Love

HAND BOUQUET

www.tips-fb.com





Juz wanna share some nice idea..Cantikkan Hand Bouquet (HB) atas tu..cute sangat..sangat-sangat adore la..berangan mau pegang HB secute aku HB yang di DIY oleh intanorazam ni..dia ni pengantin baru tau..baru ja kawen..HB yang dia DIY ni guna kain tau..cantikkan??ohh~sukanya..nak tempah HB fabric ni dr intanorazam lah nanti..tak nak guna fresh flower..nanti lama2 layu,dah tak cantik..aku paling susah hati kalau dapat fresh flowers..risau nanti kalau dh layu,dah tak cantik mana aku nak letak..kalau bleh nak tengok selalu-lalu..klau dah layu for sure aku akan masukkan celah2 buku,konon nak simpan tp akhirnya nanti aku lupa terus aku selit bunga layu yu katna..pastu bla aku t’ingat balik ke bunga tu, cari tak jumpa mula la aku nak angin satu badan sedih..bunga tipu-tipu p0n namao..plastic belaka..tak suka!





So, insyaAllah nanti I’ll use fabric HB, Crystal HB or Brooch HB..bleh simpan sampai ke anak cucu..nanti bila dh jadi nenek & atuk, bleh bagi cucu cicit tengok..”Haa~ni la bunga yang nenek pegang dulu2 time kawen ngan atuk korang..” ayat aku sbg nenek masa tu kepada cucu-cucuku nanti..wahh~soo sweet!!hahahhaaha~



Actually, intanorazam ni ada tunjuk cara-cara nak DIY HB ni kat blog dia tp aku ni dah la tak sekreatif & berseni kot nanti jd lagu lain.takmo aku..tak cantik..nanti cucu-cucu aku kutuk kang malu aku..kesian kan??wawawawa~

Eh~Brooch or Crystal HB pon lawa nok..cunn saja..suka jugee~tapi tu la..aku memang surrender bab2 DIY ni..kalau ada orang yang sanggup wat utk aku..aku sangat la berbesar hati bg kat korang brooch2 aku yang dh rosak utk dibuat HB..wakakaka~kidding..eh,kalau ssapa tau katna boleh order Brooch or Crystal HB ni bgtau ah aku..sian aku tau..nak tunjuk ke anak cucu ni..tolong eh.. (✿◠‿◠)

Crystal HB.. (sumber: Google)





Brooch HB.. (sumber: Google)




Okeh,kot-kot la korang nak tengok DIY fabric HB by made intanorazam ni meh click SINI..




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Cincin Palladium

www.tips-fb.com

Men Palladium Ring..


As-salam~


Hari ni aku rasa mcm nak kongsi something regarding above matter..ya, Cincin Palladium..serious aku baru tau ada cincin jenis ni..yang aku tau emas, emas putih, suasa, platinum..tu ja la..memang sengal kan??kui~kui~kutuk diri sendiri..memula dengar Palladium kan terus aku t’ingatkan nama jalan umah mak cik aku, Ngah Nani kat area Shah Alam..nama jalan lorong umah dia Palladium ah..bru la aku tau apa sbnarnya Palladium ni..ingatkan diorang main taram letak ja nama-nama camtu..heheh~



Ok, 1st of all, aku dh wat research sket dengan bantuan En. Google..hee~so, bleh la aku concluded kat sini yang Palladium is family with platinum, rhodium,ruthenium, iridium & osmium (tolong jangan tanya aku secara detail apa kejadah suma ni ok,aku pon amik dr Wikipedia jek,wawawa~) yang dipanggil Platinum Group Metals (PGMs). Platinum ni agak berat so looks like feels solid to wear it..aku penah survey kat 1 kedai emas apa nama ntah aku xperasan p0n main masuk ja,hee..price range utk Palladium ring ni ada yang less RM1k & kalau size dia more bigger can be more than RM1k & above..kedai yg aku tengok before this the price is between RM400++ ~ RM1000++..serious sangat2 suit utk dijadikan wedding ring utk kaum Adam sebab confirm takda emas dlm tu kan..tak macam cincin suasa yang ada sikit kandungan emasnya..yang jenis Platinum plak mahal sgt kot..unless kalau you all mampu ok la tp aku honestly tak la kan..uhuu~ayat sedih..Emas putih lagi la HARAM untuk di pakai kan..


Kat bawah ni ada soal jawab mengenai hukum bagi kaum lelaki memakai cincin suasa..macam biasa,sumber ni aku dapat dr Google search..


Soalan: Assalamualaikum WBTH.Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..


Jawapan dari JAKIM: Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".


Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM. Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.


Itu saja info yang aku nak share utk kali ni..mungkin ada yang sudah sedia maklum atau mngkin ada yang tak tau pasal apa yang dibincangkan ni so aku dengan murah hatinya, berkongsi la dengan korang2 suma..SHARING IS CARING YO! ◕‿◕







Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Bride to be doodle by Firdani

www.tips-fb.com

0ooohh~sgt manis..ekekeke~so sweet la doodle bride to be kat atas tu kan??kan??kan??sesaja gatal tangan request kat Firdani..bride to be doodle from any country you comes from ni especially made by her tau..nice kan??bleh request nk bride yg cute mute tu pakai baju & tudung colour apa..aku request dia orange colour utk baju & black colour for the hijab..sesaja nk colour tuh..bleh??eh~si Firdani ni p0n B2B dr Kedah gak..thank you so much Firdani dear..kkawan,meh la jenguk2 blog dia,http://firdaniweddingdiary.blogspot.com..

Banyak info & inspirasi yang bleh kta dapat tau bila ada join geng B2B ni..kekadang benda2 yang kita tak terpikir pon bleh jd maklumat & rujukan yang sangat2 berguna..Banyak lagi tau B2B lain yang aku tengah follow sekarang..semuanya sangat2 baik & sudi berkongsi segala persiapan diorang dr mula sampai la ke Big Day diorang..ada gak ex-B2B tau yang aku follow tau..ex-B2B ni dh selamat dh jadi isteri orang kan..bez nya rasa bila segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik..kekadang persiapan diorang dan sebagainya bleh aku jadikan sumber rujukan di masa hadapan..dari hal2 yang sekecil kuman smpai sebesar-besar dinosaur aku bleh dapat dr geng B2B ni tau..tips-tips, idea-idea utk merealisasikan hari bahagia, mana nak dapatkan ssuatu barang dengan harga yang reasonable,suma2 la aku bleh dapat dari geng B2B ni..ada gak yang sudi share template utk wedding monthly,weekly plan,wishlist etc..sangat berterima kasih..plus,bleh dapat kawan-kawan baru..aku suka!ngee~Last but not least, geng B2B all over Malaysia are the best..terbaekkk!! & semoga segala perancangan anda semua di permudahkan sehingga menuju ke hari bahagia..Amin~



Fo0tnote : Selamat Pengantin Baru kepada ex-schoolmate aku, Siti Fairuz & suami..semoga berbahagia hingga ke syurga & semoga memperoleh zuriat yang soleh serta solehah..amin~~




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Bring Me Free Hijab!!

www.tips-fb.com

Nak free hijab pelissss..ehhehe~Jom join jom.. "Bring Me Free Hijab from http://nadenook.blogspot.com/ ..harap-harap ada rejeki..AMIN~





this is an easy game for bloggers! get a chance to win free hijab!! we'll be giving away 5 hijab for free!!u might be the lucky five!! all you need to do is just..

1. copy this to post to your blog..with a title "bring me free hijab"
2. then email to nadenook@hotmail.com give us your blog url
3. we will give your number for lucky draw
4. you must post this before 29 October 2011
5. we will announce 5 lucky number on 30 October 2011



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

.::SiLeNt mOdE::.

www.tips-fb.com

I’VE TRY TO BE HAPPY SO MUCH AS I CAN..I’VE TRY MY VERY BEST TO MAKE YOU HAPPY..NO MORE WORDS & ONLY FULLSTOP. THANK YOU, FRIEND.




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

One Year Older ~ Fatehah Elia

www.tips-fb.com

Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri..hee~okeh~i'm 1 year older..guess wht?? I'm getting 26 years old diz year..OMG! Tua sudah..Mama aku cakap masa umur dia 26 tahun,anak sudah 2..kui~kui~alaa~dulu lain,sekarang lain..tp lain tak lain gak ar..member-member aku majoriti dah ada anak, ada yg nk masuk 2 anak dh..hhaiiisshh~jelez aih..bila aku plak nak pregnant nih??hehehe~



Diz year, my birthday celebration on 15th Oct 2011 tak la sehebat mana pon..celebrate ngan family tersayang sajee,juz makan-makan..kesayangan & kecintaan aku sibuk..tapi dia tak lupa tau utk wish kat aku..hee~i love u,bcuksyg..chup~chup~..insyaAllah next week baru bleh celebrate birthday aku dengan sayang..hee~sungguh tak sabar..counting the day..harap-harap ada surprise.. *berangan la kau! ;p*




Eh~selalu kalau birthday,korang dapat hadiah apa eh?? Tp kn pada aku tak bagi present besau-besau p0n tak pa..aku tak kesah punya.. tp kalau bg lg bagos cukup sekadar family, kesayangan & kecintaan, member2 ingat & wish kat aku, nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" kuat2,hahaha~..rasa sangat-sangat happy bila orang ingat birthday date kita..time ni la kita bleh tau ada ka orang yang sayang kita, ingat kita..hee~




To all my frenz yang wish kat aku dat day thank you so much..ingat lagi korang kat aku ya..aku sayang korang suma2..korang memang TERBAEK!!




with kesayangan & kecintaan yang 1.. umur dah sama tua dengan syg,keh~keh





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

15th Oct 2011

www.tips-fb.com

15th October 2011

is getting near..phewwww~






Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Shoe @ GAVY

www.tips-fb.com







OMG!!rasa macam mau lompat tinggi-tinggi..sangat excited..since skrg aku ada kegilaan baru iaitu ehmmmmm~tak nak ckp lagi la,hikhik~tadi saja ja blogwalking kat blog bloggers b2b (bride to be) then t'jumpa entry ini..ok, tak apa tapi hati sudah berkenan..berangan jauh la aku ni ha..then kat that entry ada mention URL website Shoes @ Gavy so laju-laju aku click kat link tu..pheww~tak tahan dowh..okeh~enough..nanti mau tempah kasut kat Shoes @ Gavy..harga pon reasonable.. *like~like~like* (✿◠‿◠)



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

(✿◠‿◠)

www.tips-fb.com


sweet kan?? (✿◠‿◠)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

21 Pedoman Buat Wanita

www.tips-fb.com

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang
penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah
Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya
upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai
kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan


Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.











Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...