Semua orang tahu, bila kita nak bersalin, misi-misi atau doktor-doktor mengamuk-ngamuk marah-marah kita. Jerit-jerit maki maki kita. Hey kita sakitlah! Boleh tak jangan marah?
Jawapannya tak boleh. Kalau tak marah, nanti kau taknak dengar cakap. Bila kau tak dengar cakap, kau atau anak kau akan MATI. Bila MATI, siapa kena maki? Kitaaaaa jugaaaa :’(
Untuk mengelakkan daripada dimaki hamun saat melahirkan, lebih baik kita baca tips Dr. Totin dahulu. Ecewah, bajet tips kau membina? Bolelah sikit-sikit. Daripada korang tak tahu langsung kan?
Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
- Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
- Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
- Keluar lendir lendir darah.
- Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
- Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!
Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.
Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?
Relax, jangan gelabah.
Pushhhhh puuushhhhhhh.
Cara posisi meneran yang tepat:
- Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kapau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
- Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
- Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
- Apabila meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
- Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
- Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
- Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
- Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
- Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
- Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.
Copied from blog http://totinx.com
Nanti Datang Baca Lagi. ❤
4 comments:
debar...dah 30w skrg nie, ada jgk baca sal tips2 meneran nie...cuma masuk dlm labour room nti ingat ke x seme tips2 nie hehehe
btol3x..kot nanti lupa abis tips-tips segala..uhuu~
aduh seriau la pulak bila baca.sy dulu masa anak sulung kaki kena agkt ikat dengan besi..kebanyakkan yg sy baca macam ni la caranya kena pgg buku lali.
bila dh ada pada keadaan sebenar n sakit entah igt ke tidak ni semua.
nti nk bersalin macam mana la gaya.aduh mitak dipermudahkan semuanya..
semoa awk dipermudahkan juga..:)
tq pn.kutu..smpai kena ikat dgn besi..aiyoo~uhuhuh~
Post a Comment