Love

Introducing Nur Uzma Qisya

www.tips-fb.com

As salam~
 
I'm back selepas 6 bulan ++..heheh~
kebusyan apa pon saya xtau sampai tak dan nak update blog..
busy sungguh lepas dah pegang title IBU ni..
Apa2 pon saya nak introduce my beautiful princess yang dah masuk 6 bulan pon..
kejap ja rasa..dah besar anak ibu..
 
Introducing.......
 
Nur Uzma Qisya Binti Subri
D.O.B : 24th March 2013
Weight : 3.54kg
Delivered via Ceaserean..
 
Ni la bb "U" saya tu..saya panggil princess saya ni Qisya, babah dia
panggil dia Uzma..hehe~
oohh~ nak tau makna nama my beauty princess ni??
Nur = Cahaya
Uzma = Terbaik / Teragung
Qisya = Hidup dalam keadaan baik
 
Uzma tu babahnya yang pilih..Qisya plak ibu yang suka sangat
dengan nama tu..heheh~
 
Setakat ni, Alhamdulillah saya dah berjaya breastfeedkan
Qisya sampai sekarang even kalau korang nak tau saya ni bleh
dikategorikan sebagai Exclusive Pumping Mother (EPM)..
Penat & susah tu memang la tp demi anak semuanya jadi
mudah & demi yang terbaik utk si anak ibu sanggup bersusah payah..
Pasal EPM ni insyaAllah, nanti saya cerita dengan lebih detail..insyaAllah..
 
Cukup la dulu ya..ada masa kita ketemu lagi..
last but not least..tengok la puas2 gambar Qisya ni..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Comel tak dia??
macam ibu o macam babah??
heheh~
 
 
 
 
 
 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Planning for my newborn baby! Exclusive Breastfeeding..

www.tips-fb.com

Lately, aku obses sangat tentang ilmu penyusuan ibu..betol-betol tak sabar & excited nak fully bf since my BFF berjaya exclusively bf his boys until 2 years old..si mummy tu kecik ja tp tu la kan b'gantung pada kesungguhan & kemahuan kita..nak seribu daya, tak mahu seribu dalih..Aku sedikit risau kalau-kalau awal-awal kelahiran nanti susu aku nanti tak dapat nak memenuhi permintaan perut my little cupid..semoga Allah mempermudahkan niat aku untuk menyusukan zuriatku sepenuhnya & semoga rezeki bb "U" sentiasa ada & melimpah ruah nanti..AMIN~ibu mahukan yang terbaik untuk kamu, syg.. :')


Hari-hari aku akan kumpul sebanyak mungkin ttg bf ni..blogwalking sana sini & i've got sooo many informative lesson regarding bf..banyak sebenarnya yang aku kena belajar pasal bf ni & harini aku nak share sikit ilmu yang aku dapat untuk harini..

Aku copy paste entry ni dari Blog Erna ..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Memandangkan gambar dari OP majlis aqiqah iman haritu tak dapat lagi..jadi erna tangguhkan dulu membayar hutang entry itu. Hutang entry erna mula kerja dan majlis reunion sekolah rendah, erna akan sekalikan semuanya dalam 1 entry yang bertajuk..'Bayar Hutang Entry'. Tunggu gambar dari OP ye..baru meriah entry tu nanti dengan gambar-gambar dari OP =) Kali ni rasa terpanggil nak buat entry yang jauh lebih penting dari hutang entry erna. Entry apa yang erna maksudkan ni? Entry berkaitan breastfeeding a.k.a susu ibu.. =)

Baru-baru ni 2orang kawan sekolah menengah erna selamat melahirkan baby. Sue dapat baby gurl nama Qaseh. Asz pulak..kawan blogger dan kawan sekolah menengah erna, dapat baby boy nama Ammar. Syukur kawan-kawan erna ni semangat waja nak menyusukan anak dorang secara ekslusif. Dapat rasa semangat yang sama masa erna baru melahirkan iman. Apa yang membuatkan erna terharu serta semakin bersemangat nak berkongsi tentang breastfeeding journey erna ni, kawan-kawan erna memang selalu sms erna mintak pendapat dan kami sama-sama akan berkongsi perihal breastfeeding. Seronok sangat dan erna rasa sangat bahagia dapat berkongsi ilmu yang erna ada melalui pengalaman sendiri dan juga ilmu yang dicari dari bahan bacaan, hadiri bengkel-bengkel penyusuan dan banyak lagi sumber. Erna sendiri ada idola penyusuan erna. Puan Aznor, pensyarah erna di UniMAP. 

Soalan yang sering erna terima dari kawan-kawan yang baru melahirkan baby dan kawan-kawan yang baru nak memulakan perjalanan penyusuan susu ibu adalah...

1- Cukup ke susu aku/saya ni erna?

2- Baby macam tak kenyang je..dah minum susu pun nangis-nangis lagi.

3- Besar sangat ke puting (nipple) aku/saya ni, sebab baby hisap hujung puting je..sakit pulak tu!

4- Baby beyak macam cirit la..cair dan kekuningan najis baby. Baby kerap beyak pulak tu. Sakit perut ke anak aku/saya ni?

5- Pam susu dapat sikit sangat. Cukup ke untuk baby bila dah kerja nanti?

Ibu dan Anak sama-sama baru belajar. Ibu baru belajar menyusukan. Anak pula baru belajar menyusu. Saling memerlukan antara Ibu dan Anak.

Itu adalah antara soalan yang paling femes la erna terima dari kawan-kawan erna. Act ada banyak lagi soalan yang seakan-akan sama dengan soalan femes diatas ni.

Perkara pertama yang erna akan katakan pada kawan-kawan erna dan kepada semua yang berhasrat nak menyusukan baby nanti, apa yang kita dah pelajari secara teori bukanlah 100% sama dengan apa yang bakal kita lalui. Pernah erna dan peserta lain dalam bengkel penyusuan ibu bekerjaya, di soal oleh Doktor pakar laktasi berkaitan adakah apa yang kami semua bayangkan mengenai perjalanan penyusuan sama dengan apa yang telah kami lalui selepas baby kami dilahirkan...laju je erna angkat tangan dan berkongsi apa yang erna lalui dan rasai mengenai persepsi sebelum iman lahir dan selepas iman lahir. Perkongsian mengenai pengalaman perjalanan penyusuan diawal kelahiran iman..

Sebelum iman lahir, erna selalu membayangkan..selepas iman keluar je dari perut erna,iman sendiri akan pandai mencari-cari puting/nipple ummi untuk hisap dan minum susu. Alaaa macam kita tengok dalam video mat salleh tu. Tak mustahil tapi iman bukanlah macam tu.

Apa yang erna lalui adalah sebaliknya..iman dan ummi sama-sama baru belajar! kami saling memerlukan.

Samalah macam kawan-kawan semua yang baru nak menyusukan anak. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi, anak yang baru dilahirkan itu akan pandai dengan sendirinya. Memang..memang telah ALLAH ciptakan kita dengan lumrah kehidupan baby yang baru lahir akan hisap nipple ibu nya untuk minum susu. Tapi, teknik yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui ibu dan anak akan menjayakan penyusuan secara ekslusif sejak dari awal kelahiran.

Kesimpulan yang mudah boleh kita buat bersama...Ibu dan Anak sama-sama baru belajar. Ibu baru belajar menyusukan. Anak pula baru belajar menyusu. Bersabarlah..bila anak dah pro hisap, ibu pulak akan rasa sangat seronok. trust me!

Cukup ke Susu???

Perihal susu cukup atau tidak pula..boleh dijawab dengan merujuk gambar dibawah ini. Tengok betul-betul ye..


Mengikut apa yang Doktor pakar laktasi sampaikan dalam kelas penyusuan yang erna pernah hadiri, perut baby yang baru lahir hanyar sebesar sebiji guli. Kawan-kawan ambil sebiji guli dan tengok betul-betul..kecik ke besar? kecikkan? itulah size perut baby yang baru lahir. So, tidak hairanlah pada hari pertama dan minggu awal kelahiran baby, susu yang mengalir keluar dari payudara kita tak banyak. Sikit je..sebab memang itu adalah mengikut keperluan baby kita. Erna, masa awal kelahiran iman dulu..pernah erna pam 30minit. Hasil yang erna dapat kurang dari setengah auns/oz. Sikit kan? Tak sampai 1oz pun tau! Jujur, erna memang ada terdetik di hati.. "sikit nye susu aku.." Bila tunjuk pada suami dan suami cakap.. "sikit sangat susu yang ummi dapat. Cukup ke susu sikit tu untuk iman..??" laju je mulut erna jawab.. "size perut iman sebesar sebiji guli. Bermakna, hasil susu perahan yang ummi dapat ni, lebih dari mencukui untuk iman.." Berulang kali ucap syukur dalam hati dan mendoakan susu sentiasa cukup untuk iman. Mind set pun sentiasa positif. Tak nak cakap susu tak cukup. Walaupun tadi dah terlintas di hati. hehehe..

Menyusukan Anak Atas Permintaan Bukan Mengikut Jam

Biasanya orang yang datang melawat kita dan baby kita yang baru lahir akan mengutarakan soalan femes yang kadang-kala buat kita kurang selesa dan dari soalan itu juga secara tak sedar kita dah salah mengaplikasikan konsep penyusuan. Soalan seperti.."Berapa jam sekali bagi minum? Baby lelaki memang kuat menyusu..bla..bla..bla.." Pesanan erna, jangan sesekali menyusukan baby ikut jam. Lagi satu, susukan baby sebelum baby menangis. Kalau sampai tahap baby dah menangis, itu tandanya baby dan marah. Kalau boleh, susukan baby bila baby mula tunjuk tanda-tanda nak menyusu seperti mulut terbuka, jelir lidah dan hisap jari atau tangan. 

Baby akan menyusu sekerap yang dia mahukan. Maknanya tiada masa yang tetap untuk baby menyusu. Baby akan menyusu sekejap, berhenti. Menyusu lagi dan berhenti. Itulah rutin baby yang baru lahir. Bukan sebab tak cukup susu tau! Tapi baby baru lahir memang macam tu. Bukan menyusu dengan banyak dalam masa yang sama. Biasanya baby akan berulang-ulang kali menyusu. 8-12kali dalam tempoh 24jam.

Iman pun macam tu juga. Nasib baik ada yang membantu. Kalau erna tak larat pun, ibu akan bagi iman kat erna untuk susukan iman. Tak pulak erna stress sebab ibu ak pernah sebut iman tak cukup susu. Iman minum sikit je. Lepas tu iman dah tidur. Geram ummi. Rasa nak gigit-gigit je iman tau! Da la comel masa kecik. Macam burung je kecik iman masa baru lahir..sekarang ni, ummi tengok dah macam ayam. hehehe

Sakit Puting/Nipple Bila Baby Menyusu
Mengalami sakit pada puting/nipple adalah berpunca daripada lekapan mulut baby yang tidak betul. Sama seperti yang erna ada nyatakan di atas, ibu dan anak sama-sama baru belajar.. Jika menyusukan baby, sentuh bibir atas baby pada puting/nipple dan bila baby mula buka mulut..kita cepat-cepat tarik baby ke arah payudara kita. Supaya lekapan mulut baby pada puting/nipple kita akan betul. Taklah rasa sakit nanti. Jangan biarkan baby hisap pada bahagian puting/nipple sahaja. Biar baby buka mulut luas-luas dan bagi baby hisap puting/nipple serta areola (kawan gelap di sekeliling puting/nipple).

Teringat masa kali pertama menyusukan iman dalam kereta. Masa tu perjalanan pulang dari hospital ke rumah perlis. Erna minta suami bawa kereta dilorong kiri sebab nak suami drive slow. Suami drive slow sangat-sangat sebab erna tengah menyusukan iman. Itu pun banyak kali marahkan suami sebab iman akan nangis sebab banyak kali terlepas puting/nipple dari mulut comel dia tu. Lawak pulak kalau ingat peristiwa tu. Suami pulak jadi mangsa. Sedangkan pada masa tu, ummi belum pro nak susukan iman. Iman pun belum pro nak latch dengan baik.Kesian babah. Babah pulak jadi mangsa ummi dan iman. Sebab tu kami sayang babah sangat.

Pernah juga, tengah syok-syok iman menyusu, tiba-tiba erna menjerit. Terkejut yang lain. Puncanya..erna terleka biar iman hisap nenen. Tup-tup terlepas dari lekapan dan gusi iman tu seakan-akan mengigit puting/nipple erna. Nak melelh air mata masa tu. Sakit bukan main. Sakit sangat..Kenangan indah..Itu dulu..sekarang iman dah pro. Ummi selak baju & bra, iman dah mula bukak mulut =)

Seab tu kalau kawan-kawan yang menyusukan baby mengadu rasa sakit pada puting/nipple masa menyusukan baby..erna akan explain tentang lekapan mulut baby yang betul. Bukan baby tak pandai hisap tau..bukan sebab puting/nipple kita over besar..sebabnya baby masih belum teror nak buat lekapan yang betul. Hari-hari praktikkan..lama-lama akan teror.

Baby Kerap Beyak la..Najis Cair Pulak tu. Ok ke ni?

Awal-awal dulu, pernah jugak ibu cakap iman macam cirit. Erna pun terkejut jugak bila ibu cakap macam tu. Memang hari pertama hingga hari ke-3, najis iman warna gelap. Lepas pada tu, jadi warna kekuningan. Erna tak tengok sangat najis iman masa awal-awal pantang. Ibu yang tolong tukar diapers iman. Bila ibu cakap iman cirit, mulalah susah hati. Tapi bila teringat tentang info najis baby yang minum susu ibu sepenuhnya  akan bewarna kekuningan dan berbiji-biji..terus erna terangkan pada ibu najis macam mana yang sihat untuk baby. Faktor lain yang menyebabkan ibu cakap iman sakit perut dan cirit..iman kerap beyak. Banyak kali ibu tukar diapers iman.

Soalan baby kerap beyak dan najis cair kekuningan dan berbiji juga adalah antara solan femes. So, kawan-kawan semua..meh nak bagitahu kalau yang belum tahu..keadaan najis begitu adalah normal dan kekerapan baby beyak bukanlah tanda sakit perut. Baby yang minum susu ibu memang akan kerap beyak. Sebabnya, susu ibu bertekstur halus. Mudah hadam. Itu adalah penerangan mudah erna sampaikan kepada ibu. Kalau kita nak tahu baby cukup minum atau tak, boleh juga kit akenal pasti dari segi kekerapan baby beyak dan basah ke tak diapers baby. Kalau dah kerap sangat beyak..mana mungkin baby tak cukup makan minum. Kan? Jangan risau ye..

Ini contoh najis baby yang minum susu ibu sepenuhnya. Warna ala-ala mustard cantik. (mentang-mentang support susu ibu, najis pun nampak cantik. hehehe)Berbau masam manis. Biasanya akan berbiji-biji juga.

Ini pula contoh najis baby yang minum susu formula. Warna pucat dan coklat kekuningan ala-ala peanut butter. Najis lebih terbentuk dan tidak lembek seperti najis susu ibu. Ini kerana susu formula tak dapat di cerna sepenuhnya. Bau memang kuat! huhuhu


Pam Susu Dapat Sikit Sangat T______T

Sekarang ni setiap ibu yang bekerja ada lebih kurang 2-3bulan tempoh bercuti selepas bersalin. Kan? Soal tak cukup susu bila mula kerja..boleh kita elak dengan usaha gigih. Usaha kumpul susu sejak dari dalam pantang lagi. Kurma adalah antara makanan terbaik untuk ibu yang menyusukan baby. Ini juga antara milk booster terbaik erna. Kalau dulu erna pam dapat banyak..sekarang ni, terasa kurang hasil perahan. Erna tak pernah set dalam minda susu tak cukup. Berulang kali cakap, cukup..cukup..cukup..Kalau 1x pam dapat 1oz. 4x pam dah dapat 4oz. 

Pam susu selepas baby menyusu. Sebab baby dah merangsang pengeluaran susu dan insyaAllah penghasilan susu akan tetap ada. Kalau boleh,pam awal pagi. Dulu, erna sanggup bangun kul3pagi semata-mata nak pam susu. Sebab kalau erna pam susu kul3pagi..hasil sangat best! Sekarang, erna selalu tidur lewat dan akan pam susu sebelum tidur. Awal pagi sebelum pergi kerja, erna akan susukan iman dan pam susu. Bekalan freash untuk iman..Kalau ibu yang cuti bersalin mula kerja, baby tak minum banyak sangat. Jadi, ibu jangan risau..Tenangkan fikiran dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah..


Melihat anak yang dikandungkan tertidur kekenyangan adalah moment terindah dalam hidup. Menyusukan anak yang dikandungkan dengan air susu yang mengalir dari tubuh sendiri, membuatkan diri rasa puas. Ibarat mengalirkan kasih sayang yang tidak pernah terhenti kepada permata hati. Bukan merendah-rendahkan ibu yang tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Kerana, semua ibu mahu berikan yang terbaik kepada anak mereka. Bukan haram susu formula di suap ke mulut anak. Bukan salah menyalurkan susu formula kepada anak. Tetapi, bagi diri sendiri..sehabis daya dan sehabis mampu, akan berusaha dan memperjuangkan susu ibu.

Jika dulu sekadar memasang impian dan bersungguh-sungguh nak menyusukan anak yang di kandungkan..kini, bila anak itu telah lahir...Muhammad Iman Zikir, impian dan sungguh-sungguh ummi bertukar kepada kepuasan dan suatu kemestian yang diperjuangkan. Ini juga adalah rezeki dari Nya. Harini ALLAH izinkan susu erna cukup untuk kenyangkan perut iman, esok lusa..erna belum pasti. Justeru itu, setiap saat..sentiasa berniat serta berdoa, mohon agar ALLAH izinkan dan permudahkan jalan penyusuan untuk permata hatiku ini....

Rezeki ALLAH datang dalam pelbagai cara..

Penyusuan susu ibu ini juga adalah fitrah..

Ummi Sayang Iman!

P/S: InsyaALLAH, kalau aku rajin aku akan share pasal persediaan aku untuk bf journey for my little cupid nanti.. =)


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Pregnancy Updates ~ 35 weeks

www.tips-fb.com

As salam~

Memang kalau hari Isnin ja aku memang tersangat malas..Monday Blues katanya..semakin hari aku semakin malas..ya la pembawakan budak kot..mananya tak malas, badan ni dah rasa macam dugung dah ha..huah~huah~this week dh masuk 35 weeks tau..uhh~debornye..counting the day & at the same time sgt tak sabar nak jumpa my little cupid dalam perot nih.. =)

Ok meh nak update sikit la perkembangan aku yang t'sangatlah kembang ni setakat 35 minggu mengandungkan bb "U" nih..aik?? bb "U"? hee~hee~ibu ngan babah dah standby nama untuk our baby tau.. tp namao expose lagi..tungguuu~

  • Berat badan takyah cakap la kan..dah melebih-lebih la..pegi checkup dah kena bebel, tahan telinga je la..pasrah..masuk trimister akhir ni aku jadi tak lalu nak makan nasik balik la..jadik macam awal-awal pregnant dulu..yang aku prasan, bila makan ja perut jadi sebu..rsa berangin ja..asyik-asyik nak sendawa bagai..padahal makan nasik tu pon bukannya bnyk pon..so bila tak makan nasik, aku carik benda lain untuk replace nasik macam keowteow sup ka, roti ka tp tu la bukannya sekenyang makan nasik..natijahnya aku akan melantak sebanyak mungkin..dah tu macam mana tak jadik dugong?
  • Even kg dalam buku merah dah bertulisan merah, Alahamdulillah aku clean dari sebarang penyakit..dah 2x kena minum air gula & resultnya aku clean dari kencing manis..disebabkan berat badan naik mendadak gak la aku kena monitor tekanan darah kat klinik company aku selang sehari & Alhamdulillah BP aku cantik..pheww~takot gak kalau berat naik penyakit macam-macam bertenggek..
  • Masih gigih drive ke tempat keja..drive tak dak hal, yg jadik halnya sekarang aku payah nak keluar masuk keta ok..Persona kan sitnya rendah ja..bila nak masuk bleh gagah lagi tp bila nak keluar, alahai~ siap kena adjust sit ke belakang dulu then keluar pelan-pelan..payah gak spesis perut besar nih..huu~tp kalau bawak Myvi i olls senang hati sebab sit Myvi tnggi kan..masuk-masuk tu duduk trus.. sitnya tak rendah kebawah sangat macam Persona..tp still kena adjust sit tu jauh sket dari stereng..paham kan napa??kang nanti berlaga perot kot..hikhik~
  • Bila sampai tempat keja aku dah susah hati..nk kuar keta sepasai, nak berjalan dari parking lot ke opis sepasai..jauh gak ok..around 200meter camtu..kalau kaki aku tak bengkak tak pa ni dah macam kena untut dah ha kaki aku ni..sampai ja kat bangunan opis, aku nak kena naik tangga lagi..adoi la..penat + semput..pfffttt~ 
  • Barang-barang baby aku dah siap masukkan dalam bag dah..cuma barang-barang aku ja blom complete lagi..bertekad untulk completekan suma around next week..next week dh 36weeks kan..tak bleh amik mudah lagi..kang tengah-tengah wat keja tetiba rasa nak terberanak jenuh..
  • Equipment untuk bf pon so far dah complete..breastpump, feeding bottle, storage bottle suma dah complete tp blom sterilizekan lagik..mama cakap agak-agak dah dekat sangat baru sterilize suma benda alah tu..okies! menurut perintah..Ilmu pasal bf pon dikumpul sebanyak mungkin sebagai rujukan di masa akan datang..chewah~ semoga niat murni aku untuk fully bf bb "U" dipermudahkan Allah..Aminn..
  • Aku blom cukup makan 7 bijik buah delima yang PIL aku belikan..tau tak jenuh aku rasa nk abiskan 7 bijik tuh..diorang beli kalau tak silap time tu aku around 3month..sekarang dah 8bln++ dah ada lg 2bijik dalam peti sejuk tuh..nasib baik xrosak..tp aku berjaya abiskan 1botol pati delima Gulshan yang aku beli dari akak opis aku..hehehe~buah delima sangat sedap kan, korang..khasiatnya untuk ibu & baby korang pon dah tau kan..kalau tak tau, sila Google okeh? >.<
  • Kemarin aku pegi jumpa bidan untuk mintak dia tolong angkatkan kedudukan bb "U".. bukan apa, lately aku jadik susah nak bangun, nak berjalan sebab rasa keras & sakit teramat sangat kat bahagian bawah perut ni..bidan tu cakap baby berat sebelah kanan..& dah semakin turun dah..lepas angkat & tolak-tolak sikit..baru rasa kurang sikit sakit ni ha..Minyak selusuh pon dah order ngan bidan tu dah..Khamis ni bleh pick up from her.. =)
  • Aku ada beli VCO Tanamera..ada yang aku baca bleh gak dijadikkan minyak selusuh..wat minum bila perut dah masuk brapa minggu ntah tp aku tak berani la nk minum lagi..Perineal massage pon bleh wat guna minyak VCO tu tp aku macam ngeri ja tengok cara perineal massage tu la korang..tp nak tak nak aku nak wat gak nanti..uhuu..
  • Perkembangan bb "U" plak ok..dia sangat-sangat mengada-ngada kalau babah dia panggil-panggil & letak / gosok-gosok perut ibu..terus la nak kick la, angkat siku / lutut bagai..hehehe~comel sangat okeh..ngilu rasa perut ibu nih tp seronok sangat..kelakar pon ada..dok bayang bb "U" tonggek-tonggek punggung macam Sinchan pon ada..hahahaha~bila babah gosok-gosok balik baru bb "U" turunkan siku / lutut / punggung dia.. kalau tak nampak terbonjol ja kat tengah-tengah perot nih..>.<'
Oklah~dah banyak sangat yang aku share pasal update setakat 35 minggu aku mengandung ni..honestly, aku sangat-sangat menghargai saat-saat mengandungkan bb "U" walaupon macam-macam dugaan yang aku hadapi..tak kisahla bentuk fizikal aku berubah 100% sekalipon semasa mengandungkan my little cupid asal aku dapat melahirkan zuriat untuk suami tercinta..bila tengok hubby sembang & main-main perut rasa bahagia sangat..korang pon rasa benda yang sama kan? share la ngan aku gak.. >.<





Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Wordless Wednesday : Aiyoo~nama apakah ini? huhu~

www.tips-fb.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

www.tips-fb.com

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Catatat dari wad bersalin, nukilan seorang suami.

www.tips-fb.com

Received an email from my officemate, Fatin..member si Fatin forward this entry kat dia & aku try Google untuk cari the owner of the blog & i've found PurPLe Lady blog..honestly, time baca entry nih aku rasa seriau, ngilu, touching, sedih, macam-macam la..ehmmm~korang baca & nilai sendiri la ye..
 
Catatat dari wad bersalin, nukilan seorang suami.
Copied from PurPLe Lady blog..
 
A surprise from Kekasyfi Hati. Tak sangka die sempat mencatat pengalaman ni sambil menemani I dalam labour room aritu. Even tak habis tulis ketika di dalam tu sebab critical mode sudah ON, dia sambung lagi lepas tu and sudah cukup mengharukan saya. Note: My husband bukan jenis yang romantik ye, langsung tidak. Birthday I ke ape ke xde nye nak surprise ke plan ke adiah ke.. So bila die buat catatan ni, sy terlebih terharu pulak. ;p Maafkan die kalau susunan ayat tunggang langgang, tatabahasa entah ke mana. Biasa la BM time SPM dapat B, kan dear? Haha.

Catatan ini dari wad bersalin. (Serius)

Bagi aku hari ini sgt panjang, bagaimana pula bg seorg ibu. Kawan2 mula memberikan komen mereka mengharapkan yang terbaik terima kasih; ely, mad zain dan len2. Induce pada pg td jam 8. Bukaan br 2 cm, jam 1.30 ptg br 4cm ada lg 6 jam lg untuk bukak 10cm kata doktor.

***

Org sebelah td dh msk OR utk c sec. Eppa bleh tahan lg katanya. Mula terfikir dalam kepala time nk men nk seronok sama2, time cmnie kenapa sorg jer yg tanggung? Maybe mende cmnie slalu ada dlm kepala ibu2 di sana. Tgk monitor HR baby mcm tgk saham plak kjp naik kjp turun.

Jam br kul 4, uik lamenyer. Selalunya waktu nie maybe aku masih dlm cubicle dah stat nk borak2 before start balik kje. Bkn balik kje tp kembali bekerja.

Sesekali contraction dtg, dpt dilihat mcm mnr die mengeletar badan menahan sakit, tgnku digengam erat, mengigil biibir seolah mahu bertutur. Aku pernah tgk keadaan mcm nie tp tue time arwah nenek aku nk meninggal. Mcm peristiwa saat akhir hidup. Smpi begitu skali tatkala contraction dtg air mata berlinangan seluruh badan mengigil. ape yg aku bleh wat just bg tgn utk digengam olehnya. Dari skala 10 mungkin dh 6 aku rasa. Aku rase ulang blk ayat td.



***

Keadaan tenang seketika kecuali bunyi HR baby. Time nie aku wat2 bz mcm aku lah doktor. Saja nk wat bini yang tgh sakit lupe kjp yg die sakit. Dia senyum, tp senyum dlm perit rase nye. Dalam kepala nurse mesti ada signboard penyibuk kt ats kpla nie..haha. Nasib ko lah nurse. Time xda contraction eppa lelap kjp, aku pon sama lelap lh kjp. Ngantuk mlm td berjaga kjp.

Tgk jam br stgh jam rupenye. Lame nye hari nie. Solat asar kjp. Pe2 hal, xper nurse tue bleh dipercaya. Dalam solat aku doa mcm2 permudahkanlah segalanya, tp np lame sgt kene tanggung skt nie, bisik otak busuk aku, nie bkn mudah nie payah. Nape tuhan xmau permudahkn np xmau tolong np x makbul doa masa nie. Astaghfirullah, lantas sebelum syaiton mula membisik kata2nya, hati berkata "sapa aku nk tentukan ini bkn yg terbaik, mungkin ini adalah yang terbaik utk eppa, mana aku tahu btl x? Mana tahu kalo senang sgt lahir baby xhidup ker ada masalah ker, xpon masa depan nnti akan ada prob len. Aku bkn tuhan, ini bantuanNya ini adalah yang terbaik utk baby dan eppa..semoga dipermudahkan segalanya Amin...

Ape2 hal aku msk blk wad. Dah jam 7 br 5 cm bukak, eppa nmpk mcm dh x larat, muka pucat tgn berpeluh. Plan C perlu, detik hatiku. dah lama sgt nie aku rasa. G wat air kurma jap lecek kurma ngan air zam2. Curi2 msk bg kt eppa. Dh dkt sehari lepas lempeng mc D pg td. Masih bleh gelak-gelak tp aku ragu2. Masa sakit pon nk layan aku gak. Doktor msk check bukaan dh bape, xbyk pon slow progress. Dh immune ngan ubat induce tu aku rasa.

***

Masa labour..(mode red alert) jam 9 lebih. Merah muka mcm br lepas kene lempang doblas kali. Adrenalin dlm bdn meningkt dgn byknye, nervous seram sejuk. Otot keras mcm roh dah kt ujung tanduk, Urat menjerkah mcm akar kayu pokok bakau. Nafas dalam2 mcm nk lemas. Sakit mcm????? Aku xdpt nk bayangkan. Air mata bercakap bg pihak lidah takkala itu aku rasa. Penat sakit. Lost for words this moment. Kali nie graph contraction dh mcm2 bentuk, selang 5 min, every time dtg contraction, eppa mengenggam, nurse kate mcm dh dekat. Kalo bleh push, push kuat2 sync skali dgn contranction tue.

Dr chang dtg tgk, eppa is ok dia kata. Like hell i would say ok! I asked him everythinglah this time. "She is doing fine this time, quite slow at 1st but she already catch up. Dia gantung 2-2 kaki eppa kat penggantung sebelah katil. And suruh tarik handler tu time push instead of pegang tgn aku.

***

Jam 10 sekarang, dr said, "it's the time!!! She need to do her work 1st b4 hand.", Masa nie drh dh byk kt bawah tue, nurse suh push kalo ada rase, dear push skali taw, aku try ajar eppa mcmlah aku ada pengalaman, eppa wat xtaw dh kali nie. Tapi die tak menjerit-jerit mcm org sbelah td.

Ok time push sampai, "dear push dear mcm berak, ppush!!!! Cpt fokus!!!" Ngan aku2 skali push. Argh time nielah aku sakit perutlah nk kencinglah mcm2lah. Hangin btollah. Time2 push tue aku ada push angin skali terlepas kt punggung, ada bunyi plak tue, protttt! Tp xda sapa berani sebut sebab nurse ngan doktor tgh kalut. hahaaaha.. Lawak pulak bler pikirkn kembali.

Nurse ckp ok dh nk nmpk dh. Aku try tgk time nie masa push dh nk abis. Ok rmbut dh nmpk. Darah jgn cite lah. Dr chang dh ready. This time now or nothing. Push dear skang graph cecah seratus. Aku nmpak dh. Dr suh push smbil die amek jarum, time push dtg die cpt suntik skit. Eppa konfirm xrasV e, sakit push tue lg sakit. This time gunting plak, time push die gunting cpt dinding vagina. Trust me, it's disturbing to take a look at it! Aku kemutkan punggung time tgk nie mcm aku punye kene gunting. Seriusly bayangkan kt sebelah antara vagina dgn lubang bontot tue terasa bilah gunting tgh hiris daging korg seraya tue darah terpancut smbil daging terkoyak sendiri akibat tolakan bayi tue..uishhh time type nie aku masih terbayang smbil mengemut punggung.. Aku sayang bini aku oi!!!! Darah menyembur dr tmpt gunting tue, tp bukaan dh besar. "Doktor, can you use vacuum, I dah tak larat, no energy". eppa ckp. Vakum kene gune sbb dh xlarat push. Last push, masa nie alat kecik dimskkn utk sedut rambut, bkn rambut tp kepala nasuha. Aku tgk time nie smbil suh eppa fokus. Final push, jgn ada bunyi eppa push and dr tarik alat td. Aku nmpk kepala, badan dan kaki. Nasuha dh kuar, suara baby, aku kelu seketika. Kucup dahi wife. Time nie kalo lagu raihan jd ost mesti best.

Thing not finish yet, Doktor suh aku potong tali pusat, wut an honour. Baca selawat bismillah then aku potong. Maka lahirlah baby Suha ku ke dunia. Aku rush ke bilik amek air zam2 dilecek kurma, nie penting sbb mknn 1st baby kalo x susu ibu mesti kurma makanan nabi. Effect lepas lahir nanti kurang % kene kuning. Alhamdulillah setakat ni Nasuha tak de kena kuning. Azan dan iqamatkan Nasuha.

Blom settle lagi. Kali nie kene teman eppa. Masih kt atas katil tmpt td nak kene jahit. Uri td tertinggal then doktor kene cekut skit2, bayangkan skit labour td xabis lg ditambah blk sakit kene cekut. Cekut tue cmner agaknye? Nk cite die mcm nie, doktor punye tgn tue kene seluk dlm rahim then tarik skit2, aku tgk live aku x bohong kalian. Time tarik tue sakit mcm labour td. Aku raselah. Aku suh eppa fokus sambil tahan nafas. Sepanjang 20 min tue aku bleh tolong wat die fokus jer. Ape aku boleh wat selain dr tue??? Xda.

Umi tgh take care Suha dekat luar dengan nurse. Time jahit plak jam dh nak dekat kul 12, Doktor wat kemas tali jahitan. Aku tgk start dr 1st cangkuk yg Doktor tarik dgn tali smpi last die ikat. Time tarik darah menitik kt tali protein tue. Berbekalkan cahaya wad bedah luka td dijahit, jelujur halus aku rase. Rapat xnmpk tali tue. Sikit2 daging koyak tue merapat.

***



Eppa aku tgk dh tertdo gamaknye. Jam 2pg takut ku pejamkn mata mengenang kembali detik td seraya melihat dia yang sedang tdo di sebelah kepenatan, tkt die pergi dahulu sebelum aku. Aku sayang dia, aku sayang wanita di dalam hidupku.

Buat muka cam anak burung kalo nk mintak susu mama.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

3D 4D Scan @ 32 weeks

www.tips-fb.com

Selamat pagi!!
Harini mood agak ok..
So far my pregnancy journey is good..
tp tak la good yang amat sangat sebab bila perut dah semakin membesar
& baby pon semakin aktif so pergerakan semakin terbatas..
ditambah plak bengkak kaki yang semakin susah nak surut..
Ada gak rasa sakit-sakit kat pinggang, tulang punggung & tulang kat bahagian atas my private part..
Ehmm~baru la paham betapa susahnya nak jadi sorang ibu..
sangat-sangat menginsafkan..
Macam ni la mama aku rasa dulu kan.. *touching*

Sebenarnya hari ni aku nak expose my baby face bila dah masuk 32 weeks ni..
kemarin pegi scan 3D 4D scan kat Hospital Pantai Sungai Petani ngan hubby..
before ada call hospital nak wat appointment untuk scan tp time tu baby baru 28 weeks..
Gynae cakap waktu yang sesuai wat 3D 4D scan is around 31 - 32 weeks..gituu~
Before this ada terbaca yang ada doctor or gynae yang cakap untuk wat 3D 4D scan
adalah sebelum 30 weeks kan..ntah la..I is ikot saja..asal dpt tengok my baby's in my tummy..

See~my little cupid tengah tdo kot time ni..
susah bebenor nak tengok muka dia tau..hai la sygibu..
jenuh Dr. June George, gynae yg entertain kitorang tu cari the best part supaya
nampak muka baby..ditutup mukanya dengan tangan plak..

haa~yg ni nampak bnyk la sikit muka baby.. *dah bnyk, sikit pulak..apakah.. >.<'*
pipi mak ai~tembam..geram ibu ngan ayah tengok ok..
Alhamdulillah~baby progress suma in a good condition..
berat baby dah around 2.1kg & it's normal..
syukur ya Allah..

Tau tak bila nampak muka baby kat screen time scan tu rasa 
sangat-sangat terharu..macam tak percaya ja dalam rahim aku ni
ada little someone..terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu yang tidak ternilai ni..
Hubby senyum memanjang sepanjang time scan tu..excited lettew..heheh~

Dan~dan~
i want to officially announce that my little cupid insyaAllah will be a ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekian terima kasih.. >.<'

p/s: tak sabarnya nak jumpa my little cupid..nak gomol-gomol baby..hehehe~ibu will do anything for you, syg..take care of yourself inside my dear..ibu & ayah love you sangat-sangat..
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah
badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Khas buat B2B Muslimah - Wedding Outfit Menutup Aurat

www.tips-fb.com

Blogwalking tadi then terjumpa diz blog,
Website ni khas untuk mana-mana B2B yang masih tercari-cari wedding attire yang sopan
& Islamik (menutup aurat dengan sempurna; tudung labuh menutupi dada dsb.)
Sejuk ja mata memandang tengok pengantin yang pakai tudung labuh-labuh ni kan?
Napa la aku tak jumpa website ni sebelum kawen dulu??uhuu~
 
Sopan itu anggun..
Menutup aurat dengan sempurna tidak bermakna kecantikan
sebagai seorang wanita itu tidak terserlah kan?? =)
 
Cantik sangat..
I love this colour..
 
Pictures credit to http://www.ejashahril.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...