Love

Cincin Palladium

www.tips-fb.com

Men Palladium Ring..


As-salam~


Hari ni aku rasa mcm nak kongsi something regarding above matter..ya, Cincin Palladium..serious aku baru tau ada cincin jenis ni..yang aku tau emas, emas putih, suasa, platinum..tu ja la..memang sengal kan??kui~kui~kutuk diri sendiri..memula dengar Palladium kan terus aku t’ingatkan nama jalan umah mak cik aku, Ngah Nani kat area Shah Alam..nama jalan lorong umah dia Palladium ah..bru la aku tau apa sbnarnya Palladium ni..ingatkan diorang main taram letak ja nama-nama camtu..heheh~



Ok, 1st of all, aku dh wat research sket dengan bantuan En. Google..hee~so, bleh la aku concluded kat sini yang Palladium is family with platinum, rhodium,ruthenium, iridium & osmium (tolong jangan tanya aku secara detail apa kejadah suma ni ok,aku pon amik dr Wikipedia jek,wawawa~) yang dipanggil Platinum Group Metals (PGMs). Platinum ni agak berat so looks like feels solid to wear it..aku penah survey kat 1 kedai emas apa nama ntah aku xperasan p0n main masuk ja,hee..price range utk Palladium ring ni ada yang less RM1k & kalau size dia more bigger can be more than RM1k & above..kedai yg aku tengok before this the price is between RM400++ ~ RM1000++..serious sangat2 suit utk dijadikan wedding ring utk kaum Adam sebab confirm takda emas dlm tu kan..tak macam cincin suasa yang ada sikit kandungan emasnya..yang jenis Platinum plak mahal sgt kot..unless kalau you all mampu ok la tp aku honestly tak la kan..uhuu~ayat sedih..Emas putih lagi la HARAM untuk di pakai kan..


Kat bawah ni ada soal jawab mengenai hukum bagi kaum lelaki memakai cincin suasa..macam biasa,sumber ni aku dapat dr Google search..


Soalan: Assalamualaikum WBTH.Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..


Jawapan dari JAKIM: Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".


Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM. Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.


Itu saja info yang aku nak share utk kali ni..mungkin ada yang sudah sedia maklum atau mngkin ada yang tak tau pasal apa yang dibincangkan ni so aku dengan murah hatinya, berkongsi la dengan korang2 suma..SHARING IS CARING YO! ◕‿◕







Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...