Love

Khas buat B2B Muslimah - Wedding Outfit Menutup Aurat

www.tips-fb.com

Blogwalking tadi then terjumpa diz blog,
Website ni khas untuk mana-mana B2B yang masih tercari-cari wedding attire yang sopan
& Islamik (menutup aurat dengan sempurna; tudung labuh menutupi dada dsb.)
Sejuk ja mata memandang tengok pengantin yang pakai tudung labuh-labuh ni kan?
Napa la aku tak jumpa website ni sebelum kawen dulu??uhuu~
 
Sopan itu anggun..
Menutup aurat dengan sempurna tidak bermakna kecantikan
sebagai seorang wanita itu tidak terserlah kan?? =)
 
Cantik sangat..
I love this colour..
 
Pictures credit to http://www.ejashahril.com


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Cara meneran yang betul apabila nak beranak.

www.tips-fb.com

Semua orang tahu, bila kita nak bersalin, misi-misi atau doktor-doktor mengamuk-ngamuk marah-marah kita. Jerit-jerit maki maki kita. Hey kita sakitlah! Boleh tak jangan marah?

Jawapannya tak boleh. Kalau tak marah, nanti kau taknak dengar cakap. Bila kau tak dengar cakap, kau atau anak kau akan MATI. Bila MATI, siapa kena maki? Kitaaaaa jugaaaa :’(

Untuk mengelakkan daripada dimaki hamun saat melahirkan, lebih baik kita baca tips Dr. Totin dahulu. Ecewah, bajet tips kau membina? Bolelah sikit-sikit. Daripada korang tak tahu langsung kan?

Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
  1. Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
  2. Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
  3. Keluar lendir lendir darah.
  4. Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
  5. Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!

Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.

Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?

Relax, jangan gelabah.


Pushhhhh puuushhhhhhh.



Cara posisi meneran yang tepat: 
  1. Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kapau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
  10. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.
Copied from blog http://totinx.com 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Babymoon Trip @ Langkawi Part 3

www.tips-fb.com

Okeh~sambung balik our babymoon trip..
3rd day pagi2 kitorang pegi Island Hoping..
Trip nie akan bawak kita round-round 3 pulau tau which is Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar & Pulau Beras Basah..RM25 / pax..kitorang booked untuk Island Hoping ni kat Pantai Chenang..kat situ murah sebab ada yang offer untuk Island Hoping ni dengan harga RM30 / pax..mahal RM5 kot..padahal naik bot yg lebih kurang sama jek bukan naik cruise pon..hee~
honestly, for me trip ni best woo..
syok nek bot lompat-lompat..tp untuk preggy mummy yg baru-baru tu xyah lagi la nek bot ni ya sebab
memang laju & bleh terlompat-lompat tau bila kat laut tu..i olls berani sebab time ni dah perut besau..around 6month ++ gitu..hee~

Camni la bot kitorang..
Heading to Pulau Dayang Bunting..yeehaaa!

Qenyeh sampai telinga..syok lettew..
meh kiss pipi sket meh.. *tetiba* >.<'

Permaisuri Bunting nak berangkat ke Pulau Dayang Bunting..ngeh~ngeh~
Muka excited kan?? :p

Dah sampai..
Cantiknya pulau nih..


Tak bleh berenggang ngan D90 dia..nyampah..uhh~

Welcome~

Sebelum nak smpai ke Tasik Dayang Bunting, korang kena naik turun tangga yang curam gila..
bukan sikit okeh anak tangganya..bayangkan macam korang pegi jungle tracking camtu..bleh korang byangkan aku yang dengan memboyot ni p panjat trun tangga semata-mata nak ke Tasik Dayang Bunting tuh?? pheww~mmg ketaq kaki habaq hang..dah la pregnant+kaki bengkak plak..mau terberanak aku kat situ..uhuu~tp aku rasa aku hebat sebab mampu settlekan trip kat Pulau Dayang Bunting tu..kau mampu?? :p

Tasik Dayang Bunting @ Pulau Dayang Bunting..

Ada orang kata sesapa yang berhasrat nak mengandung & belum ada rezeki
bleh la minum air tasik ni, kot-kot bleh mengandung..kesahihannya xdapat dikenal pasti..ehee~
aku dah bunting so xyah la nak minum air tasik bagai..


Ramai gila orang..


Dalam sibuk-sibuk nak naik bot solar untuk round-round tasik i olls t'nampak anak beranak
yang super gojes & famous nih..yes, K.Nani Rostam & her beauty daughter, Hanis Zalikha, blogger celebrity tuh..time nie diorang 1 family pegi Island Hoping gak..tanpa segan silu aku suruh hubby snap picture kitorang..2-2 pon nice sgt..& yg penting k.Nani ngan Hanis mcm adik kakak okeh..2-2 pon cantik..hee~
*i olls lg tinggi dari Hanis okeh..i pkai flat shoes, dia pkai heels gitu..* >.<'

Mintak mamat indon yg jaga bot-bot kat situ amikkan gambar kami..hee~

di tengah2 tasik..lenguh kaki den nk mengayuh bot ni..
kata solar tp kalau xkayuh xjalan pon..uhhh~
kesian hubby kena kayuh ssorang sebab si isteri kakinya bengkak boom..


Eh2~macam dh lama xdak pose camwhoring cam gini kan..
syok sendiri kejap.. :p

Nampak tak pulau yg tengah-tengah tu seakan2 pompuan mengandung tengah
baring-baring..nampak x? nampak x? 

Next station..Pulau Singa Besar..
kat sini bleh tengok helang carik makan..round-round pulau tu ja ngan bot..

Helang banyak woo..
depa mkn lemak & perut ayam..bergelimpang lemak & perut ayam kat atas air tu tau..
uwekkk~

Last sekali kitorang ke Pulau Beras Basah..cantik sangat pulaunya..
tp gambar pulau tu blom transfer dr DSLR hubby..aku dh xda mood nk snap picture time tu..
hee~sorry..kat pulau tu sama mcm kat Dayang Buntng, bleh mandi-manda..bezanya kat Dayang Bunting
korang mandi kat tasik, kat Pulau Beras Basah korang mandi kat pantai yg awesome!

Overall, aku puas hati ngan Island Hoping ni..rugi tau sesapa p Langkawi tak 
pegi Hoping Island..lagipon dengan bayar RM25 / pax mmg berbaloi-baloi kot..

Ni entry 2nd last untuk Babymoon Trip aku ngan hubby..
blom habis lg tau..ni baru morning session..
afternoon session blom story lagi..nanti kalau mood aku rajin op koz aku
story ok..daa~


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Hospital Bag Checklist

www.tips-fb.com

Barang Keperluan Ibu

  1. Sehelai Tuala
  2. 2 helai Baju Butang dihadapan. (Saya guna baju nursing yg mmg dah ada)
  3. 2 helai Kain Batik
  4. 1 skirt panjang
  5. Berus Gigi & Ubat Gigi
  6. Minuman Coklat/Milo 3 in 1 dan biskut Jacob 1-2paket kecil (boleh ganti dgn roti etc)
  7. Surah Yassin
  8. Stokin
  9. Minyak Tiger Balm/Vicks
  10. Telekung  (in case saya dah contraction tp belum turun darah/air ketuban)
  11. Buku Pink and IC
  12. Maternity Pad secukupnya
  13. Panties & Disposable Panties
  14. 2-3 Nursing Bra(s)
  15. Disposable/Washable Breast Pad
  16. Selipar
  17. Tudung Sarung
  18. Set Mandian
  19. Sweater
  20. Pump Manual with Bottle
  21. Nipple Cream
  22. Minyak Urut/Minyak Panas
  23. Thermos

Barang Keperluan Baby
  1. Sepasang Baju & Seluar Newborn Size (Long Sleeve)
  2. 2-3 Pasang baju bayi
  3. Sehelai Napkin
  4. Sehelai Tuala Bayi
  5. Sehelai Receiving Blanket
  6. Stokin dan Mittens Newborn
  7. Topi/Hat Newborn
  8. Newborn Diapers (15 pcs)
  9. 2-3 helai barut bayi
  10. Selimut bayi/Napkin untuk bedung
  11. Minyak telon
  12. Pseudocream
  13. Set Mandian bayi size kecil
  14. Small size Baby wipes (paraben free)

Barang Keperluan Ayah
  1. Kain Pelikat untuk solat ketika di labour room
  2. Camera
  3. Charger IPhone 
  4. Ipad
  5. Pakaian
  6. Towel
  7. Set Mandi


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Jalan-jalan i-City, Shah Alam

www.tips-fb.com

Sebenarnya kitorang hubby & wifey ke i-city ni dah lama..dlm bulan November 2012 cmtu..
Lepas hantar adik-adik ipar naik flight ke Kemboja, aku ngan hubby singgah umah mak cik aku kat area Shah Alam so dh terlanjur kat situ kitorang bincang punya bincang last-last sepakat nk ke i-City sebelum gerak balik Sg.Petani..2-2 pon kaki jalan kan..hee~
Time ni perut xberapa nak besau lagi..around 5 month kalau tak silap..
Sorry la, aku malas nak letak caption segala..layankan gambar-gambar je la ya.. =)
















Fatehah Elia Subri..
Mmmuaahh~ 
*tetiba* >.<"


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Mengidam

www.tips-fb.com

Memang sejak azali aku ni sgt suka makan chocolate, ice cream, kek..
yes, i know benda-benda manis ni sangat tak bagus utk aku plus tengah-tengah preggy nih..
tp aku makan pun still beringat gak la kan..tp bila pregnant ni pantang nampak kek mesti nak 
ja masukkan ke dlm tekak ni ha..bleh termimpi-mimpi ok kalau tak dapat makan..uhuh~

Ada 1 hari tu rasa nak sgt makan kek tiramisu..sambil membayangkan betapa 
heavennya bila kek tuh meluncur laju ke dalam  mulut & trus ke anak tekak nih..lagi-lagi bila kek tu sejuk-sejuk plak..alahai~meleleh ayaq lioq habaq hang..hahaha~
then trus laju-laju text kakak angkat aku, k.normah..bgtau dia ibu mengandung mengidam nak makan tiramisu kek..heheh~k.normah memang pandai bake cake..cakap ja nak makan kek apa, order ja..
dah la kek dia super sedap..wuhuu~beruntungla ada kakak angkat secomel & sehebat k.normah..wahhh~puji melangit plak kan..
k.normah gak la yang watkan wedding cake, apam polka dot, cheese tart untuk wedding aku..
kalau korang nak tengok air tangan dia try search Red Cherry Bakery kat FB eh..aku malas nak bg link bagai..lg 1, k.normah ni owner Red Cherry Bakery ok..

Tiramisu kek yg super sodap!
Amek kau! melahap sampai lebam..aku dapat free ok tiramisu kek nih..
dia wat special untuk aku..actually ni bekas biskut raya yang agak tinggi & besar tau..
memang puas makan la kan..aku sorang makan hampir 70%, lg 30% hubby, mama, adik-adik aku makan..
hebat tak aku bleh melahap sebanyak 70% dari sebijik tiramisu kek nih?? >.<'

Ni my lovely wedding Russian Cake..
K.normah watkan gak..alahai~sedap sangat-sangat..
sekarang rasa nak text dia lg la ckp mengidam nak mkn Russian Cake plop..ehee~
untung-untung dapat kek free..wahahaha~
silap-silap aku dapat pelempang free dr k.normah..padan muka..
bagi sebijik kek free, nk lg sebijik free..dah la stok kek memahal plak tu..
*penampar free nak?? :p*



Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

100 Panduan Siap Sedia Bersalin

www.tips-fb.com

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
Sumber : http://pama.karangkraf.com 


Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Babymoon Trip @ Langkawi Part 2

www.tips-fb.com

Jom sambung jalan-jalan ngan kami berdua lg nak??
day 2 (28th Dec 2012), tempat pertama yg kitorang terjah selepas pekena nasik kandaq is Kota Mahsuri..
Penat gak jalan-jalan dlm kota ni..lama jugak la spend time dlm tu..penat..
i olls malas nak letak caption utk suma gambar..very sorry ya.. >.<'


Hubby i mmg agak hover dlm bergambar..heheh~

Last dtg sini kalau xsilap masa tu aku Form 4 kalau xsilap..around 2001..
dulu dtg sini ngan family..skrg dtg ngan my lovely hubby & usung my little cupid dlm perot sekali..hikhik~
banyak yang dah berubah kat sini..



Lepas dah penat round-round Kota Mahsuri kitorang plan nak ke naik cable car..ada hati tu aku yang memboyot ni nak naik cable car..huu~tp dlm perjalanan sblum ke cable car tu kitorang nampak ada pantai apa ntah namanya..cantikk! ramai gak families yg picnic kat situ..for me, pantai ni sesuai la untuk parents yang bawak anak-anak utk picnic..kalau Pantai Chenang..uhh~sangat tak sesuai utk anak-anak yang nak membesar..ramai foreigners dok berjemur kat tepi-tepi pantai tuh..& op koz la berbikini bagai..tu blom yang beraksi romantik bagai lagi tuh..uhh~pencemaran budaya di situ even pantainya cantik sangat..

Time ni aku dah penat gila vavis dah..kaki bengkak ni tak yah cakap la tp keinginan nak enjoy tu ada..
kesian hubby main air sesorang..aku cuma celup-celup kaki sikit-sikit then naik..holiday time pregnant mmg kurang best..huuu~

Next station..Oriental Village / Langkawi Cable Car..
Jalan-jalan dlm tu lagi..best tp dah main ngan penat + tak larat ni benda best pon jd xberapa nak best..
hubby pon dah penat tu..seharian berjalan kan + dia kena drive lagi..aku nak drive gani-ganti dia tak bagi..
xharap katanya..eh2~setakat keta Chery QQ cikonet tu apa la sgt kan..



Plan asal mmg nak naik cable car tp bila tengok ketinggian gunung-ganang yang akan dilalui cable
car tuh kitorang tukar plan..so xjadi la naik cable car..lgpon pregnant2 ni rsau la naik tinggi-tinggi..

Ni la keta sewa kami sepanjang kat Langkawi..comel okeh..
Nama dia Chery QQ..alahai nama pon comel..abg keta sewa tu cakap keta ni ada kat Langkawi ja..
ntah la..tp sgt bez la keta ni & yg penting jimat petrol..isi petrol RM20 bleh round merata-rata..

Lepas abis jalan-jalan kat Oreintal Village & Langkawi Cable Car hubby kalut ja ajak p tengok sunset kat
Pantai Cenang..tp sayang..tak sempat la pulak..bila sampai ja situ matahari dah tak nampak dah..
kesian hubby..frust sangat dia sebab dia nak sangat snap gambar sunset kat Pantai Cenang tu..ehmm~
tak pa la syg, nanti kita cari pantai & snap picture sunset baaannyaakk2 ok.. =)

@ Pantai Cenang

Matahari dah tak nampak..huu~

Masing-masing dah penat & lapar..malam tu sebelum balik ke bilik kitorang pekena nasik kandaq lagi..before that singgah mall apa ntah kat Pekan Kuah tu..saja cuci mata..kitorang just beli chocolate sikit2 utk kitorang mkn ja sebab esoknya nak jalan-jalan lagi kang cair plak chocolate tu kan..sampai bilik trus mandi+solat & masing-masing terbongkang tidoq sampai ke pagi ..kena simpan tenaga sebab esoknya nk pegi Island Hoping pulekk..

to be continue..




Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Datang Baca Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...