Love

9 Perkara U Olls Tak Patut Buat Sebagai Pengantin by Jumie Samsudin

www.tips-fb.com

Eh~korang penah skodeng blog si Jumie yang meletops tu tak??hee~suka sangat baca entry-entry dia..sangat jujur okeh..lawak pun ada..kalau baca ayat-ayat dia memang bleh gelak guling-guling..oqhang utaqa sama kot..so tak dak tapih-tapih punya..wawawa~dalam banyak-banyak entry kat blog dia kan saya terbekenan dengan below entry..jom baca..khas untuk bakal pengantin sekalian alam.. :)
9 Perkara U Olls Tak Patut Buat Sebagai Pengantin
By: Jumie Samsudin
Helo helo helo u olls semua. Lama akak tidak membuat ulasan pasai wedding wedding ni u olls. Yes, dulu akak ada buat banyak ulasan pasai kenduri kenduri ini sebagai panduan dan jugak ilmu kepada kita semua. Bak kata pepatah, biarlah kita ni GILA tapi jangan BODO. Kerana orang yang bodo ini adalah lebih hina dari orang yang buta ok.

Ilmu kenduri kendara ini, actually bukan saja kita boleh dapat dari pembacaan kat majalah-majalah pengantin tetapi pengalaman yang paling banyak kita boleh dapat adalah daripada PENGALAMAN. Oleh itu, kalau lah adik beradik dan saudara mara kita mengahwin itu, cuba-cuba lah tawar diri untuk tolong dan amik tau apa-apa saja kerja yang dapat di buat atau ditolong. Kerana bila u olls dah experience sendiri, so bila mai event u olls sendiri, maka u olls akan taulah apa nak dibuat???? okay!! Ada paham!!

Kenduri kendara ini bukan untuk kita mai makan nasik, pastu mai tengok pelamin, bilik tidok pengantin, pastu kutuk kut belakang and chowww!! Tak baik kak nonnnn...kita kena ingat, kalau hari ini kita kutuk orang, awat esok esok orang tak buleh kutuk hang balik.

Kebelakangan ini, akak tengok di persekitaran akak ini. Rata-ratanya pengantin yang berlumba nak kawen, dorang fokus TERLAMPAU LEBIH BANYAK kat kenduri kawen yang berlangsung hanya lebih kurang 5 jam itu. Sedangkan, hakikat they olls lupa, apabila kita berkawen yang paling penting adalah persediaan kepada kehidupan yang akan menjelang selepas itu. Betui tak u olls??

Hang kalau kecoh pun nak buat pelamin sebesar-besar pentas dewan, melawan pelamin Umie Aida yang malaps itu, tapi esok lusa, hang turun pelamin, hang buang mekap, hang buang baju pengantin...YOU ARE THE SAME OLD YOU YANG SELEKEH DAN TAKDAK SAPA PANDANG PUN KECUALI LAKI HANG!!

Sorry u olls. Banyak pulak bebelan akak. Okay, hari ini, i olls nak bagi tau tentang 9 PERKARA U OLLS TAK PATUT BUAT SEBAGAI PENGANTIN!!!

  1. KEDEKUT GILA BABI
    Its ok untuk jadi berjimat, but not kedekut ok u olls. Perbezaan orang yang kedekut dengan orang berjimat ialah orang yang berjimat dia mempunyai ilmu setelah membuat research dan menilai harga-harga perkhidmatan yang berada di pasaran dan hanya memilih dengan harga yang paling berpatutan. Manakala orang kedekut ini BODOH dan tidak membuat research. Dia nak untung kat dia ja. Bila deal dengan wedding planner, mintak benda tak ketahuan tanpa menghargai bakat dan usaha wedding planner itu sendiri. Mak sedih orang macam ni ok. So u olls semua. Jadilah orang yang berjimat bukan kedekut.
  2. Menggunakan rakan baek sebagai jurukamera
    Its ok kalau kalau kawan baik u olls itu mempunyai kelengkapan dan berbakat dalam bidang fotografi. Dan lagi bagus kalau kawan baik u olls memang well-known photographer!! Tapi kalau u olls amik kawan baek u olls itu untuk menjadi camera man hari berbahagia u olls semata-mata sebab dia baru beli DSLR dua tiga hari, JANGAN BUAT PASAI.

    Profesional photographer walaupun kena bayar lebih sikit, tapi gambarnya vasss ok. Sebab dia tau nak ajar u olls camnah nak posing atau pun u olls tak payah pose pun, dia pandai capture scence scene candid gitu!! Santek ok....

    Janganla membunuh diri dengan mengambil adik adik atau sepupu atau kawan baik u olls yang baru nak berjinak dengan DSLR sebagai photographer rasmi!! Mak pernah tengok okkkkkkkkkkk dalam fesbuk.....Akak tergelak sampai 3 hari 4 malam dengan Cakcing. Sorry u olls. Tapi buat apa akak nak tipu, posing tak apa-apa, suruh buat bentuk love dengan jari tapi nampak macam bentuk muruku tiga segi. Pastu pi amik gambar kat taman permainan mana tak tau, dengan sampah sarap penuh atas rumput-rumput itu. Mak sedehhh ok.................sedehhh sangat....mengapa they olls sanggup buat macam itu.
  3. Suruh mak u olls jahit baju kawen u olls
    Kalau mak u olls adalah Vera Wang takpa. I olls maafkan. Tapi kalau bagi mak u olls jahit baju pengantin u olls sendiri, mesti dia akan ukur besar daripada ukuran badan sebab tak mau bagi u olls nampak seksi padahal apa yang berlaku adalah sangat VIKTIMMMMMMMMM!!!

  4. Buat pelamin sendiri
    Ini lagi satu benda yang u olls tak patut buat. I olls rasa, Bangsan (Hassan Abu Bakar) kalau nak kawen pun, dia takkan buat pelaminnya sendiri kot. Dia hire wedding planner lain kan?? Kan Bangsan? Bila Bangsan nak naik pelamin ni. Asyik buat pelamin kat orang jah. :)



    Kepada u olls yang nak kedekut gila babi, sampai buat pelamin sendiri menggunakan papan tepi rumah, pakai kain langsir gantung ikut suka hati. Pastu pinjam sofa jiran yang cantek-cantek sikit. HEYyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....KALAU DAH KEDEKUT SANGAT NAK BAYAR WE OLLS BUAT PELAMIN......BAIK TAK PAYAH SANDING OK!! DAH NAK TUNJUK WARAK SANGAT....TAK MAU MEMBAZIR SEBAB MEMBAZIR ITU SAHABAT SHAITAN KANNN!!! HABIS TU HANG INGAT KALAU BERSANDING TU TAK BERDONSAAAA?????? Itu kan adat orang India!!!
  5. SHARE WEDDING DENGAN ADIK ATAU KEMBAK
    Orang selalu suruh akak share kenduri dengan Cakcing, dan akak akan kata NO. Mengapa? Kerana, kalau ada dua pengantin pastinya orang akan compare-compare pengantin mana lebih lawa. Oleh itu, akak tidak mahu Cakcing rasa sedih. Kesian kat Cakcing. ...........................Nanti semua orang akan tumpu perhatian kat akak ja. :)

  6. Suruh kawan baik u olls untuk make up
    Actually tidak salah kalau nak suruh kawan baik u olls make up kan. Tetapi kalau boleh elakkan. Kalau u olls rasa u olls jenis tak kisah dan memang nak look simple, its ok. U can minta tolong kawan-kawan u olls untuk make up kan. Dan kepada kawan-kawan yang dimintak tolong untuk make up di hari berbahagia ini, ini tips akak "BUKAK YOUTUBE AND SEARCH MAKE UP TUTORIAL!!!" Itulah jalan selamat yang akak boleh bantu.

    Dan kalau kwan u olls tu nak complain-complain, suruh dia tengok muka dia kat cermin pastu kata "Bukan mekap aku yang tak cantek, tapi tengok betui betui...memang hang pun tak cantek jugak!"
  7. BUAT LOVE BITE PADA HARI PERSANDINGAN
    Inilah akak nak bagi warning besar kepada para para pengantin yang tak sabak sabakkkkkkkkkk sangat nak buat project setelah mendapat lesen daripada Jabatan Agama Islam. Okay, memang dah sah-sah halal setelah u olls selamat nikah. Tapi kalau nak buat love bite tu, agak-agak la!!!! Kalau ye pun bini u olls itu bertudung, habihhhhhh tu mak bapak semua, sedara mara semua tak tengok ke love bite u olls yang sebenar kueh maruku ituuuuuuuuu! Lagipun ada dua hari lagi untuk sanding. Sabar lah u olls!! Kalau ya pun nak buat, jangan la buat kat tengkokk!! Buatlah kat betis ka, ketiak ka....akak pun tak malu-malu kan? Nanti sapa malu!! U olls jugak.

  8. Bunga pahar buat hiasan rumah
    Bunga pahar adalah bunga telor yang kita buat cantek-cantek letak kat pelamin tu. Kita cucuk cucuk kat pasu kecik tu. Tapi u olls.....bunga pahar itu bukan perhiasan ok!!! Bunga pahar adalah hadiah yang kita patut hadiahkan kepada para tetamu yang mendatang!!! Akak pernah tengok, ada orang yang buat bunga pahar cantek-cantek, dengan kristel bagai, tapi tak bagi kat tetamu. Walau secucuk pun. Alasan "Bunga ni kami buat untuk jadi perhiasan kat rumah lepas kenduri nanti!! Boleh camtu???


  9. CAKAP BESAR BEFORE WEDDING
    Bercakap besar sebelum wedding adalah seperti menempah pasiak kubok ditabur ke muka mu!! Ini adalah kerana, u olls belum apa-apa lagi dah sembang deraih nak kenduri kat Tanjung Marina Bay la, cincin dari Carat Club la, baju amik kat Jovian la, last last sekali hang sewa kat Jalinan Kasih ja....baek tak yah u olls. Cerita bagai nak rak, nanti dah sampai hari wedding orang tengok like biasa-biasa ja...so tunggu la kawan-kawan u olls membaling pasiak kubuk ke muka u olls ok!! AIBBBBBBBBBBB.........

Sekian sahaja penulisan keleesss akak untuk hari ini. Stay tuned untuk mendapat lebih banyak info. Ingatlah u olls, perkahwinan adalah satu ikatan dan komitmen yang perlu u olls hadapi seumur hidup u olls bukan 5 jam populariti di atas pelamin sewa itu!!!




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

2 comments:

Mama Ashraf said... Click To Reply!

hahahahahhaa..kka jumie memang best kalau citer..

::eLeya:: said... Click To Reply!

ahah~mmg..kalau baca post dia mau gelak guling2..hahahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...