Love

AWAS! Entry Berangin..

www.tips-fb.com

AMARAN KERAS!
Entry di bawah mungkin mengandungi bahasa-bahasa
yang agak keras & menyakitkan hati..*aku peduli apa hang sakit hati ka tak,huh!*
Bimbingan orang dewasa diperlukan untuk kanak-kanak
yang belom baligh..TQ!

Haa~hamek kau awal-awal aku dah warning..hahaha! Meh aku nak mengumpat meh..aku ngumpat kat blog aku so tak pa la kan..Eh~ penah dak ampa berhadapan dengan manusia yang mulut macam longkang? Bukan orang yang mulut berbau tu..bukan..orang kalau mulut berbau pun hati baik, suci tak pa..ni dah la mulut berbau sepasai..perut buncit + busuk pulak tuh..hah! penah?? ada tak spesis camni penah menjelma dalam hidup ampa suma?? Aku baru menerima spesis jenis busuk & buncit ni dalam hidup aku kelmarin..awal-awal berapi dowh! Bila dengaq orang cerita, telinga,mulut rasa macam nak kuaq api..macam naga..tau? Boleh bayangkan??

Aku sangat tak paham bila situasi macam ni jadi dalam hidup aku..tak penah pulak aku ada kawan-kawan yang busuk perut & mulut longkang sedahsyat ni selama hampir 27 tahun aku hidup..kawan-kawan aku semua baik-baik..so aku assume suma manusia yang aku kenal macam manusia-manusia mulia yang aku kenal sebelum-sebelum ni..tapi tup tup menjelma makhluk sekoq ni..punya la sakit hati dengan aku sampai sanggup fitnah aku yang bukan-bukan..hanya sebab sakit hari @ cemburu @ iri hati @ jelous + perut busuk..tapi pada aku makhluk tuh hanyalah semut gatai ja..gigit sket rasa sakit then pas tu hilang la..tak terkesan langsung pada aku tp cumanya aku sentap gak la kot..aku kan manusia..

Aku respect dia as my senior dlm department aku..sebelum ni macam-macam aku dengaq pasai makhluk nih..memang dasar makhluk bermulut jahat & longkang, parit suma la tapi aku tak kisah sangat sebab dia tak wat taik dengan aku so lantak dia tapi boleh pulak dalam celah-celah tu dia dok fitnah aku itu ini..cakap aku ni anak emas la..huh~jelez la tu..sebenaqnya, makhluk nih sakit hati sebab dia dh keja 20thn tp aku baru keja 2thn ja tp gaji aku lagi banyak dari dia yang dh kertu & dh nk expired tuh..setiap kali bila ada increment, promotion & upgraded, bonus sibok ja nk tau aku dapat banyak mana..kepochi sungguh! sampaikan susah payah p HR department konon-konon nk godek-godek pasal aku nih..hello!aku keja susah payah okeh..nak p kencing, berak pon tak dan tau dak..aku mai keja, wat keja, siapkan keja aku then abis keja aku balik..aku ingat bila aku ngan dunia & keja aku, tak kacau orang, tak dak yang nak wat taik ngan aku rupanya tak ada gak langau yang tak senang dengan aku..donia~donia~

Senang ckp camni la..aku keja direct ngan Japanese..apa-apa aku direct deal ngan mamat J-Pop nih *bos Jepun aku ala-ala J-Pop star okeh* ..so dia tak tau kesusahan & kepayahan aku kerja aku..pastu sesedap rasa seenak maggi ja nak mengutuk aku bagai..makhluk nih wat keja asyik nak berkira..suruh lebih-lebih sket tak mau wat..keja dia, keja dia ja..pastu bila time assessment,kalut nk tau orang nih dapat berapa, orang tuh dapat berapa..pelik kan u olls? Fizikal & umur 40-an dh tp mentality macam budak darjah 4 kelas pemulihan..boleh??

Sebenarnya aku tak dak masa nak menaip panjang lebar nih..tapi disebabkan dok "makan dalam" sorang-sorang ja makanya aku nak gak meluahkan perasaan kat blog aku nih..malam tadi dah lepas dah seguni dua masalah kat En.Tunang..dengar ja mamat tu..kesian...uhuu~

Ok la..aku berharap benar Puan-Puan tersebut membaca blog aku supaya dia tau apa yang terpendam dalam hati aku ni ha tp rasanya blog tu apa kejadah pon depa tak tau kot..yang tau jaga tepi kain orang ja..wadefak!!! Konon diri sendiri sangat baik & perfect..anak-anak sendiri bagos gila padahal nothing..haktuihhh! Kalau pasal orang tergedik-gedik nak tau, kalau kekurangan sendiri dok sengap ja..adoi~sakit la mak cik-mak cik ni sebenaqnya..sakit tak boleh tengok org senang & lebih dari depa..hello~umur hang lebih dari aku kot..cukup ah..pls grow up la!


 
p/s: kesian kan kat aku..hanya mampu luah perasaan dalam blog..bukan apa, aku pikir aku akan berhadapan ngan dia hari-hari so aku malas nak layan orang busuk hati nih..nanti bila ada increment aku nak bgtau dia la aku dapat berapa..nak bg dia bengkek..aku kan anak emas..haruslah dapat lebih..KAU ADA??


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

9 Perkara U Olls Tak Patut Buat Sebagai Pengantin by Jumie Samsudin

www.tips-fb.com

Eh~korang penah skodeng blog si Jumie yang meletops tu tak??hee~suka sangat baca entry-entry dia..sangat jujur okeh..lawak pun ada..kalau baca ayat-ayat dia memang bleh gelak guling-guling..oqhang utaqa sama kot..so tak dak tapih-tapih punya..wawawa~dalam banyak-banyak entry kat blog dia kan saya terbekenan dengan below entry..jom baca..khas untuk bakal pengantin sekalian alam.. :)
9 Perkara U Olls Tak Patut Buat Sebagai Pengantin
By: Jumie Samsudin
Helo helo helo u olls semua. Lama akak tidak membuat ulasan pasai wedding wedding ni u olls. Yes, dulu akak ada buat banyak ulasan pasai kenduri kenduri ini sebagai panduan dan jugak ilmu kepada kita semua. Bak kata pepatah, biarlah kita ni GILA tapi jangan BODO. Kerana orang yang bodo ini adalah lebih hina dari orang yang buta ok.

Ilmu kenduri kendara ini, actually bukan saja kita boleh dapat dari pembacaan kat majalah-majalah pengantin tetapi pengalaman yang paling banyak kita boleh dapat adalah daripada PENGALAMAN. Oleh itu, kalau lah adik beradik dan saudara mara kita mengahwin itu, cuba-cuba lah tawar diri untuk tolong dan amik tau apa-apa saja kerja yang dapat di buat atau ditolong. Kerana bila u olls dah experience sendiri, so bila mai event u olls sendiri, maka u olls akan taulah apa nak dibuat???? okay!! Ada paham!!

Kenduri kendara ini bukan untuk kita mai makan nasik, pastu mai tengok pelamin, bilik tidok pengantin, pastu kutuk kut belakang and chowww!! Tak baik kak nonnnn...kita kena ingat, kalau hari ini kita kutuk orang, awat esok esok orang tak buleh kutuk hang balik.

Kebelakangan ini, akak tengok di persekitaran akak ini. Rata-ratanya pengantin yang berlumba nak kawen, dorang fokus TERLAMPAU LEBIH BANYAK kat kenduri kawen yang berlangsung hanya lebih kurang 5 jam itu. Sedangkan, hakikat they olls lupa, apabila kita berkawen yang paling penting adalah persediaan kepada kehidupan yang akan menjelang selepas itu. Betui tak u olls??

Hang kalau kecoh pun nak buat pelamin sebesar-besar pentas dewan, melawan pelamin Umie Aida yang malaps itu, tapi esok lusa, hang turun pelamin, hang buang mekap, hang buang baju pengantin...YOU ARE THE SAME OLD YOU YANG SELEKEH DAN TAKDAK SAPA PANDANG PUN KECUALI LAKI HANG!!

Sorry u olls. Banyak pulak bebelan akak. Okay, hari ini, i olls nak bagi tau tentang 9 PERKARA U OLLS TAK PATUT BUAT SEBAGAI PENGANTIN!!!

  1. KEDEKUT GILA BABI
    Its ok untuk jadi berjimat, but not kedekut ok u olls. Perbezaan orang yang kedekut dengan orang berjimat ialah orang yang berjimat dia mempunyai ilmu setelah membuat research dan menilai harga-harga perkhidmatan yang berada di pasaran dan hanya memilih dengan harga yang paling berpatutan. Manakala orang kedekut ini BODOH dan tidak membuat research. Dia nak untung kat dia ja. Bila deal dengan wedding planner, mintak benda tak ketahuan tanpa menghargai bakat dan usaha wedding planner itu sendiri. Mak sedih orang macam ni ok. So u olls semua. Jadilah orang yang berjimat bukan kedekut.
  2. Menggunakan rakan baek sebagai jurukamera
    Its ok kalau kalau kawan baik u olls itu mempunyai kelengkapan dan berbakat dalam bidang fotografi. Dan lagi bagus kalau kawan baik u olls memang well-known photographer!! Tapi kalau u olls amik kawan baek u olls itu untuk menjadi camera man hari berbahagia u olls semata-mata sebab dia baru beli DSLR dua tiga hari, JANGAN BUAT PASAI.

    Profesional photographer walaupun kena bayar lebih sikit, tapi gambarnya vasss ok. Sebab dia tau nak ajar u olls camnah nak posing atau pun u olls tak payah pose pun, dia pandai capture scence scene candid gitu!! Santek ok....

    Janganla membunuh diri dengan mengambil adik adik atau sepupu atau kawan baik u olls yang baru nak berjinak dengan DSLR sebagai photographer rasmi!! Mak pernah tengok okkkkkkkkkkk dalam fesbuk.....Akak tergelak sampai 3 hari 4 malam dengan Cakcing. Sorry u olls. Tapi buat apa akak nak tipu, posing tak apa-apa, suruh buat bentuk love dengan jari tapi nampak macam bentuk muruku tiga segi. Pastu pi amik gambar kat taman permainan mana tak tau, dengan sampah sarap penuh atas rumput-rumput itu. Mak sedehhh ok.................sedehhh sangat....mengapa they olls sanggup buat macam itu.
  3. Suruh mak u olls jahit baju kawen u olls
    Kalau mak u olls adalah Vera Wang takpa. I olls maafkan. Tapi kalau bagi mak u olls jahit baju pengantin u olls sendiri, mesti dia akan ukur besar daripada ukuran badan sebab tak mau bagi u olls nampak seksi padahal apa yang berlaku adalah sangat VIKTIMMMMMMMMM!!!

  4. Buat pelamin sendiri
    Ini lagi satu benda yang u olls tak patut buat. I olls rasa, Bangsan (Hassan Abu Bakar) kalau nak kawen pun, dia takkan buat pelaminnya sendiri kot. Dia hire wedding planner lain kan?? Kan Bangsan? Bila Bangsan nak naik pelamin ni. Asyik buat pelamin kat orang jah. :)



    Kepada u olls yang nak kedekut gila babi, sampai buat pelamin sendiri menggunakan papan tepi rumah, pakai kain langsir gantung ikut suka hati. Pastu pinjam sofa jiran yang cantek-cantek sikit. HEYyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....KALAU DAH KEDEKUT SANGAT NAK BAYAR WE OLLS BUAT PELAMIN......BAIK TAK PAYAH SANDING OK!! DAH NAK TUNJUK WARAK SANGAT....TAK MAU MEMBAZIR SEBAB MEMBAZIR ITU SAHABAT SHAITAN KANNN!!! HABIS TU HANG INGAT KALAU BERSANDING TU TAK BERDONSAAAA?????? Itu kan adat orang India!!!
  5. SHARE WEDDING DENGAN ADIK ATAU KEMBAK
    Orang selalu suruh akak share kenduri dengan Cakcing, dan akak akan kata NO. Mengapa? Kerana, kalau ada dua pengantin pastinya orang akan compare-compare pengantin mana lebih lawa. Oleh itu, akak tidak mahu Cakcing rasa sedih. Kesian kat Cakcing. ...........................Nanti semua orang akan tumpu perhatian kat akak ja. :)

  6. Suruh kawan baik u olls untuk make up
    Actually tidak salah kalau nak suruh kawan baik u olls make up kan. Tetapi kalau boleh elakkan. Kalau u olls rasa u olls jenis tak kisah dan memang nak look simple, its ok. U can minta tolong kawan-kawan u olls untuk make up kan. Dan kepada kawan-kawan yang dimintak tolong untuk make up di hari berbahagia ini, ini tips akak "BUKAK YOUTUBE AND SEARCH MAKE UP TUTORIAL!!!" Itulah jalan selamat yang akak boleh bantu.

    Dan kalau kwan u olls tu nak complain-complain, suruh dia tengok muka dia kat cermin pastu kata "Bukan mekap aku yang tak cantek, tapi tengok betui betui...memang hang pun tak cantek jugak!"
  7. BUAT LOVE BITE PADA HARI PERSANDINGAN
    Inilah akak nak bagi warning besar kepada para para pengantin yang tak sabak sabakkkkkkkkkk sangat nak buat project setelah mendapat lesen daripada Jabatan Agama Islam. Okay, memang dah sah-sah halal setelah u olls selamat nikah. Tapi kalau nak buat love bite tu, agak-agak la!!!! Kalau ye pun bini u olls itu bertudung, habihhhhhh tu mak bapak semua, sedara mara semua tak tengok ke love bite u olls yang sebenar kueh maruku ituuuuuuuuu! Lagipun ada dua hari lagi untuk sanding. Sabar lah u olls!! Kalau ya pun nak buat, jangan la buat kat tengkokk!! Buatlah kat betis ka, ketiak ka....akak pun tak malu-malu kan? Nanti sapa malu!! U olls jugak.

  8. Bunga pahar buat hiasan rumah
    Bunga pahar adalah bunga telor yang kita buat cantek-cantek letak kat pelamin tu. Kita cucuk cucuk kat pasu kecik tu. Tapi u olls.....bunga pahar itu bukan perhiasan ok!!! Bunga pahar adalah hadiah yang kita patut hadiahkan kepada para tetamu yang mendatang!!! Akak pernah tengok, ada orang yang buat bunga pahar cantek-cantek, dengan kristel bagai, tapi tak bagi kat tetamu. Walau secucuk pun. Alasan "Bunga ni kami buat untuk jadi perhiasan kat rumah lepas kenduri nanti!! Boleh camtu???


  9. CAKAP BESAR BEFORE WEDDING
    Bercakap besar sebelum wedding adalah seperti menempah pasiak kubok ditabur ke muka mu!! Ini adalah kerana, u olls belum apa-apa lagi dah sembang deraih nak kenduri kat Tanjung Marina Bay la, cincin dari Carat Club la, baju amik kat Jovian la, last last sekali hang sewa kat Jalinan Kasih ja....baek tak yah u olls. Cerita bagai nak rak, nanti dah sampai hari wedding orang tengok like biasa-biasa ja...so tunggu la kawan-kawan u olls membaling pasiak kubuk ke muka u olls ok!! AIBBBBBBBBBBB.........

Sekian sahaja penulisan keleesss akak untuk hari ini. Stay tuned untuk mendapat lebih banyak info. Ingatlah u olls, perkahwinan adalah satu ikatan dan komitmen yang perlu u olls hadapi seumur hidup u olls bukan 5 jam populariti di atas pelamin sewa itu!!!




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Love is in the air.. :)

www.tips-fb.com

's...


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday ~ Frenz!

www.tips-fb.com





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Syah & Mie W-Day

www.tips-fb.com

First of all saya nak ucap tahniah beribu-ribu lemon
dulu kat Syah & Mie..
Selamat Pengantin Baru you alls!
Mie ni bff En.Tunang, so adalah wajib
utk kami attend his wedding la kan..hee~
Wedding nih adalah side Nafisah @ Syah..
Wedding side mie insyaALLAH on 27th May 2012 nanti..
So jom layan gambar ja lah.. ◠‿◠

Pengantin debor tuh..dlm keta En.Tunang..

Syah yang sgt cantik!
I love her outfit..Black & Silver..

 Akad nikah & kenduri side perempuan dibuat
pada hari yang sama..ni kat masjid lepas majlis akad nikah..


Sah as suami isteri..jelous ah~
Syg, jom kawen :p ..huu~ 



Pengantin Baru! 

Gambar wajib kami ber4..  

He carried my yellow hand bag..
so cool huh?? :p 

Menanti si pengantin yang asyik bergambar..
Time ni En.Tunang dh start mengantok..
aik?? lesung batu kat belakang??uhuu~

Jejaka idaman Malaya tp suma dh available okeh.. 

Bersama anak-anak buah si Pengantin..

Itu sajee..
Semoga kalian berdua berbahagia hingga ke syurga..
Semoga cepat dapat baby yg comels..
Kenduri kitorang nanti wajib ada okeh!
Sekian terima kasih! ◠‿◠


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Solat Sunat Selepas Majlis Akad Nikah

www.tips-fb.com

JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai? Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?

JAWAPAN:

Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.

Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah).


Boleh ke kalau nanti saya pun mau begini?


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Product Review : My Daily Skin Care

www.tips-fb.com

Ada yang tanya, saya guna produk skin care apa? kulit muka saya tak ada jerawat pun..nampak gebu ja..gebu ke??uhuu~ So, arini saya nak review sikit produk skin care apa yang saya guna untuk daily usage..produk penjagaan kulit saya biasa-biasa ja..tak mampu nak pakai yang mahal-mahal.. ◠‿◠

Sumber: Google

1st sekali, saya akan cuci muka dengan pencuci muka Clean & Clear Clear Fairness Cleanser..sebijik macam gambar kat atas la..yes! bajet remaja muda belia nok..wawawa~actually, dr zaman skolah menengah lagi saya pakai Clean & Clear ni tau sampai la dh kertu nih..heehhehe~dah serasi sangat dengan this facial foam..penah tukar ke brand lain tp kulit muka rasa sangat kering then ada la mini-mini jerawat timbul..walaupun mini saya tetap tak suka..huu~

After that, lepas mandi pagi-pagi saya mesti sapu Olay Total Effects ke muka..pasal this product saya dah penah review sebelum ni..so click {LINK} untuk baca okeh..

Then, sebelum breakfast saya akan amik Collagen. Korang mesti penah dengar kan pasal Catalyst Collagen?? Kalau tak tau & nak tau korang bleh terjah website Catalyst ye..Collagen ni sangat bagus untuk kulit..Antaranya :
  • Mencerahkan Kulit dan Mencantikkan Kulit Wajah
  • Mengurangkan Pigmentasi/ Bekas2 Hitam / Jeragat di Muka
  •  Meningkatkan Kadar Kelembapan dalam Kulit
  • Mengurangkan Garis-garis Halus dan Tanda2 Penuaan
  • Melicinkan dan Menggebukan Kulit
  • Membuat Kulit / Tona Wajah Sekata
  • Mengembalikan Bentuk Badan & Struktur Tubuh
  • Menghilang/mengurangkan garisan kedut halus terutama di bawah mata
  • Mencerahkan kulit dari dalam dan menghilangkan pigmentasi
  • Menghilangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat dari wajah
  • Mencantikkan badan dan menghilangkan geleber kulit

Tiap-tiap pagi saya akan makan collagen ni dulu sebelum breakfast..collagen ni dalam bentuk serbuk..rasanya sangat sedap tau..rasa oren cmtu..masam-masam manis..saya letakkan atas lidah, hisap & minum air suam..sehari 1 sachet ja..harga untuk sekotak Catalyst Collagen ni RM59.90..sekotak ada 15 sachet that's mean sebulan saya perlukan 2 kotak untuk dos harian kulit saya..
    Catalyst Collagen
    RM59.90
    Selalunya beli dari K.Hanita Jaafar yang semakin
    cantik & vogue lepas
    menggunakan produk Cataslyst..

Lepas breakfast, saya akan amik Catalyst Virgin Coconut Oil (VCO) & Shaklee Vitamin E..Untuk produk Catalyst semua sumbernya saya dapat dari K.Hanita Jaafar..dulu saya just beli & guna then lepas dah berpuas hati dengan kesannya saya terus jadi agen..wee~

Okeh, saya elaborate pasal VCO dulu eh..VCO yang saya amalkan ni jenis softgel..sehari saya just telan 2 capsules ja..Kebaikan VCO adalah seperti berikut :

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Selain dalam bentuk capsule, VCO ni ada gak dalam bentuk liquid..fungsinya adalah sama just jenis saja yang berbeza..yang liquid saya gunakan untuk sapukan ke kulit muka..bleh gak sapukan ke seluruh badan..memang kulit akan rasa lembut sangat lepas sapu VCO jenis liquid ni tau..bagi yang tak boleh telan jenis capsule, VCO liquid ni boleh di ambil 2 sudu setiap hari..

 Catalyst Vco Softgel & Liquid
RM39.90..
harga untuk 2-2 jenis adalah sama..
Sebotol ada 60 biji utk capsule,
Consume utk sebulan..

Shaklee Vita-E Complex
RM149 per bottle..

Untuk produk kat atas ni memang agak mahal tp bleh tahan selama 4 bulan..sebotol ada 120 capsule..sehari just amik sebiji sahaja ok..untuk this product saya beli dari Sis CPM Nurhaliza..mommy beranak 3 tp sangat cantik macam budak lpas SPM..uhuu~sangat kagum dengan kecantikan dia okeh..kepada sesapa yang ada masalah kulit bleh visit her blog ye..dia ada jual produk-produk skin care dari jenama Shaklee..siap consultkan you lagi if skin you bermasalah..Saya dah makan vit.E ni around 3 month dah & sangat berpuas hati..kulit lebih cantik & moist..betul..tak tipu..alaa~RM149/120 biji = RM1.24 sehari..nak cantik kan..anggap la ia sebagai 1 pelaburan..hee~

Wajah saya sebelum menggunakan kombinasi
kesemua produk di atas. Parut jerawat bersepah
walaupun hanya mini-mini sajee..saya nih jenis
yang tak bleh tengok jerawat, asyik nak picit..
kekadang sampai berdarah-darah padahal
jerawatnya secoet ja pun..

Latest me..
Selepas penggunaan kombinasi kesemua produk..
kulit lebih fair & parut jerawat pun seolah-olah terhapus
walaupun sebenarnya ada lagi tp so so ja la kan..
Gambar ni tak edit okeh you olls.. =)

Sharing is Caring kan,darls?? ✿◠‿◠
Sekian~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

My Little Cupid

www.tips-fb.com

Tak sabar nak balik rumah bila ada
2 orang budak tomey nih..
sgt chomelss..
rindu mereka..
yay! esok cuti..boleh main2 ngan mereka..

 Qaisy Denish Arien

Qayra Damia Maysa

My little cupid..
Both of them adalah anak buah kesayangan & kecintaan saya..
Nyawa saya..
Sayang sangat-sangat..
chup~chup~ *Big Hug*

12min left..
mau pulang cepat-cepat..daa!


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Sebulan sudah..

www.tips-fb.com


Ohhoo~sangat tak percaya dah genap
sebulan sudah saya menjadi tunangan orang..
sangat berdarah manis..hee~
pejam celik..pejam celik dah sebulan..
pejam celik..pejam celik lagi berapa hari
ja yang ada untuk selesaikan segala urusan
sebelum saya menjadi pelengkap rusuk kiri
bakal suami a.k.a En Tunang..
ohh~sangat tak percaya..

Sekarang asyik masuk tido lambat..
buat segala keja mesti 2 in 1 atau lebih..
kalau la saya mempunyai banyak tangan
seperti sotong..wawawa~
baru sekarang saya tau betapa sibuknya
hidup seorang B2B..

Harapan saya cuma segala apa yang
saya impikan selama ni akan
berjalan lancar dan mendapat
redha dr ALLAH ..
Dan semoga segala urusan saya & En.Tunang
akan dipermudahkan..

I'm belong to someone.. =)
Proud to be yours', Subrisyg..


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday ~ WHAT??!! Oh my!! *pengsan*

www.tips-fb.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Pre Honeymoon!

www.tips-fb.com

Malasnya nak update blog..
bz..banyak keja..uhuu~
tak apa la..
rajin kan jugak jari ni utk menaip..

Arini saya nak cerita sket pasal
gift for my company utk saya..
ok, camni..last month saya
dapat free voucher for 2 day 1 night
hotel stay kat Paradise Sandy Bay, Penang..
woohoo! syok woo!
Gift ni actually utk management staff
which is officer & above..kiranya yearly gift
utk kitorang la kan..
ada 3 option tau utk gift ni..
ada hotel stay vocher, tesco voucher worth RM140 &
also Casio watches for male & female..
boleh pilih salah 1 sajee..

Last year saya chose tesco voucher
tp dah dekat-dekat hari besar saya ni
saya tukar plak this year utk amik
hotel stay..
validity period dia 1 year okeh..so,
bila-bila pun boleh pegi *tp lepas nikah okeh..b4 that cannot!*

So bila dapat ja this voucher laju-laju
msg En.Tunang bgtau nak simpan this gift
utk pre honeymoon kitorg..wakakaa~
ada pulak pre honeymoon..kuang~kuang~
ye la..kat Penang ja kot..
dari umah saya ke sana juz around 45 ~ 1 hour ja..
makanya, ia cuma pre honeymoon okeh..
Btw, tq so much to S&O Management Club for
the gift..
tak sabar nak dapat free voucher lagi next
year..hee~

Paradise Sandy Bay, Penang..
Room Type : Studio Suite on twin sharing basis with breakfast for 2 persons
Validity : 1 year around. 


Dekat sket meh..hee~

ini la room nya..
auw~so romantic..seaview lagi..
i loike!!
want to know more & online booking
let's check the web, http://paradisehotel.com/

Err~takda gambar company..
letak backdrop design Annual Dinner last year bleh??
hehehe~Thank you S&O Management Club!! =)

"Plasma cluster hanya dari SHARP.." teng~teng~teng~
nyanyi sambil menari-nari macam dalam iklan..hee~
yes~ saya keja ngan SHARP..
keja ngan Jepun..tak best~sebab suma nak
cepat & punctual..wawawa~
but i love my job.. =)

Itu sajee~
terima kasih & daa~




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...