Lately, aku obses sangat tentang ilmu penyusuan ibu..betol-betol tak sabar & excited nak fully bf since my BFF berjaya exclusively bf his boys until 2 years old..si mummy tu kecik ja tp tu la kan b'gantung pada kesungguhan & kemahuan kita..nak seribu daya, tak mahu seribu dalih..Aku sedikit risau kalau-kalau awal-awal kelahiran nanti susu aku nanti tak dapat nak memenuhi permintaan perut my little cupid..semoga Allah mempermudahkan niat aku untuk menyusukan zuriatku sepenuhnya & semoga rezeki bb "U" sentiasa ada & melimpah ruah nanti..AMIN~ibu mahukan yang terbaik untuk kamu, syg.. :')
Hari-hari aku akan kumpul sebanyak mungkin ttg bf ni..blogwalking sana sini & i've got sooo many informative lesson regarding bf..banyak sebenarnya yang aku kena belajar pasal bf ni & harini aku nak share sikit ilmu yang aku dapat untuk harini..
Sakit Puting/Nipple Bila Baby Menyusu
Aku copy paste entry ni dari Blog Erna ..
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Memandangkan gambar dari OP majlis aqiqah iman haritu tak dapat lagi..jadi erna tangguhkan dulu membayar hutang entry itu. Hutang entry erna mula kerja dan majlis reunion sekolah rendah, erna akan sekalikan semuanya dalam 1 entry yang bertajuk..'Bayar Hutang Entry'. Tunggu gambar dari OP ye..baru meriah entry tu nanti dengan gambar-gambar dari OP =) Kali ni rasa terpanggil nak buat entry yang jauh lebih penting dari hutang entry erna. Entry apa yang erna maksudkan ni? Entry berkaitan breastfeeding a.k.a susu ibu.. =)
Baru-baru ni 2orang kawan sekolah menengah erna selamat melahirkan baby. Sue dapat baby gurl nama Qaseh. Asz pulak..kawan blogger dan kawan sekolah menengah erna, dapat baby boy nama Ammar. Syukur kawan-kawan erna ni semangat waja nak menyusukan anak dorang secara ekslusif. Dapat rasa semangat yang sama masa erna baru melahirkan iman. Apa yang membuatkan erna terharu serta semakin bersemangat nak berkongsi tentang breastfeeding journey erna ni, kawan-kawan erna memang selalu sms erna mintak pendapat dan kami sama-sama akan berkongsi perihal breastfeeding. Seronok sangat dan erna rasa sangat bahagia dapat berkongsi ilmu yang erna ada melalui pengalaman sendiri dan juga ilmu yang dicari dari bahan bacaan, hadiri bengkel-bengkel penyusuan dan banyak lagi sumber. Erna sendiri ada idola penyusuan erna. Puan Aznor, pensyarah erna di UniMAP.
Soalan yang sering erna terima dari kawan-kawan yang baru melahirkan baby dan kawan-kawan yang baru nak memulakan perjalanan penyusuan susu ibu adalah...
1- Cukup ke susu aku/saya ni erna?
2- Baby macam tak kenyang je..dah minum susu pun nangis-nangis lagi.
3- Besar sangat ke puting (nipple) aku/saya ni, sebab baby hisap hujung puting je..sakit pulak tu!
4- Baby beyak macam cirit la..cair dan kekuningan najis baby. Baby kerap beyak pulak tu. Sakit perut ke anak aku/saya ni?
5- Pam susu dapat sikit sangat. Cukup ke untuk baby bila dah kerja nanti?
Ibu dan Anak sama-sama baru belajar. Ibu baru belajar menyusukan. Anak pula baru belajar menyusu. Saling memerlukan antara Ibu dan Anak.
Itu adalah antara soalan yang paling femes la erna terima dari kawan-kawan erna. Act ada banyak lagi soalan yang seakan-akan sama dengan soalan femes diatas ni.
Perkara pertama yang erna akan katakan pada kawan-kawan erna dan kepada semua yang berhasrat nak menyusukan baby nanti, apa yang kita dah pelajari secara teori bukanlah 100% sama dengan apa yang bakal kita lalui. Pernah erna dan peserta lain dalam bengkel penyusuan ibu bekerjaya, di soal oleh Doktor pakar laktasi berkaitan adakah apa yang kami semua bayangkan mengenai perjalanan penyusuan sama dengan apa yang telah kami lalui selepas baby kami dilahirkan...laju je erna angkat tangan dan berkongsi apa yang erna lalui dan rasai mengenai persepsi sebelum iman lahir dan selepas iman lahir. Perkongsian mengenai pengalaman perjalanan penyusuan diawal kelahiran iman..
Sebelum iman lahir, erna selalu membayangkan..selepas iman keluar je dari perut erna,iman sendiri akan pandai mencari-cari puting/nipple ummi untuk hisap dan minum susu. Alaaa macam kita tengok dalam video mat salleh tu. Tak mustahil tapi iman bukanlah macam tu.
Apa yang erna lalui adalah sebaliknya..iman dan ummi sama-sama baru belajar! kami saling memerlukan.
Samalah macam kawan-kawan semua yang baru nak menyusukan anak. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi, anak yang baru dilahirkan itu akan pandai dengan sendirinya. Memang..memang telah ALLAH ciptakan kita dengan lumrah kehidupan baby yang baru lahir akan hisap nipple ibu nya untuk minum susu. Tapi, teknik yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui ibu dan anak akan menjayakan penyusuan secara ekslusif sejak dari awal kelahiran.
Kesimpulan yang mudah boleh kita buat bersama...Ibu dan Anak sama-sama baru belajar. Ibu baru belajar menyusukan. Anak pula baru belajar menyusu. Bersabarlah..bila anak dah pro hisap, ibu pulak akan rasa sangat seronok. trust me!
Cukup ke Susu???
Perihal susu cukup atau tidak pula..boleh dijawab dengan merujuk gambar dibawah ini. Tengok betul-betul ye..
Mengikut apa yang Doktor pakar laktasi sampaikan dalam kelas penyusuan yang erna pernah hadiri, perut baby yang baru lahir hanyar sebesar sebiji guli. Kawan-kawan ambil sebiji guli dan tengok betul-betul..kecik ke besar? kecikkan? itulah size perut baby yang baru lahir. So, tidak hairanlah pada hari pertama dan minggu awal kelahiran baby, susu yang mengalir keluar dari payudara kita tak banyak. Sikit je..sebab memang itu adalah mengikut keperluan baby kita. Erna, masa awal kelahiran iman dulu..pernah erna pam 30minit. Hasil yang erna dapat kurang dari setengah auns/oz. Sikit kan? Tak sampai 1oz pun tau! Jujur, erna memang ada terdetik di hati.. "sikit nye susu aku.." Bila tunjuk pada suami dan suami cakap.. "sikit sangat susu yang ummi dapat. Cukup ke susu sikit tu untuk iman..??" laju je mulut erna jawab.. "size perut iman sebesar sebiji guli. Bermakna, hasil susu perahan yang ummi dapat ni, lebih dari mencukui untuk iman.." Berulang kali ucap syukur dalam hati dan mendoakan susu sentiasa cukup untuk iman. Mind set pun sentiasa positif. Tak nak cakap susu tak cukup. Walaupun tadi dah terlintas di hati. hehehe..
Menyusukan Anak Atas Permintaan Bukan Mengikut Jam
Biasanya orang yang datang melawat kita dan baby kita yang baru lahir akan mengutarakan soalan femes yang kadang-kala buat kita kurang selesa dan dari soalan itu juga secara tak sedar kita dah salah mengaplikasikan konsep penyusuan. Soalan seperti.."Berapa jam sekali bagi minum? Baby lelaki memang kuat menyusu..bla..bla..bla.." Pesanan erna, jangan sesekali menyusukan baby ikut jam. Lagi satu, susukan baby sebelum baby menangis. Kalau sampai tahap baby dah menangis, itu tandanya baby dan marah. Kalau boleh, susukan baby bila baby mula tunjuk tanda-tanda nak menyusu seperti mulut terbuka, jelir lidah dan hisap jari atau tangan.
Baby akan menyusu sekerap yang dia mahukan. Maknanya tiada masa yang tetap untuk baby menyusu. Baby akan menyusu sekejap, berhenti. Menyusu lagi dan berhenti. Itulah rutin baby yang baru lahir. Bukan sebab tak cukup susu tau! Tapi baby baru lahir memang macam tu. Bukan menyusu dengan banyak dalam masa yang sama. Biasanya baby akan berulang-ulang kali menyusu. 8-12kali dalam tempoh 24jam.
Iman pun macam tu juga. Nasib baik ada yang membantu. Kalau erna tak larat pun, ibu akan bagi iman kat erna untuk susukan iman. Tak pulak erna stress sebab ibu ak pernah sebut iman tak cukup susu. Iman minum sikit je. Lepas tu iman dah tidur. Geram ummi. Rasa nak gigit-gigit je iman tau! Da la comel masa kecik. Macam burung je kecik iman masa baru lahir..sekarang ni, ummi tengok dah macam ayam. hehehe

Mengalami sakit pada puting/nipple adalah berpunca daripada lekapan mulut baby yang tidak betul. Sama seperti yang erna ada nyatakan di atas, ibu dan anak sama-sama baru belajar.. Jika menyusukan baby, sentuh bibir atas baby pada puting/nipple dan bila baby mula buka mulut..kita cepat-cepat tarik baby ke arah payudara kita. Supaya lekapan mulut baby pada puting/nipple kita akan betul. Taklah rasa sakit nanti. Jangan biarkan baby hisap pada bahagian puting/nipple sahaja. Biar baby buka mulut luas-luas dan bagi baby hisap puting/nipple serta areola (kawan gelap di sekeliling puting/nipple).
Teringat masa kali pertama menyusukan iman dalam kereta. Masa tu perjalanan pulang dari hospital ke rumah perlis. Erna minta suami bawa kereta dilorong kiri sebab nak suami drive slow. Suami drive slow sangat-sangat sebab erna tengah menyusukan iman. Itu pun banyak kali marahkan suami sebab iman akan nangis sebab banyak kali terlepas puting/nipple dari mulut comel dia tu. Lawak pulak kalau ingat peristiwa tu. Suami pulak jadi mangsa. Sedangkan pada masa tu, ummi belum pro nak susukan iman. Iman pun belum pro nak latch dengan baik.Kesian babah. Babah pulak jadi mangsa ummi dan iman. Sebab tu kami sayang babah sangat.
Pernah juga, tengah syok-syok iman menyusu, tiba-tiba erna menjerit. Terkejut yang lain. Puncanya..erna terleka biar iman hisap nenen. Tup-tup terlepas dari lekapan dan gusi iman tu seakan-akan mengigit puting/nipple erna. Nak melelh air mata masa tu. Sakit bukan main. Sakit sangat..Kenangan indah..Itu dulu..sekarang iman dah pro. Ummi selak baju & bra, iman dah mula bukak mulut =)
Seab tu kalau kawan-kawan yang menyusukan baby mengadu rasa sakit pada puting/nipple masa menyusukan baby..erna akan explain tentang lekapan mulut baby yang betul. Bukan baby tak pandai hisap tau..bukan sebab puting/nipple kita over besar..sebabnya baby masih belum teror nak buat lekapan yang betul. Hari-hari praktikkan..lama-lama akan teror.
Baby Kerap Beyak la..Najis Cair Pulak tu. Ok ke ni?
Awal-awal dulu, pernah jugak ibu cakap iman macam cirit. Erna pun terkejut jugak bila ibu cakap macam tu. Memang hari pertama hingga hari ke-3, najis iman warna gelap. Lepas pada tu, jadi warna kekuningan. Erna tak tengok sangat najis iman masa awal-awal pantang. Ibu yang tolong tukar diapers iman. Bila ibu cakap iman cirit, mulalah susah hati. Tapi bila teringat tentang info najis baby yang minum susu ibu sepenuhnya akan bewarna kekuningan dan berbiji-biji..terus erna terangkan pada ibu najis macam mana yang sihat untuk baby. Faktor lain yang menyebabkan ibu cakap iman sakit perut dan cirit..iman kerap beyak. Banyak kali ibu tukar diapers iman.
Soalan baby kerap beyak dan najis cair kekuningan dan berbiji juga adalah antara solan femes. So, kawan-kawan semua..meh nak bagitahu kalau yang belum tahu..keadaan najis begitu adalah normal dan kekerapan baby beyak bukanlah tanda sakit perut. Baby yang minum susu ibu memang akan kerap beyak. Sebabnya, susu ibu bertekstur halus. Mudah hadam. Itu adalah penerangan mudah erna sampaikan kepada ibu. Kalau kita nak tahu baby cukup minum atau tak, boleh juga kit akenal pasti dari segi kekerapan baby beyak dan basah ke tak diapers baby. Kalau dah kerap sangat beyak..mana mungkin baby tak cukup makan minum. Kan? Jangan risau ye..
Pam Susu Dapat Sikit Sangat T______T
P/S: InsyaALLAH, kalau aku rajin aku akan share pasal persediaan aku untuk bf journey for my little cupid nanti.. =)

Ini contoh najis baby yang minum susu ibu sepenuhnya. Warna ala-ala mustard cantik. (mentang-mentang support susu ibu, najis pun nampak cantik. hehehe)Berbau masam manis. Biasanya akan berbiji-biji juga.
Ini pula contoh najis baby yang minum susu formula. Warna pucat dan coklat kekuningan ala-ala peanut butter. Najis lebih terbentuk dan tidak lembek seperti najis susu ibu. Ini kerana susu formula tak dapat di cerna sepenuhnya. Bau memang kuat! huhuhu
Sekarang ni setiap ibu yang bekerja ada lebih kurang 2-3bulan tempoh bercuti selepas bersalin. Kan? Soal tak cukup susu bila mula kerja..boleh kita elak dengan usaha gigih. Usaha kumpul susu sejak dari dalam pantang lagi. Kurma adalah antara makanan terbaik untuk ibu yang menyusukan baby. Ini juga antara milk booster terbaik erna. Kalau dulu erna pam dapat banyak..sekarang ni, terasa kurang hasil perahan. Erna tak pernah set dalam minda susu tak cukup. Berulang kali cakap, cukup..cukup..cukup..Kalau 1x pam dapat 1oz. 4x pam dah dapat 4oz.
Pam susu selepas baby menyusu. Sebab baby dah merangsang pengeluaran susu dan insyaAllah penghasilan susu akan tetap ada. Kalau boleh,pam awal pagi. Dulu, erna sanggup bangun kul3pagi semata-mata nak pam susu. Sebab kalau erna pam susu kul3pagi..hasil sangat best! Sekarang, erna selalu tidur lewat dan akan pam susu sebelum tidur. Awal pagi sebelum pergi kerja, erna akan susukan iman dan pam susu. Bekalan freash untuk iman..Kalau ibu yang cuti bersalin mula kerja, baby tak minum banyak sangat. Jadi, ibu jangan risau..Tenangkan fikiran dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah..
Melihat anak yang dikandungkan tertidur kekenyangan adalah moment terindah dalam hidup. Menyusukan anak yang dikandungkan dengan air susu yang mengalir dari tubuh sendiri, membuatkan diri rasa puas. Ibarat mengalirkan kasih sayang yang tidak pernah terhenti kepada permata hati. Bukan merendah-rendahkan ibu yang tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Kerana, semua ibu mahu berikan yang terbaik kepada anak mereka. Bukan haram susu formula di suap ke mulut anak. Bukan salah menyalurkan susu formula kepada anak. Tetapi, bagi diri sendiri..sehabis daya dan sehabis mampu, akan berusaha dan memperjuangkan susu ibu.
Jika dulu sekadar memasang impian dan bersungguh-sungguh nak menyusukan anak yang di kandungkan..kini, bila anak itu telah lahir...Muhammad Iman Zikir, impian dan sungguh-sungguh ummi bertukar kepada kepuasan dan suatu kemestian yang diperjuangkan. Ini juga adalah rezeki dari Nya. Harini ALLAH izinkan susu erna cukup untuk kenyangkan perut iman, esok lusa..erna belum pasti. Justeru itu, setiap saat..sentiasa berniat serta berdoa, mohon agar ALLAH izinkan dan permudahkan jalan penyusuan untuk permata hatiku ini....
Rezeki ALLAH datang dalam pelbagai cara..
Penyusuan susu ibu ini juga adalah fitrah..
Ummi Sayang Iman!
Nanti Datang Baca Lagi. ❤