Love

My E-day Part 4 - Hantaran Side En.Tunang

www.tips-fb.com

Adoyai~baru teringat..
ada hutang lagi nih pasal my E-day aritu..
Kan ada janji nak review pasal hantaran side En.Tunang plop..
Hantaran side saya dah direviewkan sebelum ni..
ok~ok~nak review la nih..hehe~

Meh layan gambar-gambar hantaran side
En. Tunang dulu ye..

Hantaran dalam kereta side En.Tunang..
Kotak kek takda dalam gambar..kena pegang sbb
kang tak pasal-pasal kek tak rupa kek..

My favr8 chocolate ever..Ferrero Roche!

Cookies Famos Amos..sedap~nyum~nyum~ 

Dapat Cheese Tart yang super duper sedap gak..
Mana aci dia ja yang dapat..saya pun nak jugak..
hee~hee~ 

Sirih junjung cantik..

Persalinan sanding..
Bekas cincin yang comelss..
Bekas hantaran side En.Tunang..
Colour theme - Blue..


Lagi 1 bekas tak da dalam gambar, Chocolate Indulgence Cake..
sebab tak guna bekas..
juz bagi kotak seketul cmtu ja..
kotak Secret Recipe kan dah cantik..ehee~
Kiranya hantaran side En.Tunang
adalah 7 bekas berbalas 9 bekas
dari side saya..

Kalau korang perasan, kebanyakkan barang-barang
hantaran kedua-dua belah pihak adalah sama..
En.Tunang dapat cheese tart, saya pun dapat gak..
Saya dapat cookies Famos Amos, En.Tunang dapat gak..
Adil okeh..
Even cake hantaran pun sama tau..
Chocolate Indulgence from Secret Recipe..
Sekian~ ✿◠‿◠



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Kursus Pra Perkahwinan (MBKPPI).. DONE!

www.tips-fb.com

As i mentioned before in THIS entry, saya & En.Tunang dah selamat
attend our kursus kawen..yay! boleh kawen dah..kui~kui~
Kursus kitorang tu on 25th & 26th February @ Hasani Management & Services..
yes, Sabtu & Ahad lepas..bez kan dpt pegi kursus kawen
sesama ngan bakal suami..boleh sesama belajar pasal ilmu agama &
ilmu rumah tangga..

Time study dulu member-member & ex-ro0m8 saya
ada ajak pegi kursus kawen anjuran pihak universiti
tapi saya ngan En.Tunang yang merangkap Boyfee saya 
ketika tu dah janji nak attend kursus sesama so
saya kena la berpegang pada janji..
Makanya dah dekat-dekat dengan our W-Day baru la
kami berdua kelam kabut nak attend that course..wawawa~

Setiap slot dalam kursus nih pada saya sangat-sangat
memberi banyak ilmu either dalam hal keagamaan or
kekeluargaan..pasal health education pun ada gak..
tp secara general ja la kan but sgt memberi info
kepada semua peserta kursus..
Para penceramah pun sangat-sangat bez & happening..
Ada penceramah yang buat peserta kursus gelak sakan &
ada gak penceramah yang agak boring tp disebabkan
majlis ilmu, saya tekad untuk tak lelapkan mata
even ada segelintir peserta kursus yang tertido tau..hee~

Overall, pada saya kursus kawen ni sangat
memberi input yang berguna kepada
bakal-bakal pengantin terutamanya dari segi
keagamaan..Agama tu kan penting dalam menjana
keluarga yang bahagia..kalau suami isteri tak ada pegangan
agama, rosaklah institusi kekeluargaan walaupun
korang kaya raya..itu yang saya paham secara keseluruhannya..

Last but not least..Yay! dapat sijil sudah..
bleh proceed to the next step.. :)




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Update Blog Secara Berjemaah ◠‿◠

www.tips-fb.com

Macam dah lama sangat tak update blog..rindu rasa..
review tentang majlis tunang pun blom habis lagi..
dah tu ada banyak pulak benda lain nak story..hee~tak pa la..slow-slow..

So far untuk w-day preps suma berjalan lancar..
kemungkinan besar saya & En.Tunang tak akan bertunang lama & majlis seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat..
maybe sebulan dua lagi..ouhh! tetiba rasa berdebar.. *pheww~*
Banyak kan benda perlu d settlekan sebelum kawen nih..
saya & En.Tunang sekarang ni la baru sibuk nak pegi kursus kawen..
wat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan & macam-macam lagi la..
buat masa ni kitorang baru register utk Kursus Kahwin..Kursusnya this 25 & 26th February 2012
& last Sunday, 19th Feb dh pegi wat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan dah..
 Keputusan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan..

Registered for Kursus Kahwin..tak sabar pegi kursus kawen
sesama ngan En.Tunang..wee~ 

Baju sanding pun saya dah pegi booked kat tailor, tp En.Tunang blom lgi..uhuu~
kain untuk baju nikah saya pun blom beli lagi since
ada berlaku rombakan utk outfit nikah & sanding..
ya~saya akui memang sedikit tunggang langgang preps saya tp harap
everything will settle smoothly..insyaAllah..
 
 
Kemarin tengah mama godek-godek almari, terjumpa
baju kawen mama dulu-dulu..hee~cantik!
Masa kecik-kecik dulu memang berangan mau
pakai baju kawen mama bila dh besar & saya pun cuba la pakai..muat okeh!
Cuma kain ja ketat sket sbb hip saya besar..okeh~gelak kuat-kuat..
ada 3 pasang baju kawen mama..tp yang saya bekenan 2 pasang ja..
yang lagi 1 tak bekenan pulak..so, tolak tepi..
yang bekenan trus sarung ke badan.. 1 warna soft pink, 1 lagi warna gold camtu..
saya paling suka warna soft pink..kalau muat, saya plan nak pakai untuk
majlis khatam Al-Quran or malam berinai tapi kat bahagian
tangan utk 2-2 pasang baju singkat la pulak..uhuu~
untuk baju yang colour soft pink tuh kainnya saya tak muat..
tp yang gold tu okeh..muat..fyi, baju mama saya ni dh 29thn okeh..
mama ngan abah kawen tahun 1983, tp masih cantik & in a good condition..
lupa nak bgtau kedua-duanya adalah baju kurung moden
so fesyen ni masih “IN” utk zaman sekarang..

Honestly, kalau saya kecil molek, selim melim saya memang akan
pakai punya baju-baju nih tp sayang size badan mama sebelum kawen
dulu lagi kecik dr size badan saya sekarang yang belum kawen..
adoi~takpa la,nak wat cmna kan tak da rezeki saya nak
pakai baju-baju tuh utk majlis besar saya..
ada tak sesapa yang berminat nak sewa baju-baju yang vantage nih..
PM saya okeh..fit from S to M size..hehehe~

 sangat suka dengan baju nih..cantik sangat..
ini yang soft pink colour..kainnya saya tak muat..wawawa~

 saya tak sure material dia jenis apa tp mama
cakap org dulu-dulu panggil kain benang..apakah..huu~tp
cantik kan??

Baju & kainnya kat bahagian dlm tuh..
Cuttingnya adalah baju kurung moden..

Ini yang warna gold..memang cantik & sangat suit
ngan saya tp sayangnya tangan plak singkat..uhuu~

 Rasanya material utk baju nih pun sama
macam baju yang soft pink tuh..nak macam kain
lace pun ada gak..

Gambaran penuh baju..Juga cuttingnya adalah baju kurung moden..
Kain pun dari material yang sama..

Disebabkan ini gak la saya beria-ia nak tempah baju nikah & sanding sendiri..
boleh simpan untuk kenangan..mama cakap dia sayang
 sangat ngan baju-baju ni..ada sentimental value katanya..
so suweet~yala, mana tak sentimental, tengok ja baju tu
teringat time awal-awal kawen kan..hee~



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My E-day Part 3 - Friends!

www.tips-fb.com

Sangat tak bleh imagine
how's my life without friends..
yup~ i can't live without friends..
saya ada ramai sangat kawan baik..
dari tadika, sekolah rendah,
naik secondary school, masuk u,
masuk alam pekerjaan..
di setiap alam saya ada best frenz..
kalau nk list jenuh tp itu adalah
hakikat..saya suka berkawan
ngan suma orang..


Sekarang, best frenz saya adalah
En. Tunang..heheh~
dia la best frenz & dia la gak
teman gaduh-gaduh saya..
dulu boleh la berbest frenz
bagai..
sekarang masing-masing dah
kawen & beranak pinak so agak
terbatas la nak hang out, berpoya-poya
macam zaman muda mudi dulu..
tapi saya tetap sayang & tak
penah lupakan each person
yang pernah jadi best frenz saya..
saya harap diorang pun sama.. :)

Time saya nak bertunang aritu,
kawan-kawan saya ada yang attend
majlis saya tau..
sangat happy!
walau tak ramai at least ada..
saya paham tak suma bleh
datang sebab majlis saya hari Khamis,
hari bekerja so it's ok..
Thanx for my dear Girl, Kirah & Syah..
Thanx gak kat BFF En. Tunang yang sudi datang
& menemani dia on his day..
Thanx u so much Mie & Syawal..
Korang suma memang terbaik!

My dear Syah..sanggup amik
cuti untuk datang ke majlis saya..
sob~sob~terharu..
thanx, dear..syg lebih ah..hee~

kau hado BFF yang perut memboyot
lagi berapa hari nak bersalin kehulu ke hilir
temankan kau pegi make up la..siap-siapkan
baju & segala mak nenek supaya kau nampak
cantik & perfect utk majlis tunang kau??hado??
aku hado..ni la Yg aku, Girl a.k.a Mieza..thanx Yg utk segalanya..
sayang ang 780 ribu juta++ .. :)

Ini Syakirah..datang dari jauh..
Sanggup tinggal anak kat mak dia
untuk datang ke majlis aku..Ya Allah, aku bersyukur
kerana Kau temukan aku dengan insan-insan
yang baik & berhati mulia..AMIN..
kan aku dah bgtau tadi member-member
aku suma terbaik di alam semesta..kau ada??hee~

En. Tunang with his BFFs, Mie & Syawal..
Thank u so much u olls..

Sebelah petangnya, after office hour
my officemates plak datang rumah..
tak sangka plak diorang akan datang tapi
sangat-sangat berterima kasih sebab sudi gak datang
ke majlis kecil saya,hee~

Kepada semua kawan-kawan saya..terima kasih untuk segalanya..tak kisah
la kepada yang datang atau tak..kepada yang tak dapat datang, terima kasih
di atas ucapan & doa anda semua untuk saya & En.Tunang..
Kami berdua sangat-sangat menghargainya..
Semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga ke akhir
hayat.. KAWAN SAMPAI MATI! :)

 



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

www.tips-fb.com

Ehmm~borak-borak dengan officemate pasal
kawen-kawen *dasar pompuan gatai! wawawawa~* Then baru tau la kalau
nak pilih date kawen kena tengok gak tarikh-tarikh or hari dalam bulan Islam..
balik ja work station trus Google pasal nih then
jumpa macam yang saya listed kat bawah ni..
tapi kesahihannya saya tak pasti..
kena tanya mereka-mereka yang lebih arif ye..

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.


Dicopy & paste dari http://our-wedding-journal.blogspot.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Cakes of the Day!

www.tips-fb.com

Aduh~ sangat-sangat tak tahan
tengok gambar-gambar kek yang super duper
sedap kat bawah ni tau..
meleleh air liur okeh..

Kek hantaran from side En.Tunang..
Chocolate Indulgence by Secret Recipe..yummeehh!

Oreo Chocolate Cake gifted
from my brother Amie & his gf, Watie..
thank you olls..sedap okeh..heaven~uhhuu~

asyik makan kek jek camna la nak selim melim..haiii~
badan semakin membesar..
mama dah bising-bising..
adoi~
eh~eh~ada tak cara nak kurus yang
paling senang?
yang boleh makan ice cream, kek & ayam goreng
tanpa rasa bersalah??
ngeh~ngeh~ :p


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My E-day Part 3 - Hantaran Pihak Perempuan

www.tips-fb.com

Dok belek-belek gambar tunang
baru perasan gambar hantaran side saya tak ada yang close up 1-1..
aduh~menyesalnya rasa..
nasib ada gak gambar hantaran side saya
tapi macam tak puas hati la..
ehmm~

Tak pa la..asal ada dari
tak ada langsung kan..uhuu~ *ayat pasrah*
ok la meh intai-intai hantaran
untuk mejlis pertunangan saya..
mana tau boleh jadi sumber
rujukan untuk majlis anda nanti.. :)

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan..huu~
I used balang & bowl kaca sebagai bekas hantaran..normally org
guna plastic box kan so saya nak lari dari kebiasaan..
suma balang & bowl kaca tu harganya just RM5/pcs..beli kat kedai RM5 @
Tesco Selatan Sg. Petani..then just tambah sikit-sikit decoration..
see~ ada M&M sweets yang sangat colourful, cheese tart yang sedap sangat made by
kakak angkat saya, cookies Famos Amos, mango puding, sepersalinan kain akad nikah,
chocolate Ferrero Rocher, Sireh junjung, grapes & strawberries & Chocolate Indulgence by Secret
Recipe.. *sedap gila!*

Side saya sediakan 9 bekas hantaran untuk pihak lelaki &
dibalas 7 dulang..hantaran side lelaki nanti saya review ye.

Roughly, itu ja yang saya nak review pasal hantaran from my side..
Ramai yang puji hantaran our side..
kreatif katanya..guna balang & bowl kaca..hee~
but for me, bisa-bisa aja..
asal lain dari yang lain..
ehee~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My E-day Part 2 - Outfit & Make up Review

www.tips-fb.com

Ouh! I hate Monday!
Gila mengada kan bila hari keja ja mula la nak benci bagai..uhuu~
masih dalam mood bertunang..
so today saya nak review serba sedikit pasal my outfit untuk
majlis pertunangan yang lepas..
Maaf kalau ada yang menyampah bila saya tak abis-abis dengan E-day saya..
kalau ada rasa begitu sila jangan baca okeh.. :p

Untuk E-day outfit saya pilih Arabian concept..
makanya pilihan saya adalah jubah..
Sebenarnya En.Tunang bgtau yang family dia
nak datang meminang 6 hari sebelum majlis..
boleh korang bayangkan betapa kelam kabutnya aku
untuk buat preparation..
buat itu tak kena, ini tak kena..aduhai~
 Perkara pertama yang saya buat adalah pegi booking make up
kat Butik Pengantin Andaman Patimah,Taman Sejati, Sg. Petani..
sambil-sambil deal pasal make up smbil-sambil usha baju kat situ..
Awal-awal lagi saya dah jangka memang saya akan
menghadapi masalah untuk mencari baju disebabkan oleh
ketinggian saya..i'm 165cm okeh..
try baju yang bekenan & sedia ada kat situ but sadly semuanya singkat..
okeh~hampa!

Disebabkan kesuntukkan masa & malas nak pikir lebih-lebih
pasal baju saya mintak tolong auntie Patimah untuk cari jubah
yang sesuai dengan ketinggian saya..
Finally, jumpa gak..& yang paling best warnanya Romantic Purple..
suka!
Tapi besar gabak baju tu..so auntie cakap tak pa bleh alter..
okeh..dia amik actual size aku suma..Done!
Veil pun Done!
Kesimpulannya, jubah & veil sewa sajee..

Make up Review

i love fake eyelashes..
Ramai cakap make up saya on that day sangat natural & sgt santek..
thank you Tora-Tora (my E-day MUA)
Meh close up dekat sikit meh..
Yang penting En.Tunang sgt suka dengan make up saya hari tu..hee~
My E-day MUA, Mastura a.k.a Tora-Tora..dia ni actually freelance MUA..
1 more thing, dia ni adalah ex-schoolmate saya masa secondary school dolu-dolu..hee~
kepada B2B area Sg. Petani yang berminat nk hire dia as ur MUA nanti saya akan bagi Tora-Tora
punya contact no. ye..tapi kena booking awal sebab dia dh dapat banyak job smpai hujung tahun ni tau..
Anyway, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Tora-Tora.. :)

Jubah & Veil & Head Accessories Review

Gambaran penuh Jubah untuk E-day..
Okeh~tau saya semakin membesar sihat & kuat..wawawa~
Love the colours, the beads & also the materials..
Tapi..tapi..Jubah ni sewa sajee ye..
 
 Untuk Veil pulak memang saya nak sangat pakai veil yang labuh meleret tp
takla sampai mencecah tanah..cantikkan veil ni??
ditambah pulak dengan aksesori ala arabian kat bahagian
ats kepala tuh..memang jadi minah Arab sat la aritu..hee~

Veil purple santek.. :)

Tak tau benda alah atas kepala ni panggil apa
tapi ia la yang menyerlahkan penampilan Arabian saya pada hari tu..
Ya Habibi Ya Maulana..hukhuk~

Habis..Sekian!


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Soulmate..

www.tips-fb.com

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your [hearts] . . .
(Qur’an 30:21)



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My E-day Part 1

www.tips-fb.com

Salam Sabtu..
seperti sedia maklum khamis lepas, 9hb February 2012 telah berlangsungnya
majlis pertunangan saya dan chenta hati a.k.a En. Tunang..
disebabkan dah jd tunangan orang, saya decide nak ubah panggilan
untuk diri sendiri kat blog nih mulai hari ni..
sebelum nih asyik bahasakan diri "aku" ja so
sekarang dah tukar dengan membahasakan diri sendiri
dengan panggilan yang lebih proper iaitu "saya"..ehehehe~
sopan tak u olls?? :p

Walaupun ada kekurangan di sini sana
tp overall saya bersyukur majlis ni selesai..
terima kasih kepada saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga
yang sudi datang & memeriahkan majlis saya yang tak seberapa..

Banyak sebenarnya yang saya nak share
kat blog nih tp saya tak boleh sekali harung update tau
atas alasan kekangan masa..huu~
tapi saya janji akan review sedikit demi sedikit..
ramai kawan-kawan & saudara mara yang tak dapat hadir
keep on going request nak tengok gambar majlis pertunangan saya since
saya dah bersara dari arena FB & phone saya rosak so
tak dapat la nak send MMS bagai..
makanya, hanya blog menjadi medium untuk saya update segala-galanya..

Harapan saya cuma 1..
moga ikatan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin..
doakan kebahagiaan kami ber2 ye..
semoga segala yang dirancang akan berjalan lancar &
mendapat keredhaan Nya..
AMIN..











Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

✿ My E-day, 9th Feb 2012 ✿

www.tips-fb.com





I'm officially engaged with Subri Yaakub.. ✿◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday ~ E-day Teaser

www.tips-fb.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

3 days to go..pheww~

www.tips-fb.com

This is 2nd entry for today..honestly, badan kat opis tp pikiran ke lain..macam-macam benda dok memikio ni ha..if korang perasan entry sebelum ni aku ada post Engagement Invitation..yes! InsyaAllah kalau tak da aral melintang dan diizinkan Allah aku & chenta hati akan bertunang Khamis ni, 9hb February 2012..Doakan untuk kami berdua ye..

Aku akui agak bz lately..agak tertekan pun ada gak tapi slowly hadapi segalanya dengan tenang dan sabar..insyaAllah, bila niat kita baik segalanya akan dipermudahkan Allah..Amin..

 Untuk preparation E-day aku memang boleh dikatakan 100% diusahakan dengan gigih oleh
diri sendiri dan family tercinta..banyak lagi yang perlu dilakukan nih..
Hantaran untuk kedua-dua belah pihak adalah sentuhan adik aku, K. Ngah Tasha..
Even sibuk dengan Damia & Danish, aku berpuas hati
dengan hasil tangan adik aku nih..
Aku ada bg dia idea macam mana aku nak untuk hantaran,
beli & siapkan semua barang-barang
yang diperlukan then dia just realisasikan idea aku and also ada gak idea-idea dr dia..
Alhamdulillah sangat bila member-member office offer untuk sponsor
sebekas dua hantaran..terima kasih semua.. :)

 Make up pulak aku memang sangat-sangat harapkan sentuhan my cousin, K. Maya
from Myakirana Touch but disebabkan tarikh yang dipilih adalah
tidak sesuai makanya dia tak dapat balik ke Kedah..sangat sedih..
but then aku beranikan diri la utk dapatkan khidmat dari Andaman Patimah..
entah macam mana hasilnya nanti..harap memuaskan hati la sebab aku memang
agak cerewet sket bab make up nih..yala sapa taknak nampak
cantik pada hari bersejarah dia kan..

InsyaAllah, Rabu nih nak DIY mini pelamin..just a very simple but nice mini dais..
Suma gunakan material yang sedia ada ja..mahu sedaya upaya untuk berjimat..
Nanti after majlis I’ll review 1 by 1 ok..I’m promise..

Harap segalanya berjalan lancar, di permudahkan & diberkati oleh Nya..
Amin..

Tuan tanah a.k.a Cik Solo..
3 days to go utk bertukar status kepada tunangan insan tercinta..
InsyaAllah...


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...