti..uhuu..
  • Perkembangan bb "U" plak ok..dia sangat-sangat mengada-ngada kalau babah dia panggil-panggil & letak / gosok-gosok perut ibu..terus la nak kick la, angkat siku / lutut bagai..hehehe~comel sangat okeh..ngilu rasa perut ibu nih tp seronok sangat..kelakar pon ada..dok bayang bb "U" tonggek-tonggek punggung macam Sinchan pon ada..hahahaha~bila babah gosok-gosok balik baru bb "U" turunkan siku / lutut / punggung dia.. kalau tak nampak terbonjol ja kat tengah-tengah perot nih..>.<'
Oklah~dah banyak sangat yang aku share pasal update setakat 35 minggu aku mengandung ni..honestly, aku sangat-sangat menghargai saat-saat mengandungkan bb "U" walaupon macam-macam dugaan yang aku hadapi..tak kisahla bentuk fizikal aku berubah 100% sekalipon semasa mengandungkan my little cupid asal aku dapat melahirkan zuriat untuk suami tercinta..bila tengok hubby sembang & main-main perut rasa bahagia sangat..korang pon rasa benda yang sama kan? share la ngan aku gak.. >.<





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

www.tips-fb.com

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

3D 4D Scan @ 32 weeks

www.tips-fb.com

Selamat pagi!!
Harini mood agak ok..
So far my pregnancy journey is good..
tp tak la good yang amat sangat sebab bila perut dah semakin membesar
& baby pon semakin aktif so pergerakan semakin terbatas..
ditambah plak bengkak kaki yang semakin susah nak surut..
Ada gak rasa sakit-sakit kat pinggang, tulang punggung & tulang kat bahagian atas my private part..
Ehmm~baru la paham betapa susahnya nak jadi sorang ibu..
sangat-sangat menginsafkan..
Macam ni la mama aku rasa dulu kan.. *touching*

Sebenarnya hari ni aku nak expose my baby face bila dah masuk 32 weeks ni..
kemarin pegi scan 3D 4D scan kat Hospital Pantai Sungai Petani ngan hubby..
before ada call hospital nak wat appointment untuk scan tp time tu baby baru 28 weeks..
Gynae cakap waktu yang sesuai wat 3D 4D scan is around 31 - 32 weeks..gituu~
Before this ada terbaca yang ada doctor or gynae yang cakap untuk wat 3D 4D scan
adalah sebelum 30 weeks kan..ntah la..I is ikot saja..asal dpt tengok my baby's in my tummy..

See~my little cupid tengah tdo kot time ni..
susah bebenor nak tengok muka dia tau..hai la sygibu..
jenuh Dr. June George, gynae yg entertain kitorang tu cari the best part supaya
nampak muka baby..ditutup mukanya dengan tangan plak..

haa~yg ni nampak bnyk la sikit muka baby.. *dah bnyk, sikit pulak..apakah.. >.<'*
pipi mak ai~tembam..geram ibu ngan ayah tengok ok..
Alhamdulillah~baby progress suma in a good condition..
berat baby dah around 2.1kg & it's normal..
syukur ya Allah..

Tau tak bila nampak muka baby kat screen time scan tu rasa 
sangat-sangat terharu..macam tak percaya ja dalam rahim aku ni
ada little someone..terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu yang tidak ternilai ni..
Hubby senyum memanjang sepanjang time scan tu..excited lettew..heheh~

Dan~dan~
i want to officially announce that my little cupid insyaAllah will be a ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekian terima kasih.. >.<'

p/s: tak sabarnya nak jumpa my little cupid..nak gomol-gomol baby..hehehe~ibu will do anything for you, syg..take care of yourself inside my dear..ibu & ayah love you sangat-sangat..
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah
badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Cara meneran yang betul apabila nak beranak.

www.tips-fb.com

Semua orang tahu, bila kita nak bersalin, misi-misi atau doktor-doktor mengamuk-ngamuk marah-marah kita. Jerit-jerit maki maki kita. Hey kita sakitlah! Boleh tak jangan marah?

Jawapannya tak boleh. Kalau tak marah, nanti kau taknak dengar cakap. Bila kau tak dengar cakap, kau atau anak kau akan MATI. Bila MATI, siapa kena maki? Kitaaaaa jugaaaa :’(

Untuk mengelakkan daripada dimaki hamun saat melahirkan, lebih baik kita baca tips Dr. Totin dahulu. Ecewah, bajet tips kau membina? Bolelah sikit-sikit. Daripada korang tak tahu langsung kan?

Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
  1. Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
  2. Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
  3. Keluar lendir lendir darah.
  4. Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
  5. Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!

Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.

Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?

Relax, jangan gelabah.


Pushhhhh puuushhhhhhh.



Cara posisi meneran yang tepat: 
  1. Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kapau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
  10. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.
Copied from blog http://totinx.com 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hospital Bag Checklist

www.tips-fb.com

Barang Keperluan Ibu

  1. Sehelai Tuala
  2. 2 helai Baju Butang dihadapan. (Saya guna baju nursing yg mmg dah ada)
  3. 2 helai Kain Batik
  4. 1 skirt panjang
  5. Berus Gigi & Ubat Gigi
  6. Minuman Coklat/Milo 3 in 1 dan biskut Jacob 1-2paket kecil (boleh ganti dgn roti etc)
  7. Surah Yassin
  8. Stokin
  9. Minyak Tiger Balm/Vicks
  10. Telekung  (in case saya dah contraction tp belum turun darah/air ketuban)
  11. Buku Pink and IC
  12. Maternity Pad secukupnya
  13. Panties & Disposable Panties
  14. 2-3 Nursing Bra(s)
  15. Disposable/Washable Breast Pad
  16. Selipar
  17. Tudung Sarung
  18. Set Mandian
  19. Sweater
  20. Pump Manual with Bottle
  21. Nipple Cream
  22. Minyak Urut/Minyak Panas
  23. Thermos

Barang Keperluan Baby
  1. Sepasang Baju & Seluar Newborn Size (Long Sleeve)
  2. 2-3 Pasang baju bayi
  3. Sehelai Napkin
  4. Sehelai Tuala Bayi
  5. Sehelai Receiving Blanket
  6. Stokin dan Mittens Newborn
  7. Topi/Hat Newborn
  8. Newborn Diapers (15 pcs)
  9. 2-3 helai barut bayi
  10. Selimut bayi/Napkin untuk bedung
  11. Minyak telon
  12. Pseudocream
  13. Set Mandian bayi size kecil
  14. Small size Baby wipes (paraben free)

Barang Keperluan Ayah
  1. Kain Pelikat untuk solat ketika di labour room
  2. Camera
  3. Charger IPhone 
  4. Ipad
  5. Pakaian
  6. Towel
  7. Set Mandi


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Jalan-jalan i-City, Shah Alam

www.tips-fb.com

Sebenarnya kitorang hubby & wifey ke i-city ni dah lama..dlm bulan November 2012 cmtu..
Lepas hantar adik-adik ipar naik flight ke Kemboja, aku ngan hubby singgah umah mak cik aku kat area Shah Alam so dh terlanjur kat situ kitorang bincang punya bincang last-last sepakat nk ke i-City sebelum gerak balik Sg.Petani..2-2 pon kaki jalan kan..hee~
Time ni perut xberapa nak besau lagi..around 5 month kalau tak silap..
Sorry la, aku malas nak letak caption segala..layankan gambar-gambar je la ya.. =)
















Fatehah Elia Subri..
Mmmuaahh~ 
*tetiba* >.<"


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Mengidam

www.tips-fb.com

Memang sejak azali aku ni sgt suka makan chocolate, ice cream, kek..
yes, i know benda-benda manis ni sangat tak bagus utk aku plus tengah-tengah preggy nih..
tp aku makan pun still beringat gak la kan..tp bila pregnant ni pantang nampak kek mesti nak 
ja masukkan ke dlm tekak ni ha..bleh termimpi-mimpi ok kalau tak dapat makan..uhuh~

Ada 1 hari tu rasa nak sgt makan kek tiramisu..sambil membayangkan betapa 
heavennya bila kek tuh meluncur laju ke dalam  mulut & trus ke anak tekak nih..lagi-lagi bila kek tu sejuk-sejuk plak..alahai~meleleh ayaq lioq habaq hang..hahaha~
then trus laju-laju text kakak angkat aku, k.normah..bgtau dia ibu mengandung mengidam nak makan tiramisu kek..heheh~k.normah memang pandai bake cake..cakap ja nak makan kek apa, order ja..
dah la kek dia super sedap..wuhuu~beruntungla ada kakak angkat secomel & sehebat k.normah..wahhh~puji melangit plak kan..
k.normah gak la yang watkan wedding cake, apam polka dot, cheese tart untuk wedding aku..
kalau korang nak tengok air tangan dia try search Red Cherry Bakery kat FB eh..aku malas nak bg link bagai..lg 1, k.normah ni owner Red Cherry Bakery ok..

Tiramisu kek yg super sodap!
Amek kau! melahap sampai lebam..aku dapat free ok tiramisu kek nih..
dia wat special untuk aku..actually ni bekas biskut raya yang agak tinggi & besar tau..
memang puas makan la kan..aku sorang makan hampir 70%, lg 30% hubby, mama, adik-adik aku makan..
hebat tak aku bleh melahap sebanyak 70% dari sebijik tiramisu kek nih?? >.<'

Ni my lovely wedding Russian Cake..
K.normah watkan gak..alahai~sedap sangat-sangat..
sekarang rasa nak text dia lg la ckp mengidam nak mkn Russian Cake plop..ehee~
untung-untung dapat kek free..wahahaha~
silap-silap aku dapat pelempang free dr k.normah..padan muka..
bagi sebijik kek free, nk lg sebijik free..dah la stok kek memahal plak tu..
*penampar free nak?? :p*



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

100 Panduan Siap Sedia Bersalin

www.tips-fb.com

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
Sumber : http://pama.karangkraf.com 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...