Love

RESEPI : PUDING KARAMEL SEDAP

www.tips-fb.com

Aduh~sedapnya~~


Kihkih~macam lawak pulak ttba aku boleh wat entry pasal resepi nih..juz wanna share this recipe..cuti 1 Malaysia that day aku try..memang senang gila wa cakap lu & sedap sangat..memula tengok resipi ni kat belog cik Intan then aku terliur habis ah tengok appearance puding karamel nih..nak pulak time tu bulan puasa memang terliur ah beb..kalau nak lg heaven makan sejuk2..waallllaaahh~superb!! tak tipu..





Bahan-bahan ( saiz:16 cm )


400cc(400ml) susu segar/susu cair



5 sudu besar gula halus



3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila



[ KARaMEL ]



5 sudu besar gula



2 sudu besar air

Cara-cara:



1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.



2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.



3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.



4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.



5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit



6.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.



7.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.



8.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais





Untuk lagi resepi yang sedap2..cilck SINI ..





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...