Love

Pregnancy Update : Kaki Bengkak

www.tips-fb.com

Before



After


Agagaga~amacam? ngeri tak tengok kebengkakkan kaki aku yang super gajah tu..seksa tau bila kaki bengkak semasa pregnant ni..sangat tak selesa..nak jalan pun cepat ja kaki ni sakit..nak solat pon sakit bila nak duduk di antara 2 sujud & tahiyad tu..ehmm~ tak pa la demi my little cupid aku akan terus kuat walaupon kaki sebesar belon panas sekali pon.. eh?

Selalunya kaki ni membengkak dengan jayanya kalau hari aku keja..duduk lelama confirm kaki bengkak..awal2 pagi datang keja kaki ok la pakai kasut pon tak dak masalah tp bila nak balik keja siap la kaki muat kat hujung-hujung kasut ja..haii~memang kaki ni membengkak dari awal pregnant lg tau..faktor genetik kot..mama & adik aku pon time pregnant awal-awal dh bengkak kaki..orang lain kalau kaki bengkak tu dah dekat-dekat nak bersalin..

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
Sumber: http://metrobestmom.blogspot.com  


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

4 comments:

Suria said... Click To Reply!

suria pun kaki dh start bengkak dr 20weeks lg, skrg ni 24weeks lg ketara bahagian belakang kaki, betul la duduk lama sgt kot.. tp bila berjalan sakit pulak

- AZIE - said... Click To Reply!

bengkak btl kaki nie..besar jadinya...setakat nie sy pun bengkak jgk, tp masih minima

Munn Jaafar said... Click To Reply!

ya Allah...besarnya bengkak! aduhhh....mesti sakit ni... :(

::eLeya:: said... Click To Reply!

suria~btol2..rasa xsedap kan nk jalan bila kaki bengkak nih..+ cepat penat..dah mcm baby elephant dh rsa..uhuu~

Mrs. Lurve~heheh~mmg..ramai ckp kaki sy bngkak sgt2..tp nk wat cmna kan..redhakan ja.. =)

Munnafendy~sakit tu tak sangat tp rasa tak selesa la dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...