Love

Bercintalah sampai ke Syurga

www.tips-fb.com

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.

Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa…

Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?

Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]

Itulah realitinya.

Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.

Mengapa cinta menjadi permusuhan?

Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?

Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.

Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.

Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.

Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.

Kecuali manusia bertaqwa.

Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.

Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.

“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.

“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.

Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.

“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.

“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.

“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.

“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.

Kecuali sebuah penceraian…

SUATU HARI NANTI

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu

Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya

Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa

Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana

Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan

Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi

Lagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.

Itulah yang banyak berlaku hari ini.

Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.

Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.

“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka):

Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.

Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.

Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

Source: ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Jelous weh~

www.tips-fb.com

hello all..honestly, i memang malas gila kentang update blog..i lebih suka jd silent reader blog2 yang i rasa sangat menarik tertarik kau memang da bomb ..tp diz time i nak gak la mencorat coret sikit kat blog pink i nih..heheheh~


At this time, bos i takda kat office..Asst. Manager i on leave..Senior Officer i attend meeting, so now i la bos,muahahahhaha~ *gelak jahat*


Td i belek2 gambar2 kat hp i..saja..tak kan asyik nak wat keja ja..kata bos ;p..sambung balik pasal gambar yang i tengok kat hp tu..belek punya belek i terpesona dengan 1 gambar..



cuba u all tengok gambar kat bawah ni..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


scroll lagi..jangan malas..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.








tadaa~~~

teeheheh~of coz la i terpesona dgn kesayangan i yang sorang ni..jangan marah ;p..sebenarnya i betol2 jelez ngan kesayangan i ni..tau apa yang i jelez pada dia??

1st sekali, i jelez dengan mata dia..i memang jatuh cinta ngan mata chocolate dia tu..bikin gugur jantung i bila pandang lama2..sebab tu i sayang dia..

2nd, i jelez ngan hidung dia gak..yala if compared to mine of coz la i kalah kan..hidung i pesek+penyek tp bentuk hidung dia just nice ja..uuhhh~jelez..*napa la i tak mewarisi hidung mama i yang mancung tu??genetik abah i lg kuat kot..kalau i dlahirkan dengan bentuk hidung yang sama macam mama i, mesti i cantik kan??kan2??huu~*

3rd,i sangat2 jelez yang ini..dia kurus tp i GEMOK..sangat benci dengan diri sendiri..i ni gigih la puasa bagai sebab nak reduce my weight tp kesayangan i melahap apa p0n badan besar tu gak..tak besar pon..mencik! tp takpa even i sedikit berisi dari dia,i tetap chumel..kan sayang kan?? ;p

cukupla i list down 3 ja aspek2 kecemburuan melampau i pada kesayangan i..sebenarnya banyak lagi yang i jel0us ngan dia,huu~lagipon mama i dah ajar tak baik jelous2 ngan orang lain lagi2 orang yang kita sayang..tak baik..tak mau~tak mau~heheh~

okla..i rasa nak stop dulu..nanti ngomel2 lagi okeh..bye~




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Magnetic Aura

www.tips-fb.com




Apakah dia Magnetic Aura?

Magnetic Aura adalah hasil rawatan magnetic yang telah dijalankan di United Kingdom oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan alternatif.

Magnetic Aura merupakan produk terapi kesihatan alternatif yang mampu memberi kesan positif secara automatik di samping dapat meningkatkan taraf kesihatan penguna.

Sistem peredaran darah yang lancar membolehkan sel-sel dalam badan anda menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi. Terapi Magnetic Aura mampu mengimbangi cas negatif dan positif dalam badan seterusnya membantu melancarkan sistem perjalanan darah anda.

Magnetic Aura dihasilkan bersama sumber alam semulajadi yang terpilih lagi bermutu dan dijamin selamat.

Magnetic Water serta kelebihannya:
a)Menghalang pemekatan, pembekuan dan pengerasan arteri jantung.
b)Menghalang penghabluran dan berupaya merawat penyakit batu karang dan buah pinggang.
c)Meningkatkan sistem daya tahan badan dan membantu agen anti penuaan.
d)Membantu sel darah putih mempertahan sistem tubuh.
e)Membantu pencegahan kegagalan ginjal.
f)Mengurangkan risiko penyakit didalam usus serta ulser.

APA KHASIAT MAGNETIC AURA ?

Ramuan Magnetic Aura -- Magnetic water (UK formula), pati herba bunga yang terpilih dan bermutu, minyak zaitun dan wangian bebas alkohol. Terapi Magnetic Aura berkesan untuk :-
* Migrine (Sakit kepala)

* Resdung

* Kencing manis

* Lenguh Sendi

* Lumpuh/Stroke

* Reput tulang

* Kelesuan

* Stress

* Gout

* Darah Tidak Lancar

* Batu karang

* Sukar tidur

* Pening

* Berhenti merokok


Terapi Magnetic Aura -- Sistem peredaran darah yang lancar membolehkan sel-sel di dalam badan anda menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi. Terapi Magnetic Aura mampu mengimbangi cas negatif dan positif di dalam badan seterusnya membantu melancarkan sistem perjalanan darah anda.

CARA MENGGUNAKAN MAGNETIC AURA

1. Sapu dan gosok pada bahagian luaran badan yang perlu;

2. Sapu dibahagian bawah bekas minuman dan airnya diminum;

3. Disyor agar disimpan di dalam poket untuk sentiasa bertenaga.

Golongan yang tidak digalakkan untuk menggunakan produk ini :-
*Wanita mengandung;

*Bayi dibawah umur 1 tahun;

*Pendarahan terbuka dan pendarahan dalaman;

*Pesakit jantung yang mengunakan bantuan bateri

For more info just click this link:

http://www.auramagnetic2u.com/


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

~Majlis Pertunangan BFF~

www.tips-fb.com

arini i mau update ini blog..takmau mengomel banyak2..penat tau i upload gambar sampai lebam..uhuuu~so, nanti layan ja gegambar ye..tapi, at 1st i mau story mory la sket kan..sabtu that day,5th March 2011, 1 of my BFF dah sah jadik tunangan orang..hikhik~macam tak caya plak..si gorgeos ni namanya Cik Natasha..dia ni polis..caya tak??hee~so kepada Tasha dear, lagi sekali i nak ucap tahniah sebab dah tunag & insyaALLAH akan jadi isteri kepada En. Azfar on 11th November 2011 (111111)..sgt cantik tarikhnya..dan akhirnya terjawablah sudah siapa diantara 3chantek yang kawen paling last..huu~of course la i kan?? *sob~sob~syg,jom kawen bulan 10 jom :p*..

on that day, i p umah tasha ngan mama i ja..kesayangan i sibok..sangat sedih okeh tp pasrah ja la..lama gak i ngan mama kat umah tasha..bukan apa,menunggu another 1 BFF la..si mieza tu ha..lambat datang plak..i ngan mama tunggu la sampai around 5 kot..ok la, dh xlarat nak menaip..let picta tell the story.. :)


congratulation,dear..so happy 4 u :)

she's my BFF..*tunggu lagi sorang xsampai2 pon.hukhuk~*


cantik kan dia..jelez weh T_______T

adore with her attire that day..the colour was so awesome.. *ouchhh~*

kami lagi..siapa lagi gemok??hahah~

lagi dan lagi..lalalala~

with my ex-schoolmate~Pn.Shazila,Puan to be Natasha & Pn.Masniza..i jek maintain Cik.. :p

cantikkan??

saat cincin disarungkan.. :)

bersama En.Tunang ~ Azfar

de hantaran~

mama i pon ada jugee~

3chantek + jehan mirza..*love this picta*

jehan shayang with mama sha~

ibu,mummy,jehanshayang & mama sha..love all of you..chup~chup~

dulu ber3 sajee tp skrg sudah jadik 4..uhuu~next year??5 kah??6 kahh?? :p
daa~




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

❤D.i.A.❤

www.tips-fb.com

dia milik i & of course i milik dia..❤

dia la sahabat i, kekasih i, teman gadoh2 i & segala2nya la untuk i..❤

dia sabar ngan perangai mengada-ada i..❤

sebab tu i sangat2 sayang dia..❤


siapa dia tu??❤

❤❤boyfee i la, Mr. Subri..❤❤

heehehh~❤


I LOVE YOU,syg..❤

chup~~chuppp~~~❤


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...