Love

Menghitung Hari.. 2 Hari Lagi.. ♥

www.tips-fb.com

Bakal Suamy Isteri..
Bakal Pengantin Baru in 2 days left.
Saya akan cuti kawen starts from 31st May~12 June 2012.
Doakan segalanya berjalan lancar & mendapat redha Allah..
Amin~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Dilema Pengapit

www.tips-fb.com


Pengapit-pengapit saya, Tasha & Asrul still blom finalize baju warna apa
diorang nak pkai sebenarnya..
saya tak sediakan baju untuk Pengapit saya sebab masa memula propose dia
untuk jadik pengapit my BFF ni still tak confirm dapat cuti atau tak sebabnya
ada ura-ura yang Pilihanraya will be held on this June..
kalau jd election, cik Polis ni confirm-confirm tak dapat cuti..
tapi nasibla, blom election lagi so sekarang BFF a.k.a bakal pengapit baru
kalut nak carik baju untuk my wedding nanti..
Pengapit untuk En.Tunang pon 1 of our friends gak, Asrul..
mamat ni tak apa, dah start cuti dah..bez kan jadik cikgu..hee~

Sekarang ni ada 2 option either black or white colour theme untuk
pengapit..tak kisahla kan..asal pengapit-pengapit kitorang kelesss~ :p





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Coklat Pancuran @ Chocolate Fountain - Sponsored.. yiiihaaaa!

www.tips-fb.com

Sumber: Google search la :)



Pagi tadi my cousin K. Maya call..at 1st, tak dengar ada call masuk sebab tengah engage ngan phone office then saya return call..

Me : K.Nya ada call yong ka tadi?? Ada apa Nya??
K. Maya : Yong (panggilan family utk saya), jadi wat Candy Buffet tak??
Me : Op coz la Nya..dah p borong sweets, jellies bagai ngan abah aritu..ehee~awat?
K.Maya : Dah dapat chocolate fountain ka yong??
Me : Blom la Nya..
K.Maya : Tak pa..tak pa..Nya ngan Kakak (K.Yanti) sponsor chocolate fountain kat yong na..
Me : Yaka! Beznya! Thank you Nya!

Ahaks! Finally, dapat gak wat Candy Buffet yang ada chocolate fountain..wallaahh~
Happy okeh! Tak sabar  nak tunggu my wedding day rasa..
senang cakap tak sabar nak kawen.. *again*

So sekarang even tengah bekerja, dalam kepala hotak ni dah tak bleh 100% focus dah..
Asyik dok pikir apa lagi nak dibuat utk memeriahkan Candy Buffet saya tu nanti..
Pikirkan tentang props, pikir apa lagi selain strawberry, grapes, marshmallow yang sesuai disediakan untuk menjayakan chocolate fountain sedappp~
Idea puhlissss~~~~


Google~Google~

Pictures taken from HERE


sekian.. ✿◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

www.tips-fb.com

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.


Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia
So, sekarang jom kita survey-survey design henna nak?? Alahai~tak sabar rasa nak pakai inai..last pakai inai kat jari ni kalau tak silap darjah 4..uhuu~


Untuk my wedding nanti, my BFF Mieza yang akan lukiskan henna kat tangan, kaki & jari jemari i..ahaks! Tapi untuk majlis akad nikah saya just akan pakai inai yang simple kat jari ja then malam sebelum sanding baru BFF akan conteng-conteng..sebabnya, ada yang cakap ada tok-tok imam yang tak berapa bekenan lukis-lukis inai bagai ni..ok, fine~lepas nikah, majlis kat umah ok la kan..lagipon Majlis Fatwa dah putuskan macam kat atas tu so takda masalah lagi la kan..no more worries.. ✿◠‿◠

Untuk majlis Akad Nikah, cukup sesimple ni..
nice kan?

A lil bit messy but awesome..i like~

The design is not bad but saya tak berapa suka
warna inai yang kehitaman camni..suka yang
merah menyala camtu..harap sangat jari saya ni bila pakai inai
akan jadi merah ang-ang gitu..

Cantik! Cantik!
Agak heavy kan? kan? Sukanya!

Suka jugee~

tengok gambar ni lagi rasa tak sabar
nak pakai inai u olls..cantik~
sabaq sat..7 hari lagi..hee~

Nak dilukis begini di bahagian kaki nanti..
suweeeettt ahh~

Sumber gambar: Google!

p/s: My boss keep on asking, "Fatehah, u nak apa as ur wedding present?"..Again..
saya tak tau nak jawab..kang mintak yang bukan-bukan menangis kot boss nak beli..hehehe~aritu saya ada cakap, "boss bg LCD tv pon ok.." but today saya up sket..request kat dia LED TV..ok??miahahahaha! *gelak jahat*..actually, nak bagi apa pon saya tak kisah..terima sajee~ ✿◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

WORDLESS WEDNESDAY ~ IDEA BAJU BERTANDANG - SONGKET

www.tips-fb.com

 








Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Sekitar Majlis Pernikahan Fikri & Sabrina.. ♥

www.tips-fb.com

To Fikri& Sabrina:
To both of you, Selamat Pengantin Baru..
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
Semoga persahabatan kita semua akan berkekalan sampai bila-bila
& last but not least, anda berdua WAJIB temankan aku & Sub nikah
nanti okeh..no excuse..WAJIB! hee~
Kawan Sampai Mati!











Till then..daa~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Latest of me ~ Bakal Pengantin & Flower Girl

www.tips-fb.com

Saya adalah bakal Penanten Baru..ehee~
Damia adalah Flower Girl on my wedd nanti..huahuah~
Orang lain semakin nak kawen semakin kurus,
slim melim tapi saya gigih membesar dengan jayanya..
haii~ntah la..memang dah tak kurus dah nampak gayanya
tapi still comelss macam Mia kan?? kan?? *muntah!*
Eh~tapikan Mia semakin kurus ok..dah kurang bam-bam lagi dah..
haiihh~sapa nak jadi pengantin nih?? Mia kot?? :p


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Pencarian Barang-barang Untuk Bekas Hantaran

www.tips-fb.com

Assalamualaikum~
Selagi tak settle majlis perkahwinan saya ngan En.Tunang, selagi tu la kitorang dok sibok ngan preparation..duit pon keluar laju ja macam air..haaiii~tapi tak pa la..bukan selalu kan..once in a life time..

Ahad lepas saya 1 family kuar pegi cari barang-barang untuk hiasan bekas hantaran..barang-barang hantaran saya ngan En.Tunang dah setllekan dah seminggu sebelum tu..antara yang menjadi subjek utama untuk dihunting ahad lepas op koz bekas hantaran, bunga canga, ribbons & benda-benda kecik-kecik yang ntah hapa-hapa tapi sebenarnya memainkan peranan gak untuk merealisasikan bekas hantaran yang wow nanti..hee~hantaran untuk kedua-dua belah pihak adalah DIY oleh my sis nanti..
wat sendiri ni senang..kita nak macam mana, budget banyak mana kita sendiri yang tentukan..betul x??

Memang boleh meroyan bila tengok bunga banyak-banyak
macam ni kan u olls..sumanya awesome..mcm nak menangis tengok sebab
tak mampu nak beli semua bunga-bunga tu..huu~

ohh~lupa plak..suma bunga kat kedai ni adalah
artificial flowers ja..saya memang taknak gunakan
fresh flowers sebab rasa macam membazir ja spend money untuk
beli fresh flowers tp tak bleh bertahan lama..tp kalau artificial flowers
bleh guna balik untuk hias-hias rumah saya ngan En.Tunang nanti..ehee~

boleh korang bayangkan bila ada 3 orang budak ni dalam
1 masa..memang tak larat nak kepung..sorang berlari sana sini..
sorang asyik dok petik bunga bajet macam dok kat Cameron Highland
yang sorang lagi asyik suruh snap gambar dia..haaiiihh~tp diorang
ber3 memang comel kan.. :)

Si Batrisyia ni mmg gila camera..
mana ja dia p asyik nk orag snap pict dia..
haiii~kecik-kecik dah bajet model..kui~kui~

lagi 2 orang ni, si Aqil ngan Si Damia..
tengok kat tgn Mia..ntah bunga apa ntah dipetiknya sesuka
hati..wat kedai tu macam kedai mummy dia..
yang si Aqil ni asyik berlari sana sini..rasa macam nak tinggal ja
bebudak ni kat kedai ni tp nasib baik comel so x jadi tinggal..miahahaha~

napa ntah suka ngan combination colour light purple & dark purple nih..
santek kan??

Bekas hantaran yang di beli..
tak tau la murah ka tak..harga sebenar RM22.90 per pcs
tp lepas dscount kitorang dapat 19.90 per pcs..ok la kot..
kitorang beli 3pcs jenis yang bulat, 3pcs utk jenis 4 segi tu..
memula tak plan pon nk beli sbb officemate saya, Fatin nk pinjamkan
bekas hantaran dia tp mama cakap baik beli, nanti adik-adik saya bleh guna
balik..ok..menurut perintah..bought!

Hasil belian..
Oh ha, lupa plak semua brg2 ni saya beli kat WS Handicraft Sdn. Bhd.
ntah berapa kali ntah pegi ke kedai ni..dari nak bertunang lagi memang
beli barang-barang wedding handicraft kat situ..murah pon murah..
lagi-lagi bila dah ada member card..so harusla dapat discount..
jimat di situ..ahaks!

Ribbons, shredder paper, bekas hantaran, artificial flowers,
bunga manggar, masking tape, bunga telur & etc.

Bunga telur ni tak da pon dalam list untuk dibeli
asalnya tapi mama cakap nak sponsor so saya ok sajee..
Harga sebenar utk 50pcs = RM52.60 tapi lepas
discount 50%, mama cuma bayar dengan harga RM26.30..
Murah tak?? dah la cantik..ala-ala vantage gitew..
i likeee!!
Thank you mama!

Red & white roses..
artificial sajee but nice isn't it??

Mia suka & geram ngan bunga yang bulat-bulat
tuh..kalau di biarkan confirm masuk mulut punya..
sedap kot..

For the next step nanti saya story lagi na..
bekas hantaran dah siap dah..adik saya yang buatkan..
puas hati!
tak boleh la tunjuk lagi..kang hilang seri pulak..
saya tak mampu nak upah orang watkan hantaran lagipon saya ni
banyak songeh sikit..susah orang nak paham apa yang saya nak..
kang tak kena ngan apa yang saya nak lagi susah..hee~
bila adik sendiri wat senang, kitorang macam sekepala..
dia paham apa yang saya nak..
nak wat sendiri tak pulak kan saya nih..hee~
tak da masa la u olls..balik keja dah penat.. *alasan*
untill then..daa!


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Marriage Leave – Appoved! Yay!!

www.tips-fb.com




Tengok dulu leave form kat atas tuh..
Ahaks! En. Boss dah approved kan cuti kawen saya..
Gila tak sabar nak bersama bakal suami sepuas-puasnya nanti..eheeheh~
Actually, annual leave balance saya dah tak banyak, cuma tinggal 8 hari ja lagi..
Tapi nasib la company ada bagi Casual Leave untuk kawen sebanyak 5 hari..
Makanya saya akan bercuti selama 11 hari..
casual leave 5 hari + Annual Leave 2 hari + cuti sabtu & ahad 4 hari = 11 hari..
kalau ikutkan hati nak ja cuti lagi lama tapi kena jimatkan cuti untuk wedding
side bakal suami a.k.a En.Tunang nanti..cukup-cukup la kan 11 hari tuh..

Thank you Mr. Rozaidi, my boss..
Dia dah susah hati saya nak bercuti lama..
Pagi-pagi masa morning meeting tadi dah pesan awal-awal suruh perturun
ilmu & keja-keja kat staf-staf lain..hee~
kalau ikutkan schedule bulan June ni dari awal bulan sampai pertengahan bulan July
department kitorang sangat sibuk..sibuk dengan account closing, Gross Profit Monthly Report,
Cost Meeting, nak kena be prepared untuk new period budget, macam-macam..
Mungkin lepas akad nikah 1 Jun nanti saya akan bekerja dari rumah..
nak tak nak saya kena gak wat sebab ni utk closing purpose..see, bercuti pon still kena siapkan keja..
Itulah namanya tanggungjawab kan.. :)

p/s : Boss ada tanya nak wedding gift apa??apa lagi yang tak dak dalam umah kitorang lepas kawen nanti..ehee~ Boss, saya nak LCD TV AQUOS 40" pon dah cukup..kalau boss baik hati, saya nak washing machine brand SHARP gak yang fully automatic..buleh??hee~mau kena sembelih leher mintak benda kejadah suma nih.. :p Actually, apa pon takpa asal ikhlas, sekadar doa supaya kami berdua suami isteri nanti bahagia hingga ke syurga pon dah cukup memadai.. :)




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Jemputan Kawen untuk kawan-kawan~ DONE!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum~
aiyoo~lagi 15 hari..seremmmm~
Pagi-pagi datang keja officemate dah menyakat..
"Fatehah mesti rasa masa berjalan lambat kan..mesti
tak sabaq nak tunggu 1 Jun kan..eheheheh~"
Adoyai~Encik-encik & puan-puan sekalian kalau bleh saya
stopkan masa nak ja saya buat tapi apakan daya saya..uhuu~
 
Setakat ni jemputan untuk member-member bleh dikatakan 70%
dah DONE!
Kelmarin adik saya dah tolong pegi poskan kad jemputan untuk member
ex-sekolah, ex-universiti..
harap sumanya dapat terima dengan selamatnya & harap sangat
sumanya sudi menghadirkan diri sebabnya rasa macam majlis
resepsi saya nanti nak dijadikan Reunion la..
ada gak discuss dengan member-member skolah dulu &
diorang pon excited sangat kalau dibuat reunion utk member-member skolah dulu..
yippie!
Harap apa yang dirancang akan berlangsung dengan jayanya..
rindu la suma kekawan saya..hee~
 
Sabar ye kakawan..nanti kad jmputan ni akan sampai
ke tangan korang..
datang jangan tak datang.. :)
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

2 Si Botak Kecintaan & Kesayangan Saya.. ♥

www.tips-fb.com

Selain dari En. Tunang, hari ni saya nak expose 1 rahsia tau..
selain En. Tunang, ada lagi seorang lelaki botak
yang bertakhta di hati saya sekarang..
rasa tak boleh berenggang dengan dia la..
syhhh~jangan bgtau En.Tunang tau yang
saya ada syg lelaki lain selain dia..hee~

En.Tunang a.k.a bakal suami..

Korang nak tau tak sapa yang saya maksudkan tuh??
ehee~malu la..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Scroll lagi..cepat-cepat..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaa!!

Qaisy Denish Arien..
alolololo~somel-somel..
gerammm..
macam Pooh tak korang??hee~

Ni la si botak kesayangan saya selain En.Tunang tuh..
Sangat-sangat tenang bila tengok si kecik ni tau..
Arien ni anak adik saya..
umur dia baru 5 bulan ++..
balik keja mesti nak gomol-gomol, ciom-ciom dia tau..
suka tengok dia senyum..ada lesung pipit lagi..
alahai~lemah ja bila tengok mamat kecik ni tau..
cyg Arien 18 juta bilion ribu..





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Borang Permohonan Nikah - DONE jugee!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum!
Kabare sumanya??hee~harini mood sangat baik tp a lil bit mengantok & malas sikit la..attend meeting pon macam malas-malas ja nak amik port..lepas abis present bahagian saya asyik dok mengelamun sajee..haii~tinggal 18 hari lagik..

Banyak sebenarnya nak update ni tp tu la kekangan segala macam..haii~okla, saya update slow-slow okeh..chill~

1st, nak bgtau nih yang saya ngan En.Tunang dah pegi wat permohonan nikah
kat Pejabat Agama Islam dah..hee~
Disebabkan kitorang adalah dari daerah yang sama so tak ada la
macam-macam borang sangat nak kena fill in..
Borang permohonan nikah saya Abah saya yang tolong amikkan
dari Tuan Imam kariah Taman Keladi..dia la yang akan uruskan
pernikahan saya & En.Tunang nanti..
En.Tunang plak pegi amik sendiri kat Tuan Imam Kariah dia..
Isi sana, isi sini then memasing kena dapatkan
pengesahan dari Tuan Imam Kariah memasing pulak..
Bagi pihak saya, Abah la yang uruskan sebabnya Abah memang baik
ngan Tuan Imam Kariah kitorang tuh..terima kasih Abah! Along syg Abah sangat-sangat..


Kat atas ni la Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah tu..
Untuk pihak perempuan akan dapat 2 borang tau, Borang Sistem Maklumat
Perkahwinan Islam (SIMPI) & Borang 2..
Untuk pihak lelaki pulak cuma perlu fill in 1 borang ja, macam Borang 2 tu..
Borang 2 tu suma tulisannya ada ejaan Jawi tau..
Dah siap yang pihak perempuan wajib attached sekali
salinan fotokopi IC wali & 2 orang saksi..
Wali saya op koz my Abah & saksi adalah kawan-kawan Abah,
Pak Cik Ibrahim & Pak Cik Omar..diorang ni BFF Abah..
ahaa~jangan ingat saya ja ada BFF, abah pon ada tau..hee~

Then lepas selesai segala macam hal isi mengisi,kemarin, Ahad 13 May 2012,
saya ngan En.Tunang pegi ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Muda
untuk hantar permohonan nikah kitorang..
date ngan Tuan Imam dah dibooked, 1 Jun 2012 pukul 10:00pagi
camtu kitorang akan dinikahkan..InsyaAllah~

Korang tau tak kami berdua memang cuak habis sebelum pegi Pejabat Agama
tu..ye la, tak tau apa soalan yang akan ditanyakan oleh Ustaz atau Ustazah
kat situ nanti..
Sampai ja, kitorang check balik dokumen bagai suma then bagi kat kaunter
then kena bayar RM4 untuk sekeping borang Ikrar apa ke nama penuhnya
ntah..borang tu pon dalam ejaan Jawi..
Lepas dh memasing fill in Borang ikrar tuh, En.Tunang dok
bukak buku yang kitorang dapat masa Kursus Kawen aritu..then masing-masing
dok bersoal jawab tanya pasal Rukun Nikah la, Rukun Iman la segala
rukun la tinggal Rukun Negara ja kitorang tak recall balik apa kebenda..hee~
Dah abis pasal rukun segala, saya dok baca balik doa Qunut & Tahiyat Akhir
 yang ada dlm handphone..Recall balik, takut tersilap o termissing apa-apa nanti..
sementara menunggu nama kitorang dipanggil, masing-masing dengan hal
masing-masing..macam nak masuk dewan exam dah rupa kami berdua..hahaha~
yang bez skali, En.Tunang siap ada wat nota kecik..hee~terbaik kan..

"Fatehah.."hah~sudah..dah kena panggil dah..saya pun bangun la dengan
tenang..kononnya lah..padahal jantung bergelora, tsunami bagai dah..
"2-2 sekali na..masuk, p kat Ustazah yang tudung hijau tuh.."
maksudnya, kitorang kena masuk sekali untuk diinterview & yang
paling tak bez akan diinterview oleh Ustazah u olls..
Tapi yang beznya lepas dah masuk dalam office tu, Ustazah tadi tu tengah
bz makanya dia mintak tolong dengan salah sorang Ustaz kat situ..
Ustaz apa ntah namanya tapi kitorang dah kenal Ustaz tu sebab dia adalah
salah seorang penceramah masa kursus kawen yang lepas..
Orangnya muda lagi, around 30an camtu & sangat sempoi ok..
then dia panggil kitorang masuk bilik dia..CUAK!

"Haa~masuk-masuk..mai borang hampa saya nak tengok..Subri..Fatehah Elia.."
okeh..nampak gaya macam bleh kautim Ustaz nih..hee~
tau apa, kitorang tak diinterview apa pon..dia just bersembang ja..
memang cool la Ustaz ni..tapi ada gak dia suruh kitorang baca Ikrar yang diisi tadi
depan dia..& kami 2 dapat baca Ikrar tersebut dengan jayanya..yay!
tak sia-sia dulu masa sekolah rendah paper Jawi selalu dapat 100%..hahaha~
Terima kasih Ustazah Azizah, Terima kasih Ustazah Ramlah kerana
mengajar Jawi dengan mantopnya masa sekolah rendah dulu.. Selamat Hari Guru! *tetiba*

Ustaz tu cuma bersembang ja ngan kitorang..tanya masing-masing keja
kat mana..income bulanan kitorang banyak mana..
then paling tak boleh blah disebabkan terlalu cuak, bila Ustaz tu tanya saya
grad U mana, & tahun brapa, bleh pulak saya cakap saya ni grad
tahun 1998..then En.Tunang dah kerut-kerut dahi then dia pon tanya saya,
"ha??tahun 1998??".."yala..1998.."cewah~siap wat muka confident lagi..
Ustaz tu pon pening..then bila En.Tunang ckp, "Bukan grad thn 2000 lebih ka?"
hahahahha~time tu baru saya tersedar yang saya memang dah merepek-repek
dah..thn 1998 baru Form 1 kot..hahaha~tp tu la, cuak punya pasal..
Ustaz tu pon dah gelak-gelak kan saya..
padahal saya grad thn 2008..ntah mcm mana bleh p bgtau thn 1998..
malu weh.. :p

Ustaz~ "Ok, hampa mai amik borang 27 May nanti kat kaunter na..tu ja.."
En.Tunang~ "Hah? dah??"
Ustaz~ "Awat, hampa nak Ustaz tanya ka?"
En. Tunang~ "Eh, dak-dak.."
Saya~ "Terima kasih, Ustaz ya :)"

Yay! selesai dah 1 hal..
so 27 may nanti pegi amik borang yang disahkan tuh balik untuk
proceed to the next stage..
Amin~segala perjalanan dan urusan kami dipermudahkan..
Alhamdulillah  Ya Allah.. ✿◠‿◠




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...