As salam~
Such a good day today right & aku tetiba rasa nak share sikit pasal Olay Total Effects ni ngan you all suma..before that u've to know the history 1st about Olay Total Effects which is I get from KAIO Dot MY ..produk ni terhasil atas dasar cinta seorang suami kepada isterinya. Pada era 1950-an, seorang Pakar Kimia Graham Wulff terlihat isterinya Dinah sedang dalam keresahan & kesedihan kerana kulitnya yang kusam & tidak bermaya dek kerana faktor usia. Maka, Graham telah mengambil inisiatif dengan mencipta satu formula bahan kecantikkan utk isterinya yang tercinta bagi mengembalikan keserian & kejelitaan isterinya. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh hasil penyelidikkan mendalam berkaitan bahan yang semulajadi maka lahirlah "The Lagendary Oil of Olay Beuty Fluid" iaitu nama asal Olay Total Effects.
For me la kan, hasil penilaian aku ke atas produk ni setelah 3 bulan bersamaan penggunaan 2 botol Olay Total Effects pada kulit muka aku,aku memang sangat-sangat berpuas hati..memang terbaik dari ladang la..eheehee~highly recommend beb..time aku muda belia remaja dulu *ayat macam dah tua ganyut,heehehe* aku memang dh berjinak-jinak ngan produk Olay ni..time tu idak le aku guna Olay Total Effects ni sebab time tu aku study lg kot mana la mampu nak tempek cream memahal kat muka..juz cream pencerahan & moisturizer brand Olay ni ja..apa ntah nama penuh dia..tak ingat pulak..
Bila umur dah semakin tua meningkat penjagaan wajah bagi kaum wanita bukan setakat untuk pencerahan tau..kena amik kisah gak tentang penuaan proses penuaan..bila umur dh masuk 25 tahun ++ setakat yang aku tau kita kena alert tentang penjagaan kulit muka kita..kena jaga takut muncul wrinkles yang tak diundang, o0oohh~takut!, jeragat, jerawat, kulit kusam bagai..haa~nak cantik memang agak menyusahkan tapi bila kita rajin hasilnya berbaloi-baloi..tak rugi pun..pompuan mana tak mau cantik mai habaq mai kat aku..so dengan penggunaan Olay Total Effects ni secara teratur aku yakin korang aku puas hati punya dengan perubahan kulit korang..lagi pun tak yah nak beli 4,5 jenis cream utk tepek kat muka tu cukup dengan 1 botol krim ni you all bleh dapat 7 manfaat antaranya meminimumkan kemunculan garis-garis halus & kedutan, melembapkan & mengatasi masalah kulit kering, mengimbangi warna kulit disamping mengurangkan tanda penuaan, melicinkan tekstur kulit melalui pengelupasan yang lembut, mengecilkan liang-liang roma, melindungi permukaan kulit wajah dengan anti oksida serta menganjalkan kulit wajah.
Setakat ini aku tersangat berpuas hati dengan Olay Total Effects & aku selalu suggest kepada sesapa yang tanya skin care products apa yang aku selalu guna.. Murah ja bai..RM39.90 ja sebotol kalau tak silap..boleh guna sampai 2 bulan tau..selalunya aku beli kat Watson or Guardian..normally, aku akan pakai Total Effects ni sebagai moisturiser before aku pakai make up kat muka..aku dot dot kan kat 2-2 belah pipi,dahi,dagu & hidung then terus sapu rata ke seluruh muka..kat sini aku nak bagitau gak,bahagian leher pun mesti sapu gak ok..yala..muka ja eh nk jaga,leher tak nak..o0hh~tak boleh2..sapuan pula harusla dari dalam ke bahagian luar bukan luar ke bahagian dalam..ini akan mempengaruhi proses penyerapan krim ke kulit muka ya puan-puan..heeehehe~kalau bahagian leher pulak,sapuan perlu lah dilakukan dari bahagian bawah leher & ke atas..kalau tak silap aku dengan cara ni dapat mengelakkan kekenduran kulit di bahagian leher..uhh~tak nak la aku dh tua nanti kulit kat bahagian leher kendur..worst!
Banyak pulak aku mengomel kan..so kepada yang masih mencari krim penjagaan kulit wajah aku recommendkan Olay Total Effects ni ye *promosi tak berbayar,uhuu*..kalau rasa-rasa nak skin halus mulus tulus macam Yuna korang dengar la cakap aku..kalau tak,ikut suka korang la eh..kui~kui~aku share sebab tak nak cantik sesorang *sila muntah*..miahahaha~
Peminat tegar Olay Total Effects..aku pakai yang Normal macam gambar kat atas nu tau..kesannya yang sangat efektif..
Yunalis Zarai ~ Duta Olay..aku akui skin Yuna ni memang gila flawless..cantik~~
Terima Kasih Daun Keladi.Nanti Datang Baca Lagi. ❤
0 comments:
Post a Comment