Love

Wordless Wednesday ~ Cutest Angel :Þ

www.tips-fb.com



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Teristimewa Buat Roomate Tersayang, Maziyana..

www.tips-fb.com




Entry kali ni aku nak dedicated special buat ro0mate kesayangan aku..ro0mate?sapa?actually ex-ro0mate..she’s not my ro0mate anymore..huu~sdih ..meh nak crita sket pasal ex-ro0mate aku ni..Maziyana Abd. Aziz nama dia..member-member suma panggil dia Yana..Yana ni ex-ro0mate time aku study kat UUM dulu..number bilik kami yang mula-mula sekali aku ingat lagi..224 @ Blok D, Kolej Kediaman Bukit Kachi 1..bez gila stay bilik + kolej tu..dicampur plak ngan member-member lain,lagi havoc la kami..aku sebilik ngan dia dari 1st semester lagi..aku masuk time tu tahun 2005..dia baik sangat tau..sabar ja ngan perangai suka meroyan aku ni..wawawa~yala,aku ni kekadang sewel sikit tp si Yana ni memang ro0mate terbaik aku ah..sabar jek ngan perangai aku..i love you ro0mate!sampai sekarang aku masih panggil dia Ro0m8..& dia p0n sama,panggil aku R0om8..kami selesa cmtu..kami nak kekalkan panggilan ni sampai bila-bila..insyaAllah..



Kami penah dipisahkan tau..kalau tak silap aku masuk 2nd year..dia bilik lain dengan ro0mate lain, aku bilik lain dengan junior mana ntah..tapi aku sanggup p menempek kat bilik ro0m8 aku semata-mata namao pisah ngan dia..Nasib baik ro0m8 dia selalu tak da kat bilik..asyik balik umah ja so suka la aku..hee~even kami diff. course, Yana – Finance, aku – Economics tp aku suka la study ngan dia..hee~ *aku bukan rajin study sgt pon..kui~kui~*



Penah gak kami tak bertegur sapa tp kejap-kejap ja..ro0m8 aku ni walaupun serious tp dia memang lawak gila..even dia bercakap dengan muka selamba dh boleh buat orang sekeliling dia gelak guling-guling..hai~ro0m8..ro0m8..rindunya kenangan tu..



But now masing-masing dh bawak haluan masing-masing..last aku jumpa dia time kenduri 1 of our besties kat Terengganu bulan June lepas..rindunya~



Ahad lepas, 27th November 2011 ro0m8 aku dah selamat jadi tunangan orang..very happy for you my dear ro0m8..aku dh tak mau tengok ro0m8 aku sedih-sedih lagi pasal lelaki & aku tau tunang dia sekarang boleh jaga dia dengan baik sebab tunang ro0m8 aku btol-btol sygkan ro0m8 aku..



Ro0m8, Selamat Bertunang..Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..aku doakan yang terbaik ja untuk ang sebab aku sayang ro0m8 aku ketat-ketat..insyaAllah, kenduri ang next year aku p..don’t worry..hee~sayang ang tau..KAWAN SAMPAI MATI..& last but not least, belajar la untuk mencintai orang yang mencintai kita dengan sepenuh hati kerana itu adalah lebih baik dari kita mencintai orang yang belum pasti keikhlasan cintanya pada kita..


Received via MMS..so pretty la you my dear.. (✿◠‿◠)



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Yay! Jadi Kakak!

www.tips-fb.com

Hi~nama taya Qayra Damia Mysa..kekadang orang panggil taya Memey..ada gak panggil taya Mia..umur taya baru 1thn 3bulan..comel tak taya??masa ni taya ikut tok mama & ibu pegi sepital..nak amik baby & mummy bawak balik rumah tok mama..eh2~lupa pulak nak bagitau yang taya dh jadi tatak (kakak) wo0o~ tau tak, hari sabtu lepas (19th November 2011) tengah taya sileep (sleep) baek punya tetiba taya terjaga bila suma orang dalam rumah kelam kabut siap-siap bagai..taya tak paham..taya heran,pelik suma ada..mana la mummy, tok mama, ibu, achu ni nak pegi pepagi buta ni..pukul 4.00pagi lagi kot..teko(tesco) dah buka eh time camni?ngee~taya tuka (suka) pegi teko tau sbb boleh main keta (kereta pusing-pusing)..tapi napa muka mummy macam tak happy ja..macam tengah tahan takit (sakit)..mummy takit (sakit) eh??tak boleh jadi ni..tak kan taya nak tengok aja..nanti semua org tnggal taya cmna?ohh~tidak..taya p0n bangon sambil pegang bantal bulu warna pink & terketek-ketek jalan ke hulu ke hilir..tak tau nak tanya apa sebenarnya yang jadi & mana semua orang nak pegi..taya blom boleh cakap lagi..cmna ni??tp tok mama macam paham, tok mama bgtau, "syg, meh salin baju meh kita nak p sepital, mummy nak dapat baby, memey dah nk jd kakak.."ohh~taya masih tak paham(ckp dlm hati sajee)



Time mummy taya masuk Labour Room, abi taya takda sesama dgn kami tebab (sebab) abi teja (keja)..abi taya teja ahkar (askar @ tentera) tau..tapi lpas mummy call abi cakap mummy dh nak dapat baby, abi cepat-cepat drive pegi sepital..kesian abi..nasib baik ada tok mama,ibu,achu & papa Sub..thank you shume2..

Alhamdulillah~ taya dah jadi tatak (kakak)..mummy dah bg taya ngan abi sorang baby shomel (comel) tangat (sangat) macam taya,hee~taya gelam (geram) la bila tengok baby tebab dia tecik (kecik) & shomel tangat..ni la adik taya..mummy cakap nama dia Qaisy Danish Aryan..taya tuka (suka) peyuk-peyuk (peluk-peluk), tiyom-tiyom (cium-cium) baby Nanish tau..taya tuka bobok (tepuk2) baby gak..tapi napa baby Nanish nanes (nangis) bila taya bobok dia eh??tak cukup kuat ke taya bobok tu??uhuhh~ada lagi,taya tuka tengok mata baby Nanish gak..bila dia buka mata, taya rasa macam nk cungkil biji mata bagi keluar tebab shomel gila.. *aiyooo~ada kakak pon macam raksasa*


Tengok baby Nanish tu..asyik sileep ja..tp shomel kan??tak sabar taya nak main patung Angry Bird yang Awan (tokwan) beli utk taya & baby Nanish..cepat besar ye baby Nanish..tatak tayang (sayang) baby Nanish ketat-ketat..tatak tayang mummy & abi kuat-kuat..



Love,

Tatak Damia a.k.a Memey




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa Penenang Jiwa

www.tips-fb.com


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,di tempat kedukaan dgn kegembiraan dan di tempat ketakutan dgn keamanan


Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinandan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..


Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap merasa mengantuk yg memberi ketenangan, dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU kpd hidayah MU



Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU dlm keadaan terhina...



Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...



Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,aku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…


Ameen YA ALLAH



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

"Jangan 13" yang B2B Perlu Tahu

www.tips-fb.com

Psst~aku curik-curik hupdate blog kesayangan aku nih..aku rasa aku tgh migrain ni so otak aku tak boleh berfikir dengan hebat makanya aku perlu rehatkan otak aku ni..sian dia..eheehee~sambil merehatkan otak, aku godek-godek ah blog geng blogger B2B (Bride to Be)..saja~cari ilham..ngeh2~aci tak?? Dalam banyak-banyak blog aku terjumpa entry kat bawah ni & aku dengan baiknya nak share ngan korang gak..sebagai panduan kita bersama..jom baca..aku KOPI & PASTA ja tau..

13 Perkara "Jangan" yang B2B perlu tahu:

1. Jangan.. teruskan tempahan tanpa ada anggaran tetamu dalam tangan kamu.



Biasanya kita memang tak dapat nak jangkakan dengan tepat jumlah tetamu, tapi anggaran sudah memadai. Jumlah tetamu kamu akan memberi kesan sangat besar kepada katerer, lokasi majlis, kad jemptan, jumlah buah tangan, dan macam-macam lagi.

Contoh, kamu kena bincang dengan bakal suami, untuk majlis bersanding, berapa banyak rombongan yang akan ikut supaya kamu boleh sediakan meja rombongan dengan jumlah yang betul. Tidak la nampak cela dibelah kamu yang bertindak sebagai tuan rumah jika ada masalah tentang meja rombongan kan?

Komunikasi adalah amat-amat penting! Baik kepada vendor, ibubapa, saudara mara dan belah sana. Besar atau kecilnya jumlah tetamu, yang penting, kamu kena bersedia hadapi sebarang perubahan dan bertindak segera menangani pengurangan atau penambahan bilangan tetamu.


2. Jangan -- takut dengan perubahan rancangan.


Seperkara tentang majlis perkahwinan, kita kena sentiasa terbuka dengan perubahan yang tidak dijangkakan. Jangan takut kalau disaat akhir ada perubahan daripada segi warna centerpiece atau bunga telur atau baju pengapit. Perkara kecil macam tu, orang jarang-jarang perasan. Kecuali la kalau perubahan itu terlalu besar, seperti baju kamu dan pasangan berbeza warna. Itu budak umur 5 tahun pun akan persoalkan.

Sentiasa terbuka untuk menerima perubahan. Kena ingat, tak sentiasa tetamu boleh fikir apa yang kamu fikirkan. Perubahan yang sedikit tak mengapa. Tak semuanya perlu sedondon. Sesuatu yang terlalu sedondon, nampak seperti terkongkong. Ingat, kamu nak berkahwin dengan suami kamu, bukan scallop pelamin kamu.


3. Jangan.. penuhkan status Facebook kamu dengan perihal persiapan majlis kamu


Tiba-tiba saya berpendapat, gambar diatas ini boleh dijadikan "Pose wajib" untuk bakal pengantin! Ada tak sesiapa nak realisasikan??

Yang ini agak sensitif. Pasal saya percaya ramai yang selalu kemaskini status FB mereka dengan hal persiapan mereka. Kita perlu sedar, realitinya, tak semua orang berminat dengan persiapan majlis kita. Ada antara mereka dalam list kawan kita, tak amik peduli jika kamu sedang marah, kamu membandingkan harga bunga di kedai A dengan kedai B, yang bezanya cuma sepuluh sen. Tapi terpaksa baca pasal status kamu muncul dalam page home mereka.

Memang tak salah sekali sekala kemas kini status berkenaan persiapan kamu, cuma mungkin pemilihan platform yang betul adalah lebih bersesuaian. Satu-satunya pihak yang berminat adalah B2B sendiri. Jadi, bina blog tentang kahwin-- jadikannya medium yang paling sesuai untuk kamu luahkan apa-apa. Jadi mereka yang berminat, boleh terus mengikutinya.


4. Jangan.. tidak meletakkan kepercayaan kepada vendor kita



Bakal pengantin memang cerewet. Cerewet sehingga sampai masanya, kita rasa, pilihan dan selera kita la yang paling betul dan sesuai. Sampai pendapat semua vendor kita, dibakulsampahkan. Jangan lupa sebab utama kita pilih vendor-vendor kita. Kita memilih mereka atas kepercayaan; kepercayaan mereka dapat merealisasikan apa yang kita impikan. Mana-mana vendor pun, pasti mahu kamu berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Dan kamu, bakal pengantin, mahukan hanya yang terbaik untuk majlis kamu kan?

Kita boleh memberikan arahan dan permintaan kepada vendor, tapi kita tetap kena redha dengan hasilnya. Kita tak boleh jangkakan apa-apa. Apa yang terjadi kat orang lain, mungkin tidak terjadi pada kita, dan sebaliknya. Oleh itu, kita kena tahu had kita sebagai pelanggan, jangan sampai vendor naik jelak dengan kita.


5. Jangan.. rasa bersalah jika tidak menjemput si polan untuk ke majlis kamu, atau bersedih si polan tak dapat datang


Peraturan pertama untuk kegembiraan hakiki, jemput mereka yang kamu ikhlas menjemput dan jangan sesekali rasa sedih bila ada tetamu yang tak dapat hadiri. Sentiasa ada peraturan "Siapa dapat datang, datang. Siapa tidak, Tak apa. Takde Rezeki". Jangan semakkan emosi kamu, fikir, huu tak meriah la majlis aku dia takde. Jangan. Satu-satunya orang penting dan semua orang nak jumpa, adalah kamu--Raja Sehari.

6. Jangan.. tak cuba DIY


Majlis perkahwinan sekarang ni, rata-rata memerlukan vendor. Tapi, kamu sebagai bakal pengantin, harus mencuba sekurang-kurangnya satu projek DIY. Kalau kamu kata 'tangan tak bedung, pasal tu keras nk buat kraf', tak apa. Pilih projek yang paling senang kamu nak buat, seperti ikat riben pada kad atau pada buah tangan. Kalau tak reti reka kad kahwin sendiri, pilih seseorang yang reti dan terangkan rekaan kad yang kamu nak. Mungkin pada kamu DIY ni menyusahkan dan makan banyak masa, tapi selepas hari majlis, bila kamu tengok semula TQ tag kamu, mesti akan terdetik dalam hati kecil kamu "aku yang buat tu!. 2,000 kotak aku lekatkan!". Duit memang boleh selesaikan banyak benda, tapi masih ada banyak perkara kat dunia ni, tak terbeli dek duit.


7. Jangan.. Tak makan lauk pengantin


Memang dalam setengah majlis, akan ada penanggah yang akan memberitahu tetamu untuk membenarkan pengantin menjamah dahulu, tapi kita sebagai pengantin, kita pun pernah datang sebagai tetamu dan ada masa, kita perlu bergegas ke majlis kedua. Jadi tujuan nak jumpa pengantin, untuk tunjuk muka "aku datang!!"

Jadi, untuk mengelakkan kamu terbayang-bayang "apa la agaknya rasa ayam golek hari tu?", tugaskan seseorang untuk tapaukan lauk pengantin untuk kamu. Itu yang saya buat--belajar daripada pengalaman majlis abang saya dulu. Pastikan sudah ada bekas kosong untuk simpan lauk-lauk tu dan penanggah segera kemas lauk apabila pengantin beredar daripada meja beradap. Oh, bukan lauk di meja beradap aje. Jangan lupa kek pengantin. Sila bawa balik sikit untuk kamu jamah!

Biasanya, lauk pengantin jika tidak dituntut, akan diedarkan kepada tetamu-tetamu dan saudara mara (atau kadang-kadang, budak katering yang bedal!). Jadi terpulang kepada kamu untuk buat keputusan

8. Jangan .. mengarah majlis kamu sendiri.

Idea terbaru untuk Bridal Shower.! Comel kot!!

Kamu merupakan pengarah majlis kamu SEBELUM majlis bermula. Pada pagi majlis, kamu perlu bangun dengan otak yang lapang dan kata "Aku seorang pengantin hari ini". Cuba kamu fikir, jika sepanjang masa majlis, kamu sibuk memastikan OP dapat amik semua perincian majlis atau memastikan flower girls menaburkan bunga ikut rentak yang kamu nak, kamu akan terlepas saat manis yang tak mungkin boleh diulang. Perasaan jalan berpimpin tangan dengan dia, wajah ibuayah kamu pertama kali lihat kamu didandan dengan cantik. Itu lebih penting daripada memastikan kelopak bunga jatuh betul-betul di atas karpet merah.

Kalau pun majlis kamu nanti tiada perunding perkahwinan, kamu tugaskan seseorang yang kamu percaya untuk memastikan apa yang kamu rancang, dapat dilaksanakan dengan lancar. Pastikan orang tersebut tahu tugasnya, tahu had tugasnya dan faham apa yang kamu nak daripada dia.

9. Jangan.. membesar-besarkan perkara kecil.


Bila kita sendiri merancang majlis kita, kita akan mudah tenggelam dalam angan-angan kita. Kita jadi obses dengan perkara kecil yang tiada siapa perasan, dan kita jadi marah bila perkara kecil tu, tidak dilakukan mengikut kehendak kita.

DJ pasang lagu yang bukan dalam senarai lagu kamu? Dengan senyuman, minta pengapit kamu panggilkan abang/ adik kamu dan minta mereka pergi ke DJ dan berhentikan lagu itu dengan kadar segera. Kalau pun bunga centerpiece katerer yang tidak diminta telah menutupi bunga centerpiece kamu yang kamu reka dan perah otak selama 6 bulan, tak apa. Senyum sahaja (Kan Nity?). Yang penting, akhirnya tetap manis.

10. Jangan.. tak jaga tingkah laku.


Kamu adalah ratu/ Permaisuri pada hari majlis kamu. Setiap langkah, tindakan, tutur bicara kamu akan menjadi tumpuan orang. Cuba kamu tengok permaisuri/ ratu, mereka sentiasa mengawal diri, sentiasa tersenyum dan sentiasa nampak 'mahal' daripada tingkah laku.

Tolong jaga perangai. Jangan melompat tak tentu pasal, jangan melempar makanan tak tentu pasal, jangan menarik orang tak tentu pasal, jangan menjerit pada kawan-kawan kamu walaupun kamu teruja mereka datang. Walaupun kamu akan kata, "tak apa, kawan-kawan aku tahu perangai aku macam ni", kamu pastikah perangai kamu tu dapat diterima oleh keluarga mentua dan saudara maranya? Tahu dan menerima adalah dua perkara berbeza. Mungkin mereka tak kisah dengan perangai kamu, TAPI mungkin pada hari-hari biasa dan BUKAN pada hari kamu bersanding.

Jaga perangai. Biar nampak anggun dan santun. Tak perlu lama, 6 jam aje pun paling lama kamu berperangai semenggah. Tahan la sikit, boleh kan?


11. Jangan.. tidak merancang


Rancang apa yang kamu mahu, selari dengan kemampuan kamu. Merancang majlis perkahwinan bukanlah semudah kita menghadiri majlis perkahwinan. Banyak pihak terlibat, banyak drama dijangka berlaku dan banyak perkara yang tak dapat dikawal. Oleh itu, persediaan dan perancangan daripada pelbagai sudut amat penting!


12. Jangan.. biarkan orang jadikan majlis kamu, majlis mereka

Abang, Akak saya amik gambar ni bukan tanda korang tak reti nyanyi. Tapi cuma gambar ini sahaja sesuai saya jumpa di google images

Ada masa, kamu perlu mengalah apabila melibatkan perbezaan pendapat antara kamu dan ibubapa kamu; mahupun keluarga mentua.Keluarga nak kan silat, walaupun kamu takut silat pasal takut mereka tercampak keris kat kamu; tak apa. Terima sahaja. Keluarga mahu pakai sedondon dengan kamu, walaupun kamu mahu mereka pakai baju sedikit kontra warnanya; Tak apa. Kita mengalah.

Cuma ada beberapa perkara yang kamu perlu letak hitam putihnya. Perkara yang bagi kamu, tiada toleransi. Seperti dalam majlis saya tempoh hari, ada permintaan untuk Karaoke. Reaksi kami: KATAKAN TIDAK PADA KARAOKE!!

Kalau kamu ada beberapa perkara yang bagi kamu dalam senarai tidak boleh dimaafkan; maka sila bertindak dan jangan ubah fikiran. Walaupun majlis perkahwinan merupakan majlis perkongsian dimana banyak pihak terlibat, tapi sebagai pengantin, sebagai RAJA SEHARI, kamu berhak untuk menolak apa yang RAKYAT JELATA mahukan :p Sudahnya pun, itu adalah majlis kamu.



13. Jangan.. simpan dalam hati kritikan orang


Apabila kamu bersedia menjadi seorang pengantin, kamu perlu juga bersedia menerima sebarang kritikan dan cakap belakang tentang majlis kamu. Serba serbinya orang akan bercakap. Kalau kamu mempunyai blog dan orang membacanya, jangkaan orang akan lebih tinggi ada majlis kamu. Saya tahu, Saya alaminya sendiri.

Nasihat saya cuma satu, berfikiran terbuka. Jangan jadi defensif yang keterlaluan. Kelak kamu akan jadi pendendam kepada si pengkritik. Biarkan apa yang dicakap masuk di telinga kanan kamu, keluar melalui telinga kiri. Orang yang mengkritik itu juga sebenarnya, sama ada dia akui atau tidak, dia sedar yang majlis sudah lepas dan apa pun juga kritikan dia, sudah tak laku saat itu.

Seeloknya, cuma balas "Tak apa. Majlis dah selamat Alhamdulillah. Terima kasih ye sudi datang hari tu".


Rasanya cukup 13 perkara yang saya kongsikan ini. Harap B2B yang membacanya, dapat ambil sedikit, kalau tak banyak sedikit pengalaman saya, supaya kamu boleh kekal senyum sentiasa sepanjang majlis.

Tiada yang lebih menyedihkan daripada pengantin yang tidak dapat menikmati kemanisan majlis mereka sendiri, yang rata-ratanya tetamu gembira dapat hadiri.

SOURCE: diaterimanikahnya


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Product Review: Olay Total Effects

www.tips-fb.com





As salam~



Such a good day today right & aku tetiba rasa nak share sikit pasal Olay Total Effects ni ngan you all suma..before that u've to know the history 1st about Olay Total Effects which is I get from KAIO Dot MY ..produk ni terhasil atas dasar cinta seorang suami kepada isterinya. Pada era 1950-an, seorang Pakar Kimia Graham Wulff terlihat isterinya Dinah sedang dalam keresahan & kesedihan kerana kulitnya yang kusam & tidak bermaya dek kerana faktor usia. Maka, Graham telah mengambil inisiatif dengan mencipta satu formula bahan kecantikkan utk isterinya yang tercinta bagi mengembalikan keserian & kejelitaan isterinya. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh hasil penyelidikkan mendalam berkaitan bahan yang semulajadi maka lahirlah "The Lagendary Oil of Olay Beuty Fluid" iaitu nama asal Olay Total Effects.



For me la kan, hasil penilaian aku ke atas produk ni setelah 3 bulan bersamaan penggunaan 2 botol Olay Total Effects pada kulit muka aku,aku memang sangat-sangat berpuas hati..memang terbaik dari ladang la..eheehee~highly recommend beb..time aku muda belia remaja dulu *ayat macam dah tua ganyut,heehehe* aku memang dh berjinak-jinak ngan produk Olay ni..time tu idak le aku guna Olay Total Effects ni sebab time tu aku study lg kot mana la mampu nak tempek cream memahal kat muka..juz cream pencerahan & moisturizer brand Olay ni ja..apa ntah nama penuh dia..tak ingat pulak..

Bila umur dah semakin tua meningkat penjagaan wajah bagi kaum wanita bukan setakat untuk pencerahan tau..kena amik kisah gak tentang penuaan proses penuaan..bila umur dh masuk 25 tahun ++ setakat yang aku tau kita kena alert tentang penjagaan kulit muka kita..kena jaga takut muncul wrinkles yang tak diundang, o0oohh~takut!, jeragat, jerawat, kulit kusam bagai..haa~nak cantik memang agak menyusahkan tapi bila kita rajin hasilnya berbaloi-baloi..tak rugi pun..pompuan mana tak mau cantik mai habaq mai kat aku..so dengan penggunaan Olay Total Effects ni secara teratur aku yakin korang aku puas hati punya dengan perubahan kulit korang..lagi pun tak yah nak beli 4,5 jenis cream utk tepek kat muka tu cukup dengan 1 botol krim ni you all bleh dapat 7 manfaat antaranya meminimumkan kemunculan garis-garis halus & kedutan, melembapkan & mengatasi masalah kulit kering, mengimbangi warna kulit disamping mengurangkan tanda penuaan, melicinkan tekstur kulit melalui pengelupasan yang lembut, mengecilkan liang-liang roma, melindungi permukaan kulit wajah dengan anti oksida serta menganjalkan kulit wajah.



Setakat ini aku tersangat berpuas hati dengan Olay Total Effects & aku selalu suggest kepada sesapa yang tanya skin care products apa yang aku selalu guna.. Murah ja bai..RM39.90 ja sebotol kalau tak silap..boleh guna sampai 2 bulan tau..selalunya aku beli kat Watson or Guardian..normally, aku akan pakai Total Effects ni sebagai moisturiser before aku pakai make up kat muka..aku dot dot kan kat 2-2 belah pipi,dahi,dagu & hidung then terus sapu rata ke seluruh muka..kat sini aku nak bagitau gak,bahagian leher pun mesti sapu gak ok..yala..muka ja eh nk jaga,leher tak nak..o0hh~tak boleh2..sapuan pula harusla dari dalam ke bahagian luar bukan luar ke bahagian dalam..ini akan mempengaruhi proses penyerapan krim ke kulit muka ya puan-puan..heeehehe~kalau bahagian leher pulak,sapuan perlu lah dilakukan dari bahagian bawah leher & ke atas..kalau tak silap aku dengan cara ni dapat mengelakkan kekenduran kulit di bahagian leher..uhh~tak nak la aku dh tua nanti kulit kat bahagian leher kendur..worst!

Banyak pulak aku mengomel kan..so kepada yang masih mencari krim penjagaan kulit wajah aku recommendkan Olay Total Effects ni ye *promosi tak berbayar,uhuu*..kalau rasa-rasa nak skin halus mulus tulus macam Yuna korang dengar la cakap aku..kalau tak,ikut suka korang la eh..kui~kui~aku share sebab tak nak cantik sesorang *sila muntah*..miahahaha~


Peminat tegar Olay Total Effects..aku pakai yang Normal macam gambar kat atas nu tau..kesannya yang sangat efektif..



Yunalis Zarai ~ Duta Olay..aku akui skin Yuna ni memang gila flawless..cantik~~










Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Typing Error

www.tips-fb.com

What the hell of this?? tak skolah ka apa?? Nasib baik aku rasa mcm lawak..hahaha~


Click gambar untuk lebih jelas..

Apakah?? Sambal Bilis di ejanya Sambal Iblis..hhaiiisshh~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hari Keluarga Hj. Che Rus & Hjh. Saayah 2011

www.tips-fb.com

Entry kali ni serious i tell you that there're too many pictures so don't think i'll eloborate too much about the gathering..ok la aku summarize kan la eh..Hari Keluarga ni adalah side my abah..It was held on 8th Nov 2011 lepas, raya Haji yang ke-3 @ Taman Desa Aman, Padang Meha, Kulim, Kedah..umah Abah Njang merangkap anak ke-5 dari 12 adik beradik anak-anak Hj. Che Rus & Hjh. Saayah..ramai kan siblings abah aku..12 beradik woo..hee~abah aku anak ke-6..tp yang ada hari tu tak cukup 12 family (since suma adik beradik abah aku dh berkeluarga) sbb adik abah yang bongsu tak dapat balik..

Even tok & tokwan aku dah lama meninggal tapi ikatan kekeluargaan kami sangat-sangat rapat..kalau bukan hari raya pon kami akan berkumpul ramai-ramai..wat makan-makan ka, borak-borak ka & kalau dah ramai-ramai berkumpul mesti akan wat doa tahlil gak untuk ahli keluarga yang dh kembali ke rahmatullah..so, walaupun mereka-mereka yang dh tak da di dunia bersama-sama kami tp kami semua masih sentiasa mengingati mereka di alam sana..lagi-lagi arwah tokwan - Hj. Che Rus & arwah tok - Hjh. Saayah..npa eh rasa sayu ja time aku menaip nama arwah tok & tokwan ni..rindu betul..okeh,tak tipu..aku menangis sekarang T__T ..semoga roh mereka dicucuri rahmat & semoga doa anak-anak & cucu cicit kalian akan sentiasa mengiringi kalian..AMIN~ T__ T

Dah-dah namao nanes lagi..senyum-senyum sket..kat bawah ni aku letak bnyak picta sekitar Hari Keluarga besar kami..shayang shumua-shumua.. ◠‿◠


the crowd..ini cuma sebahagian..



the preps before sukaneka..

the lady boss 1 of urusetia.. *setia la sgt..asyik gelak ja keja aku..wawawa~*


the canopy..time ni pagi..aroun 9a.m tp cuaca mendung+hujan renyai-renyai..ramai yang belum sampai time ni..


Ni baru Lady Boss..my dear Onie..adik abah yang ke brapa eh?aku tak ingat susunan..teruk kan??dia la yang bertungkus lumus manage sukaneka utk family gathering ni..memang bez+menarik..yala cikgu la katakan banyak la idea dia..eh~nk tau 1 rahsia tak? Onie aku ni adalah cikgu pertama aku tau..aku skolah tadika kat dia ah..time tu umur aku 5thn..masa aku skolah tadika kat dia, setiap kali abah aku beli pencil colour baru Onie mesti akan sorokkan pensel colour yang warna coklat sbb kalau ada colour tu suma benda aku akan colour ngan colour coklat..hahahaha~kan budak2 tadika selalu colour2..syhhh~jgn bagitau ssapa rahsia ni.. ◠‿◠


the presents..even present tak sehebat mana tp semangat kekeluargaan kami yang paling penting & itu adalah hadiah terhebat utk kami semua..Bangga! ◠‿◠


urusetiasetia..setia gelak ja kami ni..kalau ada kakak yanti lagi bez gelak..kehkeh~


Game Oh nenek ke cantik!..nenek2 di make up oleh cucu-cucu..memang pecah perut aku gelak time ni..sampai sakit kepala..hahahah~


tengok la hasil sentuhan cucu-cucu..very impressed!wakakaka~ssuka hati dpa ja make up muka tok mama dpa sampai jd tepung gomak dh..


mama aku pon jadik mangsa kekejaman worst make up..mama pon asyik gelakkan orang..hahaha~


Game Mr. Mama..geng-geng lelaki kena siap + pakaikan baju pada si comel..sapa paling cepat dia la paling hebat..Damia & abi dia masuk gak game ni..dpt 2nd place..dia sorang ja baby girl dlm game ni..


si comels..cute kan..suma pakai pampers ja..Rizky, Qalisy, Ayen, Damia..Faiz tak da dalam gambar..diorang ni suma sebaya..hee~


Aksi terlampau Qayra Damia Mysa..hee~tobat nanti bila kau dh besau, kau baca belog ibu kau ni kau akan malu tak hengat sebab time ni kau pakai pampers ja..wakakaka~peyuk2 ciyom2 Mia.. ◠‿◠



Mia : Eeee~abg rizky tak mayu..tak pakai baju..macam tarzan ja..muahahaha~

Rizky : Eleh~cakap orang kau pun sama..


Game seterusnya ~ Kuiz Keluarga..dalam gambar, keluarga Maznah, keluarga Mardiah, keluarga Junaidah..


Keluarga Ruslan merangkap my lovely family..tp aku tak bleh join this quiz sbb aku urusetia..dh tau suma jawapan..eh~family aku dpt no.2 tau..hebat kan pengetahuan family aku ttg keluarga besar ni..Bangga! ◠‿◠




Keluarga Mansor (Pak Ngah) bertungkus lumus jwb soklan quiz..time ni pak ngah belom smpai so seb baik ada Pak long Lee utk tolong abg Irfan & k.Ita..kalah tak apa..yang penting sporting..


Soalan utk Kuiz Keluarga..sila Click gambar utk tumbesaran yang lebih hebat..suma soklan adalah berkaitan keluarga Hj. Che Rus & Hjh. Saayah..aci tanya tau..tau tak melalui kuiz ni baru aku tau jumlah keseluruhan anak, cucu & cicit Hj. Che Rus & Hjh. Saayah setakat sekarang & yang masih hidup sahaja adalah 71 orang..OMG!ramai wo0!thanks so much to Onie sbb sangat rajin mengira bilangan kami semua.. ◠‿◠



Game Di Mana Pasangan Ku..kena cari selipar masing2 ye utk game ni..khas utk golongan belia remaja..


Lari!! Semua yang join game ni adik2 sepupu aku..hee~dh besar sumanya..cpt ja masa berlalu kan..dulu kecik lg sumanya..


Ganas woh derang ni..takut aku nengok..



Cik Biru bersama Syameer, Damia & Dino..


Pak Shu Meer tak boleh berenggang dgn Mia..muka sama kan??hee~



Mia bam-bam jalan-jalan kat taman depan umah Abah Njang..tengok la pipi dia..macam pau kan??heheh~Comel gila!


Kediaman Rasmi En. Habib B. Che Rus a.k.a Abah Njang & Pn. Zurina Hassan a.k.a Mama Njang & anak-anak..



Ramai-ramai bez.. ◠‿◠


Bola beracun utk Warga Emas..



Apa ntah nama game ni tak ingat..juga utk warga emas..


Final game utk si kecil..



Last but not least, gambar cik empunya blog bersama Dino Mia..ngeh-ngeh~


Amacam??berpinar tak mata tengok gambar-gambar family aku??heheheh~bukan apa..saja abadikan Hari Keluarga tahun ni kat blog aku yang tak seberapa ni..boleh jadikan kenangan..next year punya Hari Keluarga for sure punya bertambah ahlinya..hee~yala..ada yang dapat baby baru..ada yang akan berkahwin bg yang belum berkahwin termasuk aku ..Semoga ikatan kekeluargaan ini akan berkekalan sehingga ke generasi ke seterusnya & semoga kami semua akan terus bersatu serta sayang menyayangi antara satu sama lain..finally, aku bangga mempunyai keluarga besar.. ◠‿◠




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...