Love

RESEPI APAM POLKA DOT

www.tips-fb.com

Rindu sangat mau hupdate blog comel nih..*perasan..*hikhik~ betul-betul rasa malas nak datang keja arini since aku dah bercuti 9 hari okeh untuk CNY..sila jangan jelous okeh..otak dh jammed gila..tak tau nak mulakan dari mana padahal bertimbun ja keja atas meja ni ha..uhh~nak tau tak..banyak sangat aktiviti sepanjang cuti..nanti aku akan update setiap aktiviti aku slow-slow ye..banyak gak benda nak story mory tau..so tunggu~~


Apa pun aku nak mulakan dengan mengeSHARE *aci tak guna perkataan nih?? :p* resepi APAM POLKA DOT..aku suka la ngan apam ni..nampak comel jek..mula-mula aku try benda alah ni dengan beli dengan akak opis aku then ngan kakak angkat aku..not bad..sedap gak..then diorang cakap senang sangat nak buat apam nih..so aku pun try la Google RESEPI APAM POLKA DOT then jumpa kat website MyResepi so makanya haruslah mencuba..
Hasil kegigihan aku & kakak-kakak sepupu aku, K. Yanti & K. Maya terhasillah apam polka dot comel versi kami bertiga..sangat seronok bila 1st trial kitorang menjadi walaupun ada gak jadi macam-macam hal sepanjang proses membuat apam nih..hehehe~
So, kepada yang teringin nak try apam ni let’s check it out the recipe & try it!


APAM POLKA DOT
BAHAN-BAHAN (utk 50 biji paper cup medium):
Bahan utk apam
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220g gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette


Filling – Blueberry @ Strawberry @ Chocolate ikut citarasa
Pelbagai pewarna


CARA-CARA :
1.      Campurkan semua bahan-bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuaan maksima sehingga kembang.
2.       Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut pilihan.
3.       Masukkan setiap adunan pelbagai warna tersebut ke dalam piping bag.
4.       Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
5.       Masukkan filling mengikut citarasa anda (nak senang, masukkan ke dalam piping bag / plastik & picitkan ke atas adunan tadi).
6.       Picitkan adunan sama atau berlainan warna sehingga hampir penuh.
7.       Last sekali, dot-dotkan mengikut warna pilihan ke atas adunan tadi & kukus sehingga 10 ~15 minit.


 adunan di bahagikan mengikut warna kesukaan..aku guna plastic bag je utk jadikan piping bag..

Mesti letakkan paper cup dlm bekas tin camni tau baru cantik je naik apam tuh..

uhuhuu~i love the colours..warna warni u olls..i like shocking colours! gila comel kan even dot-dotnya tak berapa menjadi..hee~

buat apam ni sampai lebam..sampai dah tak lalu nak makan..haha~tp sodap & sangat senang..cuba la!
p/s : nak try buat lagi sebab nak belajar design ladybird & strawberry..lagi cute! Nanti boleh masukkan    dalam menu Candy Buffet for my Big Day..yay!!



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...