Entry 3 4 bulan sekali.. ;p
RESEPI APAM POLKA DOT
Rindu sangat mau hupdate blog comel nih..*perasan..*hikhik~ betul-betul rasa malas nak datang keja arini since aku dah bercuti 9 hari okeh untuk CNY..sila jangan jelous okeh..otak dh jammed gila..tak tau nak mulakan dari mana padahal bertimbun ja keja atas meja ni ha..uhh~nak tau tak..banyak sangat aktiviti sepanjang cuti..nanti aku akan update setiap aktiviti aku slow-slow ye..banyak gak benda nak story mory tau..so tunggu~~
220g gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Resipi : Oat Tom Yam
okeh~sila jgn muntah dengan statement td eh..hahaha!
Oat 4 Sudu Besar (terpulang pada anda)
Kiub Tomyam (Saya letak 1 je sebab buat semangkuk je)
Lobak
Kobis
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Merah
Olive Oil (Sebab tengah Projek Besar, minyak masak biasa pun boleh)
Cara-cara memasak :-
Goreng Ikan bilis sehingga garing, masukkan bawang dan cili padi, goreng bersama, kemudian angkat dan ketepikan
Guna minyak gorengan tadi sedikit untuk menggoreng sayur, kemudian masukkan air, kiub tomyam dan Oat, masak sekejap je sebab oat cepat masak, agak-agak oat dah kembang kira masaklah tu.
Angkat dan hidangkan oat tomyam tadi, bolehlah letak ikan bilis goreng tadi diatas oat, sedia untuk dimakan.
*Boleh juga tambah ayam, udang, sotong, terpulang pada anda, oh ye tak perlu letak perasa dah sebab tomyam tu dah cukup sedap.
Cuba jangan tak cuba ye..semoga dpt langsing & menawan di hari besar nantii.. gd luck utk diri sendiri.. =)
RESEPI : PUDING KARAMEL SEDAP
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
Untuk lagi resepi yang sedap2..cilck ..









