Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
- Bayi bergerak dengan aktif
- Semasa senaman atau membawa barang berat
- Mengurut perut
- Semasa hubungan seks
- Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
- Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Terima Kasih Daun Keladi.Nanti Datang Baca Lagi. ❤
4 comments:
X lm lg kn?
berdebar nie rasa hehehehe
sharing togehter vit shaklee utk brefeed
(siti - bukan nama sebenar)
Salam semua..saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan set breastfeeding B (vitalea,b-complex,vita c ,alfalfa) dan ESP selama 2 bulan. Mula2 sy perasan susu sy jd semakin pekat..kwn2 yg tgk hasil pam saya pon ckp susu sy dah mcm susu formula.kemudian hasil pam saya meningkat dari hari ke hari. Dulu nak dapat 2 oz pun susah, skrg sekali pam sy boleh dapat 8-10 oz.
sy cuma pam bl kat ofis, bl dgn baby sy akan direct feeding je.setiap mlm baby akan bgn menyusu 2 kali. bezanya skrg, lepas 5 minit minum, baby dah tertido kekenyangan, mayb sbb susu sy dah pekat kot. tp cik b sy dah penuh n sy mls nk bgn mlm2 pam, sudahnya habis basah lengan baju baby sbb susu dah melimpah keluar..kesian baby..
Dulu, kulit baby sgt sensitif, sng naik butir2 merah sampai pnh sekali tu butir2 merah yg sangat banyak n gatal tumbuh di muka baby..kesian sgt..skrg kulit baby dah licin dan lembut je..
happy sgt dengan perubahan +ve ni..kini sy dh x bimbang lagi walaupun baby dah 4 bulan n demand susu smkn meningkat..Alhamdulillah n tq to Shaklee.
http://sihat-sihatsokmo.blogspot.com/
cik chinta~a'ah..xlama lg..dh 33weeks skrg..uhuu~debor.. =)
mrs. lurve~same goes to me..makin dekat makin b'debar2.. =)
Post a Comment