Love

RESEPI APAM POLKA DOT

www.tips-fb.com

Rindu sangat mau hupdate blog comel nih..*perasan..*hikhik~ betul-betul rasa malas nak datang keja arini since aku dah bercuti 9 hari okeh untuk CNY..sila jangan jelous okeh..otak dh jammed gila..tak tau nak mulakan dari mana padahal bertimbun ja keja atas meja ni ha..uhh~nak tau tak..banyak sangat aktiviti sepanjang cuti..nanti aku akan update setiap aktiviti aku slow-slow ye..banyak gak benda nak story mory tau..so tunggu~~


Apa pun aku nak mulakan dengan mengeSHARE *aci tak guna perkataan nih?? :p* resepi APAM POLKA DOT..aku suka la ngan apam ni..nampak comel jek..mula-mula aku try benda alah ni dengan beli dengan akak opis aku then ngan kakak angkat aku..not bad..sedap gak..then diorang cakap senang sangat nak buat apam nih..so aku pun try la Google RESEPI APAM POLKA DOT then jumpa kat website MyResepi so makanya haruslah mencuba..
Hasil kegigihan aku & kakak-kakak sepupu aku, K. Yanti & K. Maya terhasillah apam polka dot comel versi kami bertiga..sangat seronok bila 1st trial kitorang menjadi walaupun ada gak jadi macam-macam hal sepanjang proses membuat apam nih..hehehe~
So, kepada yang teringin nak try apam ni let’s check it out the recipe & try it!


APAM POLKA DOT
BAHAN-BAHAN (utk 50 biji paper cup medium):
Bahan utk apam
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220g gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette


Filling – Blueberry @ Strawberry @ Chocolate ikut citarasa
Pelbagai pewarna


CARA-CARA :
1.      Campurkan semua bahan-bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuaan maksima sehingga kembang.
2.       Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut pilihan.
3.       Masukkan setiap adunan pelbagai warna tersebut ke dalam piping bag.
4.       Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
5.       Masukkan filling mengikut citarasa anda (nak senang, masukkan ke dalam piping bag / plastik & picitkan ke atas adunan tadi).
6.       Picitkan adunan sama atau berlainan warna sehingga hampir penuh.
7.       Last sekali, dot-dotkan mengikut warna pilihan ke atas adunan tadi & kukus sehingga 10 ~15 minit.


 adunan di bahagikan mengikut warna kesukaan..aku guna plastic bag je utk jadikan piping bag..

Mesti letakkan paper cup dlm bekas tin camni tau baru cantik je naik apam tuh..

uhuhuu~i love the colours..warna warni u olls..i like shocking colours! gila comel kan even dot-dotnya tak berapa menjadi..hee~

buat apam ni sampai lebam..sampai dah tak lalu nak makan..haha~tp sodap & sangat senang..cuba la!
p/s : nak try buat lagi sebab nak belajar design ladybird & strawberry..lagi cute! Nanti boleh masukkan    dalam menu Candy Buffet for my Big Day..yay!!



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

www.tips-fb.com

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:


Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday ~ Bajet Rozita Che Wan Pakai Fake Eyelashes

www.tips-fb.com






Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Resipi : Oat Tom Yam

www.tips-fb.com

Hai cik-cik, puan-puan sekalian..kembali kita ke segmen masak-masak bersama Eleya..tett!
okeh~sila jgn muntah dengan statement td eh..hahaha!

Aku mengaku badan nih smakin membesar & aku semakin susah hati dengan appearance aku lately..hhaaiihh~ye la..makan tak henggat pastu menyesal sebab bila badan semakin bam-bam..

Last month, kekonon aku nak kuruskan badan la..
beli Jus Mate 5 3 kotak tau..
memula cewah semangat waja la minum pepagi gantikan breakfast..
tapi nak minum benda alah tu aku punya la terseksa..
langsung tak sedap even ada rasa oren-oren sket tp bila masuk tekak
aku tak boleh nak tahan bau dia..
bg yg penah minum tau la..nak menghabiskan 380ml air sejuk + Jus Mate 5 tu
terpaksa la aku tutup hidung & telan dengan sekali nafas ja..uwekkk!
Tp kan, aku juz minum tak sampai seminggu sbb sangat-sangat tak lalu okeh..
dah tu cmna aku nak truskan mission aku utk kurus selim melim?? cer bgtau??haaiihh~

Mama tny cmna nk abiskan 3 kotak tu kalau sekotak pun aku
tak mampu nak perabih..
nanti la bg aku ada mood balik..

Utk terus menjayakan mission aku..
aku decide krgkan mkn nasi tp ttap hampeh..tak mampu dowh tahan nafsu makan kalau hari-hari balik umah mama masak sodap-sodap..
memula konon nak makan nasik sparuh senduk jek + lauk je bnyak tp sekali rasa
terus nak tambah nasi bersenduk-senduk..hamek kau..kurus hape kejadah!

Kemarin saja gatai tangan nak Google resepi OAT..
hee~nak belajar makan oat walaupun tau tekak ni tak boleh nak terima..
tapi~tapi~lepas jumpa resepi OAT Tomyam kat blog http://yanmieonline.com ni maybe tekak aku boleh berubah..ekekeke~

So aku nak share ngan korang gak la.. =)

Bahan-Bahan :-
Oat 4 Sudu Besar (terpulang pada anda)
Kiub Tomyam (Saya letak 1 je sebab buat semangkuk je)
Lobak

Kobis
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Merah
Olive Oil (Sebab tengah Projek Besar, minyak masak biasa pun boleh)

 Cara-cara memasak :-
Goreng Ikan bilis sehingga garing, masukkan bawang dan cili padi, goreng bersama, kemudian angkat dan ketepikan

 Guna minyak gorengan tadi sedikit untuk menggoreng sayur, kemudian masukkan air, kiub tomyam dan Oat, masak sekejap je sebab oat cepat masak, agak-agak oat dah kembang kira masaklah tu.

Angkat dan hidangkan oat tomyam tadi, bolehlah letak ikan bilis goreng tadi diatas oat, sedia untuk dimakan.

*Boleh juga tambah ayam, udang, sotong, terpulang pada anda, oh ye tak perlu letak perasa dah sebab tomyam tu dah cukup sedap.


Cuba jangan tak cuba ye..semoga dpt langsing & menawan di hari besar nantii.. gd luck utk diri sendiri.. =)




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Candy Buffet yang suweett sangat..

www.tips-fb.com

hey, kwn!
harini aku nak share some idea utk Candy Buffet tau..suka sgt ngan this idea..sgt ohsem, cute & of coz suweeett sgt.. *sbb candy kan harus la sweet,hheheh~*
Selalunya candy buffet ni special utk si kecik a.k.a bebudak tp dh kalau dah sesuweet gambar-gambar kat bawah ni jgn kata bebudak, mak & bapak budak pun suka punya..

So, kepada yang msih mencari idea or decoration utk candy buffet anda menjelang W-day nanti let check it out yo!


Source : Oh! Adawiyah









Suma-suma ni sumber dr Google.. =)

So, amacam got some idea to realize it..juz sharing something yg cool bebeh..


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday ~ Door Gift Idea - Apam Polka Dot Chumel.. (✿◠‿◠)

www.tips-fb.com








Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Petua Kecantikkan - Jom Baca!

www.tips-fb.com

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Caranya adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.


OTAK JADI BIJAK
masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.


MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.


MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Misi Pencarian Persalinan Raja & Ratu Sehari Dua..

www.tips-fb.com

Awal tahun 2012 aku ngan my beloved boyfee di mulakan dengan misi mencari kain utk dijadikan persalinan akad nikah kitorang..misi pencarian dimulakan dengan menerjah Alamoda / Jakel Sungai Petani..konon ada Year End Sale bagai & 2nd January tu last day nya..aku tertarik la dgn iklan kat paper yang kekononnya ada special discount utk wedding package..dlm package tu tak silap aku ada kain lace, 4m kain satin then will get free 4m kain utk baju melayu & samping = RM199.00.. okeh, bgtau kat my syg..excited gila aku nk p beli package RM199 tu..murah kot..

Sampai-sampai ja aku kat situ okeh ramai org tau..before this aku memang selalu pegi situ ngan mama..cari kain langsir bagai so aku dah tau kat mana nak cari kain utk wat baju pengantin ni..terus aku ajak my syg naik tingkat 2..laju jek aku ke partition kain-kain utk baju pengantin tu ha..tp perghh! macam kapal karam wa cakap lu..bersepah gila..tapi aku persetankan segala sepah mapah tuh..aku punya misi mau carik kain utk baju akad nikah aku & my syg..full stop..

haa~hamek kau..pilih la kain sampai terlentang..nak pilih-pilih sambil tido pun boleh sebab SA kat situ semua pakat bersila kat lantai la..hhaaiiishh~semak perut den..aku tanpa segan silunya bgtau kat 1 of SA kat situ what colour & jenis kain apa yang aku mau..dia pun godek sana sini..cari kain yang aku nak..tapi..tapi..memula aku bgtau aku nak kain warna Coral pun dia dh wat muka blur..adeh~penat dik akak google colour ni tau..haa~ meh sini akak tunjuk cmna Coral colour tu..nasib baik aku bawak veil yang aku beli kat Jalan Tunku Abdul Rahman ujung thn lepas..then dia pun, "oooo"..tanda paham la tuh..

Aku bgtau aku nak kain shiffon warna coral, lace warna hitam & kain satin utk lining colour coral jugak tp yg colour nya tak berapa terang sangat..ok..dia dalam dia sibok melaksanakan permintaan aku, aku & my syg sibuk cari-cari kain untuk baju melayu dia pulak..

P : Syg,nak tak pakai baju nikah colour nih?? *sambil tunjuk warna coral*
L : Ehmm~taknak la.. *dalam hati ckp.. "tak jantan la pakai warna ni.."*
P : Ok..pakai baju melayu warna hitam nak?
L : Eh~ takkan akad nikah pakai baju warna hitam? takpa kita tengok dulu warna mana yang boleh match dengan coral colour tu k..
P : Ok..
Lepas SA dh siap potong-potong kain suma..aku ngan my syg still tak jumpa warna yang betul-betul bekenan..kami decide utk baju melayu nak warna silver tp taknak yang terlalu gelap..hee~yes..aku tau warna baju kami tak sepadan.. tapi tak apa..teruskan mencari dulu..rombakan boleh di buat di kemudian hari..sebab tu kena wat preparation awal-awal..ye dop?? =) ..akhirnya, warna-warna silver kat Alamoda tu tak da yang dapat menarik hati my syg..ok..beli kain utk aku ja dulu..so hasil belian aku..
1m setengah kain exclusive lace
4m setengah kain shiffon
4m kain satin
Total price suma RM6**.50..
Itu kain utk aku sahaja..belum kain baju melayu lagi..menyesal pun ada gak tapi aku puas hati la jugak.. *ayat penyedap hati padahal menyesal gila* T________T .. ye la mahal kot RM6**++ bajet retis la kau..dah dapat resit baru aku tau harga utk kain lace yang aku tergila-gilakan sangat tu 1m = RM270 nok..aku amik 1m setgh = RM405.00..gulpp~

Moral of the story, sila tanya dulu harga utk semeter kain sebelum membeli ye..jangan main taram beli je pastu menyesal tak sudah..tp my syg ckp, tak yah la menyesal sekali seumur hidup..bukan selalu pun..mama aku pun cakap benda yang sama..tenang sket hati aku..

Hasil belian kami berdua..

Lepas bayar smbil menangis dlm hati kitorg laju-laju menuju ke Gulatis plak..nak carik bju cik abg syg sayee la..so jumpa..akutak kasik dia amik kain baju melayu 1m RM20~30++..tak gamak aku..aku pakai kain memahal dia pakai kain murah..so my syg dh terbekenan dengan warna dark grey..so trus mintak 5m & SA Gulatis tu potong & byr..hrga kain bju melayu my syg bru hmpir separuh harga kain aku..aku tak puas hati la..ehmm~tp syg ckp, "tak apa.." gila cool okeh syg aku!

Ni la kain utk baju melayu ksygan sayee..bukan jenis kain shining tau..bukan satin..ntah jenis apa ntah tp aku suka!

Nak tau Coral colour cmna eh?? ni ha..pd aku dia mcm gabungan orange & pink..yang hitam tu la kain lace mahal haktuihh tu..

Kepada B2B sekalian sila JANGAN contohi sikap kurang bijak aku ya..walaupun sekali seumur hidup tapi tu bukan alasan utk membazir & berhabis. Dah~jadikan kekurangan bijak aku ini sebagai pengajaran..akan tetapi aku telah mendapat idea yang hebat tau..akan berlaku rombakan dlm persalinan baju nikah aku nanti..so tunggu ye.. =)

Intan Norazam..kau ilham ku & mengembalikan kebijaksanaan aku..
hee~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Koleksi Petua Untuk Anak Dara

www.tips-fb.com


Di dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk anak dara yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ia juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

BANGKIT BERSAMBUT
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

WAJAH SUCI
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

MENYEGARKAN PAYUDARA
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

TAMAN SEMERBAK MEWANGI
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

LUBANG JARUM
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

SUARA PERINDU
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’, setelah berkahwin nanti.

PAYUDARA MONTOK
Elakkan dari meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara kalian.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hitam itu indah

www.tips-fb.com

Hari ni agak busy tp tetap sempat nk blog walkin' sana sini..tgh aku "walkin'" tu tetiba terjumpa blog Rizalman Ibrahim..alaa~fashion designer yang meletops de vas tu..aiyooo~sangat excited okeh tengok Hari Raya Collection by him *ya aku tau collection ni dah basi sebab raya dah berapa bulan lepas tp ada aku kesah?hee~*  

Aku memang suka lain dari yang lain..ada gak terpikir jdkan warna hitam sbg theme utk solemnization tp korang rasa weird or melampau sangat tak ya? ye la kan selalu orang akad nikah pkai colour putih ala-ala suci dalam debu ..tak pun colour-colour pastel gitu..time aku ngan chenta hati pegi beli kain utk our solemnization pun aku suruh dia pilih kain utk baju melayu warna hitam @ silver gelap tp dia cakap, "tak kan nikah nak pakai warna hitam kot.."hee~why not kan?cer tengok collection by Rizalman Ibrahim ni..memang menarik, tertarik kau memang da bomb la..heheheh~

Just nice u olls..kan ada gak warna putih sikit tu..cantiknya!

ni kalau tak silap combination warna beige & black..got some idea with it..wallahhh~terbaik!!

pheewww~meleleh air liur aku nengok..kain flowy-flowy gitu sangat selesa kan??nice jugee ah!

kelainan yang sangat hebat..thanx Rizalman utk idea hebat ini..aku suka!

haaa~ni yang wat aku tak boleh tido semalam sbb memikio mau outfit utk akad nikah secute ini..Polka dot okeh..ada bran??aku bran punya..tp tak tau mama aku nak bg ke aku pakai merepek-repek camni..huahua~takpa aku slow talk ngan mama la nanti..boleh ke tidak belakang kire ye dop??belum cuba belum tau..gd luck utk diri sendiri..hee~


p/s: Tak dosa kan nak pakai warna apa pun time nikah? =)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday : Miss them tightly :'(

www.tips-fb.com




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Solemnization - Veil Idaman Hati

www.tips-fb.com

Veil atau layah sangat memberi effect yang sangat hebat kepada bakal pengantin & boleh dikatakan sebagai salah satu benda yang wajib..normally, untu majlis akad nikah si pengantin perempuan tak letak mahkota atas kepala kan so bagi yang bertudung, tudung anda & veil sangat memainkan peranan yang penting bagi mengindahkan penampilan anda..

Ayu Raudhah Solemnization sumber from Google 

Cantik sangat veil Pn. Atiqah Adnan nih..nampak suci, ayu..ohhhoo~

 Inspired by Dato' Siti Nurhaliza..tudung ala-ala hood macam ni pun kalau kena gayanya pun boleh menggantikan veil jenis "lepas" atau berjurai..asalkan tumpuan diberikan kepada detailing di bahagian hadapan hood tersebut macam beads or apa-apa ja yang boleh menaikkan seri hood tersebut..

 Picture taken from http://tyastouch.blogspot.com/ ..so simple but nice.. =)

Aduh~Tiffany blue sangat cantik kan u all? Bagi yang free hair veil yang macam si Elyana ni pakai boleh dijadikan inspirasi..cantik woo~ayu sangat kan dia..

Bagi yang sangat kreatif utk DIY veil sendiri lagi la best..boleh DIY veil ikut kemahuan sendiri..macam Pn. Arkitek, Intan Norazam ni..cantik sangat..kalau la aku sehebat dia..uhuu~verangan-angan sajee~



Buat bakal B2B semua, yang mana satu style veil idaman hati anda? aku dah ada..nanti aku tunjuk eh..beli sajee~ hee~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...